DAH DAPAT LESEN BERJALAN
Akhirnya setahun 4 bulan.. dapat jugak lesen P.. sebulan lagi Insya Allah dapat lesen penuh la tu. Bila dapat lesen penuh nanti confirm la berdesup perginya kesana sini. Almaklum la time time macam ni la dia nak menjelajah seluruh pelusuk yang ada.Masalahnya cerita pasal lesen apa ni?? Siapa yang dapat lesen?? Alkisahnya budak lala akhirnya dah pandai berjalan sendiri jugak. Sejak awal bulan haritu (maybe hujung bulan 12 kot..) dia dah tunjuk tanda2 nak berjalan bila dia mula bertatih setapak dua. Sekarang dah bertapak2 dah dia bertatih tapi jalan jatuh lagi la. Rajin betul budak lala practice berjalan.. Dan makin jauh pula dia menjelajah. Tapi nasib baik la rumah kami ni kecik jer.. Lega rasa hati mummy. walau lambat akhirnya lala berjalan jugak. Memang betul2 anak dady la lala ni. Semua nak lebih kepada dady. Muka pun lebih mirip bapak.. berjalan pun ikut bapak.. setahun lebih baru jalan macam bapak dia juga (menurut cerita ibu mertua ku ler..)
Dah dapat skill baru maka dia punya ragam pun dah bertambah la. Dia punya lasak pun semakin naik level dia. Almaklum la dah boleh berjalan kan?? Bab makan.. lala dah makan nasi. Lega tengok dia nak makan tapi masih terus bagi dia Appeton Multivitamin lysine & Scott Emulsion. Susu haritu masa takde selera nak makan lala minum dugro sekarang dady lala dah tukar susu fernleaf. Makin selera pun dia minum susu fernleaf tu. Termasuk mak & bapak lala pun suka jugak susu fernleaf tu. Kurang manis tapi sedap. Sesuai pula dengan lala bila sejak kali pertama dia minum & hari ni dah masuk minggu kedua dia minum dia takde sembelit atau cirit birit. Dulu lala ada masalah sembelit jugak.. sekarang takde lagi. Hari2 mesti berak berbanding dulu kadang2 2 hari sekali. Dugro pun ok jugak.. membantu naikkan berat badan lala masa dia taknak makan langsung. Tapi fernleaf ni nampak lala lebih suka rasanya walau lala ni jenis bagi susu apapun dia minum cuma banyak dengan sikit je la. Kebanyakkan susu lala dady yang pilih kecuali dugro tu je mummy yang suruh dady beli atas rekemen seorang kawan.
Bab lain.. bagi sang lekit ok jer. Lala susah meragam, susah menangis & memang suka main la. Normal la budak2, kan?? Makin hari cuma dia makin manja la sikit. Suka lentok2 kat badan mummy & dady. Suka tido beralas peha mummy masa tengok TV. Yelah makin besar makin berperasaan la kot.. Macam biasa lala senang nak bawak kemana mana. Sebabnya dia jarang sangat nak buat perangai. Dia punya perangai bagun tidur terus hala kat tv. Lala memang hantu tengok tv sikit walau masa dia bangun tu tv off tetap dia akan pergi kat tv dulu.
Lala ni jenis kalau tengok tv nak cium skrin tv tu.. tak larat nak angkat & ubah dia jauh dari tv..
Diam tak diam.. dah semakin membesar budak shahila tu. Rasa sayang pulak nak tinggalkan saat2 boleh peluk lala selalu, mandikan dia, suapkan dia makan, main dengan dia, cium dia.. Yang pasti semua tu satu hari akan jadi kenangan. Kenangan yang semua ibu ibu akan merinduinya jadi waktu yang ada nikmati sebaik mungkin.