Showing posts with label pelumba. Show all posts

7 ORANG NI PERLU JADI INSPIRASI KEPADA MAT REMPIT MALAYSIA

7 ORANG NI PERLU JADI INSPIRASI KEPADA MAT REMPIT MALAYSIA. Sebenarnya kat malaysia ni bukan hanya ada 7 orang pandai racing tapi sebenarnya ramai. Tapi dalam ramai ramai tu bukan semua pakar ataupun kalau pakar pun kepakaran mereka mungkin tak di iktiraf sebab di gunakan kat track yang tak betul. Salah track kau pakar konar cecah lutut sekalipun tetap di pandang hina katanya.


sebab tu pentingnya kita salurkan bakat yang kita ada pada tempat yang betul. Salah tempat sia sia je bakat kurniakan Allah bagi tu. Tapi tu la melempiaskan bakat kat saluran yang betul ni bukan mudah. Semua melibatkan kos yang tinggi. Jadi mungkin antara sebab kenapa pakar pakar racing ni melempiaskan nafsu di jalan raya.. berlumba haram hingga menyusahkan pengguna yang lain. Tapi ada jugak yang sememangnya suka buat kerja haram. Lagi haram lagi enjoy. Katanya nikmat kena kejar dengan bapak bapak polisi tu takkan dapat kat track halal. Tu la manusia kepuasan mereka kadang2 di luar otak sampai orang pandang mereka ni suka buat kerja bodoh.

Yang spesis macam tu kadang2 takde hidayah mampu menyedarkan mereka sehingga malaikat maut datang menjemput. Kira racer sampai mati la.. Kalau nak jadi racer pun biarlah membawa manafaat kepada orang lain, menjadi kebanggaan keluarga, bangsa ,agama & negara. At Least kalau tergolek atas jalan tu takde la sia sia je.

Jadi pada para racer haram tu.. Jadikanlah 7 Orang Rakyat Malaysia ni sebagai Inspirasi. tapi jangan korang jadikan inspirasi untuk guna skill mereka ni untuk racing haram pulak. Jangan terpengaruh sangat la dengan filem2 Syamsul Yusof yang nampak gempak dok race atas jalan tu. Orang tak pandang hangpa gempak macam yang di gambarkan dalam file syamsul yusof tu pun. Orang pandang hangpa macam sampah jalan raya je.

CARA SEORANG PELUMBA KERETA PROFESIONAL MALAYSIA BUAT DUIT

Kita selalu bayangkan racer Malaysia ni dapat duit dari hadiah yang di menangi dalam setiap perlumbaan kereta tapi pernah tak kita terfikir kalau yang tak menang tu dia dapat apa? So, dari mana sumber pendapatan dia untuk menampung kehidupan seharian? Dia ada buat kerja lain ke selain menjadi pelumba profesional? Aku ni tak arif la sangat pasal kerjaya seorang pelumba kereta profesional kat Malaysia sebab aku tak minat race race ni. almaklum la.. aku kan pakai driver jer hahahaha


Tapi bagi peminat kereta lumba.. Tapi bukan kereta lumba remote control yer.. Ni pelumba kereta yang tak pakai remote control kena pakai manusia jugak pulas stereng. Tapi bukan spesis 6 pemilik myvi dari Familia myvi club yang jadi viral sebab racing haram kat highway sampai menyebabkan kemalangan pada sepasang suami isteri & seorang bayi& terkorban. Yang tu tak di panggil pelumba profesional.. Setakat myvi nak buat race, apa barang kan?? hehehehe..

Bagi orang orang macam aku yang memang tak tahu sangat pasal pelumba kereta profesional ni mesti nak tahu dari mana depa dapat duit selain dari hadiah yang di menangi. Kalau korang nak tahu dari mana seorang pelumba kereta tu dapat duit meh baca kat sini >> Berapa banyak duit pelumba kereta profesional boleh buat <<

AZIZULHASNI KAU INGAT PAKAI SARUNG TANGAN SAVE GAZA BOLEH SELAMATKAN PALESTINE?

Hari ni tiba2 kecoh pasal pelumba basikan negara yang beraksi di sukan komanwel bila dia pakai sarung tangan tertulis Save Gaza. Terkini baca kat berita harian katanya isu tu akan di siasat kononnnya dia mempamerkan protes berunsur politik di temasya sukan komanwel.

Sumber Berita Harian

Cuba someone pakai sarung tangan tulis save israel pulak?? Gamaknya akan di siasat @ di tuduhkan cuba mempamirkan protes berunsur politik ke tidak?? Bangsa Yahudi akan kekal Yahudi perangainya.. Kalau yang tak sokong depa macam2 alasan depa buat nak sabitkan kesalahan. Nak buat camna depa menjadi musuh tradisi umat Islam sejak dari dulu. Tapi yang aku tak tahan ni dengan sorang mamat ni.. Nak gelak pun ada.. nak nangis pun ada.. Korang baca dulu komen2 kat bawah yang aku printscreen sebelum page berita harian delete link tu..

Sapa2 yang nak nyatakan sokongan kepada Gaza kena bawak semua anggota keluarga pergi berjihad kat sana sebab katanya setakat tulis Save Gaza tak mampu membantu. Tak reti aku nak sekolahkan budak ni.. Apa yang pasti berjuang dengan suara @ kata2 jugak salah satu cara untuk menyatakan pada pihak musuh mereka sudah kalah. Makin ramai orang bersuara menentang kezaliman puak Zionis, semakin mereka tahu perbuatan mereka mendapat kecaman hebat dari umat manusia.

Bantulah dengan apa cara sekalipun.. tak mampu wang ringgit, berilah sokongan moral atau doa. Tiada alasan kita tidak menyumbang apa2 kerana kita boleh membantu dengan apa saja selagi kita mahu. #PrayForGaza. Azizulhasni kami sentiasa di belakang anda. Tahniah dengan tindakkan berani anda. Bagi yang rasa tak menyokong, anda patut diam jangan malukan diri sendiri dengan komen yang mengelikan hati orang lain.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com