ARIANA ROSE DI RASUK ATAS PENTAS

2/14/2014 12:33:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Bagi peminat Drama berepisod Ariana Rose yang katanya semalam episod akhir... Mesti kenal dengan pelakon bernama Nur Fathia ni. Sebab dia la pemegang watak Arina Rose kegilaan para lelaki tu terutama kawan den si Dato Faiz, Dady to be tu... Katanya tak boleh tengok Ariana Rose terus bernafsu gitu. Hahahahaha... kelas kau Dato!


Bukan nak cerita pasal drama Ariana Rose tu tapi tadi terbaca kat Oh! Bulan alkisahnya si pelakon comel ni Nur Fathia di rasuk di atas pentas teater Istana budaya ketika pementasan teater Bidasari sedang berlangsung. Terpaksa di rehatkan sekejab dari terus beraksi di atas pentas bagi mengembalikan dia kepada keadaan normal. Selain tu ada juga katanya kejadian2 mistik yang berlaku di sebalik pementasan teater bidasari tu. Nur Fathia memegang watak sebagai Bidasari.

Artikel penuh sila baca kat Oh!Bulan

Bidasari ni kalau ikut cerita orang dulu2 kisah seorang puteri cantik namun takde sapa tahu asal usulnya. Dijadikan anak angkat oleh pedagang kaya tapi di cemburi Ratu negeri tersebut lalu akibat  cemburu tu Bidasari di buang kedalam hutan sebelum di pertemukan dengan seorang raja seterusnya berkahwin. Tak sure kaitan mistik dengan kisah bidasari. Kalau macam kisah Mahsuri di langkawi tu yang katanya tak siapa boleh melakonkan semula kisah tu di tanah langkawi sebab akan berlaku kejadian2 pelik. Kisah mahsuri kisah seorang wanita yang di aniaya kemudian di bunuh dengan kejam tapi bidasari ni tak tau la apa unsur mistik yang ada.

Apapun semua tu usikan Jin & iblis. Pasti ada yang tak kena kat memana semasa latihan pementasan atau semasa pementasan di jalankan. Kadang2 Jin ni tak ganggu kita kalau kita tak menyeru dia datang kan. Tak tahu la maybe ada syair2 dalam teater tu yang umpama menyeru kuasa2 mistik ke hapa bagai ke.. sebab kalau ikutkan kisah ni di karang dalam bentuk syair romantik. Tapi tak sure la pulak dalam pementasan teater Bidasari ni ada syair2 yang di lagukan.

Moral of the story kewujudan Jin, syaitan & iblis ni wajib kita percaya tapi bukan taksub dengan mereka atau menjadikan mereka sebagai perantaraan mendapat sesuatu. Mereka jugak makhluk Allah yang di izinkan Allah mengacau manusia yang leka. Memang golongan Jin ni di bolehkan melihat manusia & di bolehkan menganggu manusia dengan keizinan Allah.. Jadi bukan sesuatu yang mustahil berlakunya gangguan dari golongan Jin.

P/S : Den actually tak ikuti pun drama Ariana Rose tu.. sekali dua terjeling drama tu ada la tapi tak ikuti hari2 la. Selalu baca update kat FB jer

7 comments:

  1. tak pernah dengar cerita bidasari ni
    macam-macamlah kan,
    mungkin nak tarik orang datang pun ye juga kan...mungkin
    assumption aje =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la.. sebab belum dapat penjelasan dari tuan punya badan

      Delete
  2. ngeri plak SA Baca...dah la SA ni penakut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka tengok orang kerasukkan ni SA.. dulu masa kecik2 sy tinggal dengan makcik. makcik selalu je kerasukkan. kadang2 tgh2 tido tgh malam.. dia mengilai.. maybe sebab dah biasa berdepan dengan situasi camni.. dah takde rasa takut sangat

      Delete
  3. harap2 ni bukanlah satu cerita gimik utk melariskan jualan tiket....

    ReplyDelete
  4. salam mami lala..
    huhu..akut jgk tu..

    fathia ni comel jgk orgnye

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com