ARIANA ROSE DI RASUK ATAS PENTAS
Bagi peminat Drama berepisod Ariana Rose yang katanya semalam episod akhir... Mesti kenal dengan pelakon bernama Nur Fathia ni. Sebab dia la pemegang watak Arina Rose kegilaan para lelaki tu terutama kawan den si Dato Faiz, Dady to be tu... Katanya tak boleh tengok Ariana Rose terus bernafsu gitu. Hahahahaha... kelas kau Dato!Bukan nak cerita pasal drama Ariana Rose tu tapi tadi terbaca kat Oh! Bulan alkisahnya si pelakon comel ni Nur Fathia di rasuk di atas pentas teater Istana budaya ketika pementasan teater Bidasari sedang berlangsung. Terpaksa di rehatkan sekejab dari terus beraksi di atas pentas bagi mengembalikan dia kepada keadaan normal. Selain tu ada juga katanya kejadian2 mistik yang berlaku di sebalik pementasan teater bidasari tu. Nur Fathia memegang watak sebagai Bidasari.
Artikel penuh sila baca kat Oh!Bulan
Apapun semua tu usikan Jin & iblis. Pasti ada yang tak kena kat memana semasa latihan pementasan atau semasa pementasan di jalankan. Kadang2 Jin ni tak ganggu kita kalau kita tak menyeru dia datang kan. Tak tahu la maybe ada syair2 dalam teater tu yang umpama menyeru kuasa2 mistik ke hapa bagai ke.. sebab kalau ikutkan kisah ni di karang dalam bentuk syair romantik. Tapi tak sure la pulak dalam pementasan teater Bidasari ni ada syair2 yang di lagukan.
Moral of the story kewujudan Jin, syaitan & iblis ni wajib kita percaya tapi bukan taksub dengan mereka atau menjadikan mereka sebagai perantaraan mendapat sesuatu. Mereka jugak makhluk Allah yang di izinkan Allah mengacau manusia yang leka. Memang golongan Jin ni di bolehkan melihat manusia & di bolehkan menganggu manusia dengan keizinan Allah.. Jadi bukan sesuatu yang mustahil berlakunya gangguan dari golongan Jin.
P/S : Den actually tak ikuti pun drama Ariana Rose tu.. sekali dua terjeling drama tu ada la tapi tak ikuti hari2 la. Selalu baca update kat FB jer