Showing posts with label penipuan. Show all posts

PENIPUAN PENJUAL BISKUT/KUIH RAYA YANG PERLU ANDA TAHU

PENIPUAN PENJUAL BISKUT/KUIH RAYA YANG PERLU ANDA TAHU. Salam 1 ramadhan 1442 buat semua pembaca blog lekatlekit.com. Alhamdulillah, kita di berikan rezeki untuk bertemu lagi dengan ramadhan kali ini. Moga ramadhan kali ini memberi seribu rahmat dan perubahan yang baik dalam hidup kita. Moga kita dapat melakukan ibadah dengan tenang dan istiqomah sepanjang ramadhan ini.

Bila dah masuk ramadhan selain ramai yang mengambil peluang melibatgandakan amalan yang baik tak kurang juga masing masing mula membuat persiapan untuk menyambut raya. Mustahil la kita nak buat persiapan dalam maa 1 hari sebelum raya kan. Nak tempah baju, tempah kuih muih pun perlu buat tempahan di awal waktu. Kadang kadang sebelum puasa lagi ramai dah buat tempahan sebab biasanya masuk ramadhan pengambilan tempahan akan di tutup.

Bercakap pasal kuih raya ni.. peniaga biskut atau kuih raya juga tidak terlepas dari menjalankan perniagaan atas talian. Jadi berbagai teknik marketing, story telling & copywritting di gunakan bagi mempromosi dan melariskan jualan. Dalam Islam pun tak salah cuma yang jadi salah bila ada unsur penipuan atau iklan yang mengelirukan sehingga menyebabkan pelanggan atau pembeli terpedaya.

Dah jadi macam satu trend menggunakan marketing yang mengelirukan (misleading marketing) dengan menjadikan cerita sedih sebagai pelaris untuk melariskan jualan. Salah satu penipuan yang pernah berlaku dalam pemasaran jualan kuih raya ini kalau anda masih ingat dengan mereka ceritan konon tempahan yang di buat oleh pelanggan di batalkan setelah disiapkan. Dengan harapan kisah mereka menjadi viral seterusnya dapat menarik pembeli untuk membeli atas dasar simpati.

Selain dengan niat supaya di viralkan dan mendapat promosi dan pengiklanan percuma, cara ni juga paling mudah untuk pancing emosi orang awam untuk bersimpati seterusnya membuat pembelian atas niat membantu dan bersedekah. 

Marketing macam ni percayalah hanya boleh guna untuk sementara. Netizen sekarang semakin bijak. Jika peniaga asyik guna taktik yang sama untuk mendapatkan pembeli, lambat laung netizen akan tahu juga modus operandi mereka. Yang rugi adalah peniaga itu sendiri kerana anda berniaga untuk jangka masa panjang tapi jika hilang kepercayaan pembeli bagaimana anda nak meneruskan jualan.

Dalam islam pun melarang menggunakan teknik pemasaran yang ada unsur penipuan. Boleh baca disini ; https://www.lekatlekit.com/2022/02/jemput-baca-pada-yang-suka-buat.html?m=1

Harap tahun tak ada lagi peniaga peniaga tak kira la kuih muih atau apa apa tak guna lagi taktik marketing macam ni. Dalam apa juga pekerjaan kita buat kena percaya rezeki tu dari Allah. Berniagalah dengan jujur semoga kita memperolehi rezeki yang halal & di berkati.

INILAH MITOS BILA PRODUK KOSMETIK DI HARAMKAN KKM

INILAH MITOS BILA PRODUK KOSMETIK DI HARAMKAN KKM. Orang melayu dengan mitos/cerita dongeng ni memang tak boleh di pisahkan. Bukan berlaku di zaman dahulukala jer.. Sampai dah pertengahan tahun 2019 pun masih wujud mitos & yang pelik tu ramai sungguh percaya dengan mitos ni. Tahun depan dah 2020.. Gamaknya bila depa nak mulakan anjakan pardigma yer?

