UNTUK KULIT YANG MESRA JERAWAT & CEPAT SENTAP
Baik sungguh kulit jenis macam ni kan? Dia tak pilih kawan.. jerawat pun dia still berkawan. Mulia sungguh kulit jenis ni katanya... Tapi kulit jenis ni dia jaga hati jerawat tapi tak jaga hati empunya muka tu. Sebab suka beramas mesra dengan jerawat tuan punya muka pulak rasa merana. Walaupun kulit jenis camni mesra jerawat tapi sangat kuat sentap katanya. Tak boleh silap produk sikit atau tak boleh nak tenyeh sebarangan produk mesti dia punya tacing tu melampau2. Habis janaham kulit bila dia merajuk katanya.Kita boleh ubah perangai kulit jenis ni dengan produk yang aku nak share ni.Produk ni hasil rembat lepas bayar kat tesco. Last weekend aku tak terjah guardian.. tapi tersesat dalam tesco sebab nak cari puting botol susu Avent kat anak aku. Bila sesat dalam tesco ni keghairahan pada skincare kurang sikit tapi dia lebih bernafsu kat benda lain tapi sebab cleanser dah habis di tenyeh ke muka.. Aku cari jugak la cleanser. Tesco tak banyak produk bio essence. Niat mula2 nak cari bio essence 24k bio-gold. Konon nak kulit bersinar2 macam emas la. Tapi sebab takde aku rembat je la cleanser ni selepas aku rasa ia mungkin membantu masalah kulit mesra jerawat aku ni. Almaklum remaja baru akil baligh katanya.. Asal bulan mengambang jer.. jerawat pun dengan riang ria singgah. Dah tu tak boleh silap produk jugak even orang lain pakai elok jer tetiba aku yang pakai jadi bebukan even harga beratus.
Selain anti jerawat & ia jugak mempunyai formula anti keradangan kulit. Masalah biasa yang berlaku pada orang yang mempunyai kulit yang sensitif
Sepanjang 5 hari menyemai cinta dengan Bio essence Miracle Bio water soothing cleanser ni memang takde jerawat singgah. tak kira yang sekecil2 anak hingga sebesar besar penumpuk.Takde penglupasan atau apa2 keradangan kulit yang berlaku.
Sememangnya produk bio essence ni sangat2 mesra dengan kulit aku. Semua produk bio essence yang aku pernah cuba takde yang mengecewakan even bukan drastik pemulihan kulit tu berlaku tapi kita boleh nampak keberkesanan kalau kita consistent guna. Normally kesan dia boleh nampak dalam seminggu tapi takde la terus jelita macam rozita che wan kalau baru seminggu guna, kan. So, untuk yang ada masalah kulit sangat2 sensitif & mudah berjerawat.. Boleh try cleanser ni. Insya Allah membantu menghalang jerawat berumahtangga di muka kita. harga tak mahal sangat la RM29.90