Showing posts with label pembersih. Show all posts

ADAKAH ANDA PEMILIK KERETA YANG MEMPUNYAI 12 CIRI NI?

ADAKAH ANDA PEMILIK KERETA YANG MEMPUNYAI 12 CIRI NI? Kereta normally kalau baru dapat memang tahap dia jaga kereta tu lebih dari dia jaga diri sendiri apatah lagi jaga orang yang dia sayang. Tapi bila lama lama.. Asal boleh start enjin & bergerak ke destinasi dia tuju dah cukup. Kau kepam ke, body kereta sampai dah tak nampak warna asal sebab penuh kotoran degil.. Dalam kereta tahap tandas awam pun dia dah tak kisah. Almaklum la dah lama lenjan sampai lunyai. Dah taknak manja manjakan lagi kereta.


Tapi ada spesis yang dari beli sampai 10 tahun guna pun condition kereta still cantik lagi. Dia punya jaga kereta macam jaga hati bakal bini. Tersepak rim kereta dia pun dia punya mengamuk mengalahkan orang cabul bini dia. Tu baru tersepak rim. Tak jejas kat mana2 pun.. malah kesan tapak kasut pun tak melekat dia punya marah macam orang kena histeria. Bayangkan kalau kereta dia tercalar. Tak mustahil ada yang berbirat kena libas dengan viper katanya. Tu baru calar sikit dah berbirat badan orang kena libas. Bayangkan pulak kalau kemek kat mana2 part kereta dia.. Rasa mati berlipat jugak la orang tu.

Kalau spesis macam tu bukan tahap sayang.. tahap obses & taksub dah. Dia sanggup hilang nyawa dari hilang kereta jugak la. Mungkin kereta tu ada sentimental value sapa tahu. Sebab tu dia still sayang walau dah masuk zon old skool punya kereta.

Kadang2 ada orang tak sedar yang diri dia lebih sayang kereta dari orang2 sekeliling dia. Dia anggap benda tu cuma perkara biasa dia  buat untuk pastikan kereta dia sentiasa berada dalam keadaan baik & cantik sama seperti mula2 baru beli dulu tapi orang lain pandang dia memang dah masuk kategori obses dengan kereta sampai orang nak tumpang kereta dia pun jadi tak selesa. Kira kalau naik kereta dia kena duduk tegak macam tiang bendera je la. Mungkin anda pun ada ciri2 ni yang anda tak sedar ia masuk dalam kategori over sayang kereta. Kalau nak tahu samada anda dalam kategori tu atau tidak meh baca kat sini >> 12 Tanda Anda Terlalu Sayangkan Kereta Lebih Dari Sayangkan Orang2 sekeliling anda <<

Dah baca ciri2 tu? Ada tak ciri2 tu pada diri korang. Majoriti mesti ada kalau tak semua 12 ciri.. satu dua ciri mesti ada pada yang pakai kereta ni. even suami aku pun ada ciri2 tu. Nak2 lagi suami aku ni bab kebersihan kereta memang dia jaga. Dia akan pastikan kereta dalam keadaan kemas. Nak lekat sticker merepek2 tu jangan harap la.

Apapun.. Tak salah jaga kereta macam jaga orang kita sayang tapi jangan over sampai sayang pada kereta melebihi dari segalanya. Takut nanti sebab kereta ada orang mati terbunuh pulak.

BLOGGER MINTA DERMA UNTUK iPAD MINI

 Sapalah gamaknya blogger tak malu tu kan? Minta derma untuk iPad Mini 2.. Ada ke orang nak derma untuk dia? tak tau la nasib dia camna kan.. Manalah tau ada orang simpati kat dia kan, so try je la.. kekekekeke

Yang Nak minta derma kat korang ni aku la blogger tu. Hope sudi sudikan la menderma untuk aku yang tak berdaya tanpa bantuan korang. Tak luak pun duit dalam account bank korang kalau tolong derma untuk aku dapat iPad Mini ni katanya...

Sumber google

Bukan la aku nak minta derma sorang singgit... Aku just nak minta derma sorang satu clik jer. Aku ni jarang2 la nak join apa2 contest nak2 lagi kalau perlukan vote atau clik sebab aku sedar diri aku tak ada FAN atau pengaruh tapi sebab makin sedar diri aku ada kengkawan yang baik kat sini maka tanpa malu2 siput sedut aku nak minta la tolong semua clik.

Tak susah kan permintaan aku. Kalau tak dapat banyak, sorang satu clik pun dah cukup. Disamping tu korang boleh jugak dapat sample percuma pembersih & pencerah Miss V. Jadi pada yang sudi boleh la clik kat sini iPad Mini Contest.


Semoga dengan kemuliaan & ke'baik'kan hati korang Allah limpah kurniakan rezeki & kebahagian berpanjangan buat korang semua. Tolong la clik sebelum 25 febuari 2015 yer. Majulah contest untuk blogger kekekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com