Mitos ni di cipta manusia untuk sesuatu perkara yang depa rasa kalau di beritahu tentang kebenaran orang taknak ikut & takkan percaya jadi cara mudah nak orang ikut & percaya.. adalah mereka cerita yang tak ada tapi dengan cara yang nampak benar. Senang faham menipu la. Adoi.. apa susah sangat nak explain tak tau. Mitos adalah penipuan sebab Mitos tak ada fakta & bukti. Simple.

Macam tu juga dengan fenomena yang berlaku dengan lambakan produk kosmetik jenama tempatan yang sekarang ni tumbuh bagaikan cendawan atas taik lembu. Bukan main subur je.. sana sini semua jadi founder product dah. Budak sekolah pun sekarang dah ada jenama produk kosmetik sendiri kau! Punyalah senang nak claim diri sebagai founder padahal ramai founder jangankan ingredient produk.. pendaftaran KKM pun tak tahu apa. Apa lagi nak cipta formula produk.. Tu pun jangan.. Nak declare diri tu founder.

Gambar hiasan. Sumber Google

Nak jadi founder produk OEM pun tak salah.. tapi study la sikit pasal ingredient produk hangpa nak keluarkan tu. Bertanggungjawab la sikit. Hantar labtest dulu kalaupun tak ada R&D. Pastikan bebas bahan terlarang. Ni dok masuk kelas marketing je sebab nak buat sales juta juta.. Muka orang yang punah ranah hangpa buat pejam mata. Tu dia.. lama dah tak melahar. Geram jugak la... sebab den banyak terima mesej dari pengguna teraniaya mengadu muka nam jahanam hei dengan produk produk kosmetik beracun ni. Tapi apa daya ku.. Aku bukan sesiapa yang mampu menyekat produk produk macam ni dari terus di jual.. Hanya mampu terus bagi info & kesedaran kat social media walaupun di benci ramai.

Berbalik pada Topik asal.. Mitos Tentang produk kosmetik yang dah kena banned dengan kkm.. Kalau hangpa perasan kan. Tiap kali KKM keluarkan press release produk produk kosmetik tempatan y(Local product) yang mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hidrokinion & tretenion mesti ponder akan spin dengan mitos untuk memanipulasi kan fakta KKM & menyembunyikan kesalahan mereka menjual produk beracun. Antara MITOS paling popular

1. FAKE PRODUCT (PRODUK PALSU)
Yang ni memang ramai ponder jadikan alasan. Konon yang beracun tu fake produk seolah olah merendahkan kredibiliti KKM sampai ambil sampel fake product untuk di analisa kemudian declare ada bahan terlarang. Kalau dah betul KKM salah ambil sampel.. pi la saman KKM. Dok ugut netizen yang buat pendedahan buat apa.

2. SABOTAJ
Katanya produk depa di sabotaj oleh pesaing perniagaan yang berniat nak jatuhkan produk depa. Kalau betul kena sabotaj pi la buat polis report & minta siasatan di jalankan. Lepas tu buat la sidang akhbar sapa yang sabotaj bagai tu.. Clean balik nama produk hangpa. Setakat dok buat omongan kosong ja.. Tak ada bukti di sabotaj orang 'kurang cerdik' je percaya. Pengguna bijak dia kuis kuis dengan kaki je alasan macam tu.

Tu antara 2 mitos paling popular di gunakan segelintir founder produk bila produk mereka di senaraikan pihak npra (KKM) mengandungi racun berjadual. Walau tiap tiap tahun kena banned dengan KKM still alasan yang sama jugak. Orang bijak boleh fikir.. kalau produk tu tak ada masalah, takkan tiap tiap tahun KKM nak melalak habaq kat orang ramai produk tu beracun, khenzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz???

Sebenarnya KKM ada SOP sendiri sebelum mengeluarkan kenyataan media mengumumkan senarai produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual. Tak simply dia nak ambil sampel kat pasar malam bagai. Yang tu hangpa pi baca kat sini >> CARA KKM MENGAMBIL SAMPEL PRODUK SEHINGGALAH MENGUMUMKAN SESUATU PRODUK MENGANDUNGI RACUN <<

Moral of the story.. Founder orang berniaga. Yang jenis berniaga tak ikut law ni memang target dia hanya keuntungan. Konon bantu orang misekin jana pendapatan, bantu suri rumah buat duit beli jajan bagai. Even depa membuka peluang pekerjaan sekalipun.. Kalau produk tu dah sah sah ada racun & membahayakan pengguna takkan kita nak menghalalkan perkara yang memudaratkan orang lain semata mata nak bantu orang lain sedangkan benda tu masih ada pilihan yang lebih baik? Tepuk dada tanya selera.. Peace No war!

PANAS!!! INILAH PENIPUAN SEGELINTIR MUA BILA BUAT REVIEW

PANAS!!! INILAH PENIPUAN SEGELINTIR MUA BILA BUAT REVIEW. Tu dia satgi kena serang dengan MUA MUA kat malaysia ni tak tau la. Pepandai hang dok kata MUA MUA menipu buat review yer.. Hang tak serik serik lagi ka?

Nanti sat na... Jangan mengelebah bewa sangat. Baca dulu apa yang kami nak dedahkan ni. Kat tajuk tu tulis segelintir bermakna bukan semua. Konsep dia sapa makan cili dia terasa pedasnya. Saya tak tulis atau point mana2 individu. tak ada nama sesapa kan kat situ? Jadi kalau hangpa MUA yang tak buat benda2 yang bakal saya dedahkan ni.. please tak payah nak touching sangat ok! Kalau yang touching tu bermakna hangpa buat la yer.

Alkisahnya semalam tertengok video pendedahan yang di buat oleh Faiz Firdaus di account media sosial dia tentang penipuan segelintir MUA bila buat review. Faiz Firdaus ni antara individu yang selalu berkongsi tip.. Ada juga dia buat review produk2 makeup tapi review dia review yang jujur sebab kebanyakkan produk dia beli sendiri. So memang dia antara individu yang selalu kena kecam dengan geng2 ponder yang tak puas hati dengan review jujur dia.


Pendedahan yang dia buat bagi saya banyak info yang membantu kita orang perempuan ni yang suka makeup. Percayalah ramai antara kita yang pernah tertipu dengan perkara ni termasuk la saya sebab kita kurang knowledge & info. Takpa.. semua orang belajar dari kesilapan.

Kita sedia maklum MUA (Jurumekap/Andam/Make Up Artist) ni sekarang antara individu yang laris di cari oleh pengedar/penjual/founder produk kosmetik. Lebih lebih lagi yang popular di sosial media & yang rajin sangat buat live tutorial makeup di FB/IG atau mana2 medium sosial media. Sebab populariti mereka mampu memberi impak kepada jualan sesuatu produk.

Tapi yang tak bestnya.. Ada yang tak ada etika. Bermaksud tidak jujur bila buat review sesuatu produk. Itu yang Faiz Firdaus cuba bongkarkan supaya kita pengguna tidak tertipu & terpedaya dengan review review tidak jujur dari segelintir MUA ni. Sebab apa.. mereka cuma buat kerja apabila di bayar kan..

Jom kita tengok apa yang tidak benar dalam review sesuatu produk foundtion yang sering di lakukan oleh segelintir MUA tak bertanggungjawab ni. Saya tulis secara ringkas point point yang di sebut untuk kupasan & ulasan lanjut korang boleh tengok sendiri pada video yang saya link kan bersama yer.

1. Bila promot foundation yang tone cerah (kebanyakkan brand yang keluarkan cuma 1 warna foundation sahaja).. konon boleh cover semua cela cela di wajah.. nak sekata dengan tona kulit pakai bedak yang gelap sikit. Sebenarnya itu adalah menipu! Foundation kena pilih mengikut warna kulit. Tak jadi cantik pakai foundation yang lebih cerah dari kulit kemudian nak sekatakan dengan warna kulit asal pakai bedak code gelap sikit. Memang tepuk gomak la muka hangpa ok!

2. Foundation yang konon makin lama pakai Makin glowing. Tak ada foundation yang makin lama kita pakai makin glowing. Makin berpeluh makin glowing. Yang glowing tu mungkin muka kita dah berminyak ketika panas atau berpeluh.. jadi berkilat kilat.. Bukan effect kecantikkan dari foundation tu. Memang tak ada foundation yang ada fungsi membuatkan muka korang makin glowing semasa berpeluh. Yang ni pun menipu! Overclaim!!

3. Pakai moisturizer &  serum je muka jadi flawless bila makeup. Itu menipu! Tak ada fungsi moisturizer @ serum yang membuatkan make up jadi flawless. Dia ada step lain lagi yang memerlukan anda buat dalam makeup untuk memastikan makeup anda cantik & tahan lama bukan sekadar apply moisturizer @ serum saja.

4. Autone & mesra wuduk. Itu menipu.. tak ada foundation yang autotone sebab 1 warna foundation takkan mampu sesuai untuk semua jenis kulit. Maksudnya bila korang apply terus dia ikut warna kulit korang. Itu semua bohong belaka. Mesra wuduk pun pembohong jugak. Ada ke korang pakai foundation lepas tu pergi bilas dengan air terus tanggal foundation tu? Paling2 kena gosok2 juga tu pun majoriti memang tak betul2 bersih. So kat mana mesra wuduk. Mesra wuduk macam pakai bedak serbuk @ loose powder. Celup dalam air pun dah hilang kesan bedak tu. So jangan percaya kalau ada foundation cakap autone & mesra wuduk.

5. Foundation yang mempunyai SPF & tak perlu pakai sunblock lagi. Itu menipu.. sebab spf yang ada dalam foundation masih tak mampu melindungi kulit anda dari sinar UV. Tetap kena apply sunblock juga untuk protect kulit anda. Tak boleh guna hanya foundation sebagai sunblock. Kalau ada penjual kata guna foundation mereka tak perlu pakai sunblock lagi itu adalah menipu.


Boleh Tonton Video pendedahan dari Faiz Firdaus disini

Jadi kalau korang nak beli foundation & ada claim macam di atas tak kira claim tu di buat oleh founder/penjual atau review dari MUA.. tak payah fikir panjang. Memang fakta mereka tu tak betul & overclaim. tak ada foundation yang dapat berfungsi seperti yang di sebut. Tu semua taktik marketing nak melariskan produk je. Sebagai pengguna.. Kena bijak sikit. Selama ni hangpa dok pakai foundation so boleh nilai sendiri. Pernah ke jumpa kat drugstore foundation yang claim macam tu?

Moral of the story.. Jadilah pengguna bijak jangan jadi pengguna yang senang kena pijak. Anda mampu mengubahnya.

SIKAP BUAT HAL SENDIRI BELUM TENTU KAU SELAMAT DARI SCAMMER

SIKAP BUAT HAL SENDIRI BELUM TENTU KAU SELAMAT DARI SCAMMER. Memandangkan hari ni free sikit dari sebarang penulisan berbentuk review.. Meh la kita mengupas kupis & kopek isu isu semasa. Kalau asyik dok tulis review je pun nanti sel sel otak jadi kurang aktif sebab tertumpu pasa satu arah je hahahaha.. Jadi meh la kita mengaktifkan otak kita agar tidak blank sentiasa.


Saya tengok ramai golongan acah acah baik.. acah acah positif & acah acah hanya focus pada membina kejayaan dari sibuk hal orang lain pilih untuk bersikap jaga hal sendiri. Bagus.. dia tak sibuk nak jaga tepi kain orang kan. Memang la dia ramai follower sebab orang rasa dia icon yang berjaya buat duit berkepok kepok. Saya pun kagum jugak dengan orang macam ni. Cuma bukan saya la dari golongan macam tu.

Mungkin perjalanan hidup saya sebagai blogger ni dah tertulis kot.. Bahawa saya lebih suka menyebarkan isu isu semasa sebagai peringatan pada orang awam. Ye ye.. kami tau. Sebelum2 ni kami pun ada tulis gosip2 retis juga. Tapi blog lekatlekit memang dari dulu suka tulis isu semasa.

Bagi saya la kan.. Kalau semua orang ambil sikap jaga diri sendiri, jaga hal sendiri.. adakah jaminan kita semua termasuk yang jaga hal sendiri tu confirm selamat dari golongan penipu @ scammer ni? Dah tentu tidak.. Scammer dia tak sasarkan golongan yang lantang & banyak soal sangat tapi dia sasar jenis golongan yang suka buat hal sendiri. Yang ni target depa sebab depa rasa yang ni senang makan. Sekali suap dah boleh kunyah kunyah.. Sebab tu yang kena tipu bukan jenis yang berani & lantang mendedahkan kejahatan scammer. Tapi yang feelling malaikat bawah lindungan kaabah ni la yang selalu jadi mangsa. Asyik redha jer..

Dengan sikap jaga hal sendiri ni la kadang2 seolah olah membiakkan golongan scammer sebabnya kejahatan mereka tak ada sapa peduli & nak dedahkan. Masing masing konon nak jaga rice cooker sendiri kan.. selagi orang tak cedok nasi dalam rice cooker dia, dia rasa dah ok. Nak cedok dalam rice cooker orang lain tu lantak la. Suka la scammer dengan golongan macam ni. Bagus budaknya.. Tak sibuk nak jaga tepi spender scammer. Senang kojo den nak scam ramai orang sampai den jadi jutawan. So depa boleh bermaharajalela.. Sampai satu masa bila golongan yang acah acah mulia dengan ambil sikap jaga hal sendiri ni kena tipu atau ahli keluarga depa kena tipu.. gamaknya sapa depa cari untuk merujuk atau menuntut pembelaan? Kebanyakkan kalau tak berjaya guna saluran undang undang yang memerlukan kos ni.. Depa akan cari pejuang pejuang yang lantang jugak minta tolong. Bayangkan tak ada siapa volunteer nak bersuara dedahkan kejahatan scammer.. Apa akan jadi?

Penipuan berleluasa.. nak nak zaman media sosial ni. Apa saja orang boleh buat tanpa batasan.. Ingat senang ke pihak berkuasa nak control aktiviti kat media sosial ni. Sebab tu perlu ada sikap rasa tanggungjawab mendedahkan sebarang penipuan untuk sama sama benteras golongan scammer ni. Kalau rasa takut & tak boleh just.. Jangan judge golongan yang cuba menyampaikan kesedaran tentang penipuan scammer ni sebagai golongan penyibuk. Support mereka secara silent pun dah membantu.

Mereka buat kerja berisiko bukan je di bakal di heret ke mahkamah untuk kesalahan sivil, malah berdepan dengan ugutan jenayah bagai. Satgi ada yang kata.. dah tau macam tu sapa suruh buat? Kalau depa tak buat hang nak buat ka? Tak kan? So better hang diam.. duduk mencangkung tepi tepi sikit. Jangan tanya banyak kali... kenapa perlu buat semua tu? Sebab supaya orang awam tidak terus menerus menjadi mangsa golongan ini meraih keuntungan atas kebodohan kita.

Bukan soal kau mampu atau tak.. Ini berkaitan kau nak buat atau tak. Golongan scammer ni ramai kaya raya.. Tapi adakah kaya dengan cara tu di kira berjaya?? Scammer ni bukan skim atau MLM jer, produk yang konon boleh rawat sekala kurap kudis, panau, jerawat batu bata dalam masa seminggu, alih2 bila di analisa ada clorox la, serbuk penaik la, merkuri la hapa, contest kat FB pun ramai scammer jugak.. Tipu orang konon dengan share dapat enpon bijak mahal yaraabi.. last last cuma scam nak raih followers & likers. Lepas dah ramai page depa jual dengan harga 4 - 5 angka.. Apa ingat tu tak di kira scam ke? tu contoh. Kalau kita nampak penipuan & kita diam, makin naik tocang la kan scammer. Habis semua orang buat lex buat peace selagi tak kena kat batang hidung sendiri. Semua nak kena sekelepuk atas kepala dulu baru nak sedar & nak di dedahkan supaya orang lain tak terkena. Masa tu baru ko sibuk meroyan nak cari orang minta tolong viral bagai.

Kalau semua ni tak ada pihak yang tampil untuk sama sama mendedahkan hangpa rasa mampu ke pihak berkuasa nak handle semua? Tak mampu ok! Ia perlukan kerjasama orang awam juga. Dan kalau tak ada aktivis macam mereka.. kita sendiri pun takkan dapat info berkenaan scammer secara meluas di media sosial atau mana2 media. Semakin berleluasa la golongan scammer kerana mereka mudah melakukan penipuan tanpa ada yang mendedahkan dengan berani.

Moral of the story.. Ada perkara kita perlu jadi seorang penyibuk untuk membenteras golongan scammer. Kau jaga poket sendiri, belum tentu kau selamat dari menjadi mangsa scammer. Jangan ingat kita terlalu bijak untuk jaga diri sendiri.. kadang2 kita masih perlu orang lain untuk berpesan pesan agar jadi panduan.



AWAS! JIKA ADA CIRI CIRI INI IA ADALAH SCAM & PENIPUAN

AWAS! JIKA ADA CIRI CIRI INI IA ADALAH SCAM & PENIPUAN. Scam atau bahasa melayu Penipuan memang boleh berlaku kat mana mana saja. Nak2 lagi zaman hujung jari ni.. Lagi la ramai penipuan. Contoh email yang kategori scam ni.. Email konon menang loteri padahal kita tak pernah pun dok main. tetiba dapat email menang cabutan bertuah dari TNB padahal kita tak pernah ada account dengan TNB macam mana kita pulak menang cabutan bertuah atau tiba2 dapat email menang wang tunai dari Telekom. Macam senang sangat orang nak bagi duit. Tup tup.. dapat email suruh redeem hadiah jer.


Tu antara contoh scam yang tengah popular sekarang. Sebab dia guna nama2 besar masih ada yang terpedaya atau hampir2 terpedaya. Kalau aku.. secara logiknya kenapa pulak kau nak bagi duit kat aku tanpa sebab. Kalau betul pun TNB nak bagi hadiah confirm la dia buat apa2 contest ke.. cabutan bertuah bagai. Dia takkan pilih email secara rawak yang tak tau entah sapa2 nak bagi hadiah. Sebab tu kalau dapat email2 macam tu aku gelak je. memang tak logik sangat la dia nak bagi aku duit sesenang macam tu.

Tapi bagi mereka yang kurang pendedahan tentang scam ni.. Mungkin tak tahu macam mana nak kenalpasti scam atau tidak. Senang je nak detect scam ni. Nak tau scam ke tidak korang boleh rujuk tips ni >> 6 Cara Mengesan Scam << Kalau takde detail2 yang tertulis kat artikel tu bermakna memang scam la. Yang Sah dah tentu ada semua maklumat penting yang di perlukan. Kalau tetiba nak minta detail peribadi kita sedangkan contact detail depa pun meragukan jangan sesuka hati nak bagi. Silap2 dok berangan dapat ratus ribu.. habis licin yang ada dalam account tu pulak.

Moral of the story.. Tips paling simple untuk elak di tipu fikir satu perkara je.. Takde benda senang nak jadi senang. Orang takkan bagi duit kat kita tanpa sebab.

TAK SERIK! PENIPUAN TERBARU LAVENDER MUMMY 2015

Aku ingat dah taubat nasuha sebab dah lama tak dengar cerita dia rupanya dia mencemar duli untuk tahun 2015 ni dengan percubaan menipu lagi. Tak abis2 guna modus operandi kembara sakura yang mengunakan nama pendakwah agama. Si ketot yang akal menipu panjang berjela ni memang tak pernah serik.

percubaan menipu yang terbaru dengan lavender mummy

Terbaca kat blog denaihati tadi pasal penipuan terbaru dia.. Yelah bagi kita yang dah tahu aktiviti penipuan dia dengar je kembara sakura tu kita dah tau tapi bagi orang yang tak familiar dengan semua tu tak mustahil boleh tertipu sebab tu pentingnya kita sentiasa viralkan percubaan menipu dia setiap kali dia mula nak menipu. Tu je cara kita membenteras penipuan lavender mummy. Yelah.. nak heret bawak pi balai licik sangat. Ntah apa jenis minyak pelincir dia pakai pun tak tau.

Aku syak account dia dah kering ni.. So dia cari backup. Model macam dia perlukan pendapatan yang tinggi. Gila kau! Makeup je beribu sebulan katanya.. Tak baju bajan lagi katanya. Hahahaha... Bagi yang belum kenal rupa bentuk model antarabangsa kelahiran Malaysia ni mai la aku tunjuk sikit rupa paras dia yang menawan tu.

Untuk info segala penipuan yang pernah di lakukan lavender mummy sebelum ni korang boleh baca kat blog Denaihati.

Moral of the story... Penipu sekarang memang ada dekat depan mata kita walau jasadnya jauh. jadi di ingatkan pada semua apa juga melibatkan urusan kewangan siasat betul2 dengan siapa anda berurusan. Jangan lurus macam pembaris sangat sebab orang lurus bendul ni sasaran penipu macam lavender mummy.


9 JENIS PENIPUAN ONLINE YANG MESTI ANDA TAHU

Sekembalikan ke kotaraya ni.. Maka raya bagi aku dah abis la. Alhamdulillah Tahun ni masih ada rezeki pulang berhari raya kat kampung halaman dengan family. So, balik je sini kembali ke rutin harian macam biasa la. Entri pasal raya.. nanti la free aku karang yer.. Mesti ada cerita raya kalau dah beraya kan. Hari ni kita warm up blog dengan entri informasi dulu.. Yelah.. banyak makan ketupat, lemang bagai.. maybe ada yang dah lupa perkara bahaya yang boleh berlaku di dunia maya ni.

Walau pesanan, peringat, info bagai di sebarkan secara meluas di laman sosial mahupun media cetak tetap ramai masih jadi mangsa penipuan online. Nak kata tak celik IT boleh pulak tertipu secara online.. Bermakna dia pandai jugak la guna internet tapi entah kenapa dia tak reti jugak nak baca info berkenaan penipuan online kan? Tapi ramai manusia jenis lagi tak kena batang hidung selagi tu dia alert.


So atas dasar prihatin tentang jenayah penipuan online yang masih berleluasa sekarang ni meh aku share dengan hangpa 9 jenis penipuan secara online yang biasa di gunakan oleh penipu untuk memperdayakan mangsa. Ada sesetengan orang masih tak tahu modus operandi penipuan macam ni jadi elok sangat la baca. Tapi tak sopan pulak copypaste artikel orang kan.. So marilah korang ramai - ramai baca kat sini >> 9 JENIS PENIPUAN ONLINE YANG MESTI ANDA TAHU <<

Moral of the story... Kena ingat penipu dia punya imaginasi sangat luas. Dia boleh mencipta cerita yang kita sendiri kadang2 tak sangka benda tu taktik nak menipu. Jadi.. nak buat keputusan apapun make sure double triple check tu kesahihannya


AWAS DENGAN 13 PERKARA NI KETIKA PERGI MELANCONG

Dah dekat2 hujung tahun, cuti sekolah pun tak lama lagi mesti ramai dah rancang percutian kan? Yang kaya raya tu maybe ada niat nak bercuti jauh sikit katanya.. Jadi meh sini den nak share sikit info untuk mengelakkan anda jadi mangsa orang2 jahat bila pergi bercuti...


Kat sini ada 13 jenis penjahat yang tak nampak seperti penjahat yang perlu korang hati hati..

1. Penjual gelang persahabatan yang kebiasaannya anda akan jumpa di Paris,Rom,Barcelona & kaherah
- Taktik dorang sangat simple, mereka akan datang pada anda kemudian memakaikan gelang tersebut ke tangan anda & kemudian minta anda bayar sambil mengambil kesempatan menyeluk saku anda. Hati hati.. dia cari income 2 dalam satu.

2. Penghibur Jalanan yang kebiasannya banyak terdapat di Paris, Perancis dan London, England. 
- Taktik mereka adalah mereka akan membuat persembahan silap mata sambil ahli kumpulan mereka yang lain menyamar sebagai pelancong yang menonton untuk menarik perhatian anda untuk turut sama menyaksikan persembahan mereka. Bila anda asyik menonton persembahan mereka waktu tu mereka mula mengambil kesempatan menyeluk saku/beg anda.

3. Pemuzik Jalanan di New York City dan Los Angeles, Amerika Syarikat.
- Taktik mereka, Seorang lelaki yang peramah akan mendekati anda & meminta anda untuk mendengar muziknya sebelum memberi CD seolah olah ianya percuma kepada anda. Dia akan cuba memberi tahu betapa menarik muziknya bila anda menerima CD daripadanya dia akan memaksa anda membayar dan sekiranya anda enggan membayar mereka akan mengugut anda.

4. Menyamar sebagai Pengedar Pil Khayal @ Dadah, Koh Phangan, Thailand
- Kebanyakkannya di lakukan oleh Pemandu teksi atau tuk tuk menawarkan korang pil khayal atau dadah. Selalunya orang yang ke sana untuk tujuan berhibur menjadi target mereka. Apabila anda membeli dari mereka akan datang seseorang yang menyamar sebagai polis yang kononnya akan menangkap anda yang melakukan kesalahan meminta wang denda untuk mengelakkan di penjara.

5. Pemandu Teksi Pelancong yang biasanya terdapat di Las Vegas, Amerika Syarikat.
- Kebiasannya bila sampai di airport anda pemandu teksi yang akan menyambut anda & membawa beg2 anda masuk ke dalam bonet teksi. Apabila sampai di destinasi anda dia akan berpura2 terburu buru sambil mengeluarkan barang2 anda & cepat beredar tanpa anda sedari dia telah membawa lari salah satu beg yang paling kecil milik anda.

6. Penjual Peta yang biasanya di Eropah
- Taktik mereka simple. Datang kepada anda menawarkan peta sambil menunjukkan peta  hampir dengan muka anda sambil menyeluk saku anda.

7. Wanita Penggoda di Athens, Greece.
- Target dia selalunya lelaki yang melancong seorang diri. Dia akan hampiri anda dengan cara bermain mata dan menawarkan anda ke ke pusat2 hiburan bersamanya.. dan sekiranya anda bersetuju pada selepas berhibur dengannya dia, anda terpaksa membayar bill yang sangat tinggi

8.  Taktik Kamera Rosak yang boleh di jumpai di mana2 saja seluruh dunia
- Taktik mereka akan berpura pura minta anda tolong mengambil gambar kumpulan mereka dengan kamera mereka yang rosak. Bila anda menyerahkan kembali kamera tersebut mereka akan menuduh anda merosakkan kemudian menuntut ganti rugi daripada anda.

9. Panggilan Palsu Dari kaunter Depan Hotel ini jugak boleh berlaku di mana mana saja
- Mereka akan menghubungi bilik hotel anda & menyamar sebagai petugas di kaunter hadapan. Berpura2 seperti ada masalah & minta anda memberi butir2 kad kredit anda. Selalu panggilan yang di buat mereka adalah waktu tengah malam kerana kebiasaanya waktu itu pelanggan tidak akan turut kebawah untuk menyelesaikan sebarang masalah yang mereka cuba adakan.

10. Menu Takeaway Palsu kebiasannya berlaku di Amerika Syarikat 
- Mereka akan menghantar menu2  dengan cara menyelit di bawah pintu bilik hotel anda untuk memudahkan anda memesan makanan sekiranya anda malas untuk keluar. Setelah anda memesan bukan sahaja makanan tidak sampai tapi selepas mereka memproses maklumat kad anda akan sampai penyata bank yang mengejutkan.

11. Menyamar sebagai pelajar yang ingin belajar Bahasa Englis kebiasannya di Shanghai dan Beijing, China. 
- Lebih kurang wataknya sama macam perempuan penggoda cuma taktiknya berbeza sikit. Gadis2 ini akan datang pada anda meminta anda mengajar mereka bahasa Inggeris. Selepas tu akan mengajak anda makan bersama mereka di cafe sebagai tanda terima kasih & anda akan di kenakan caj yang tinggi selepas tu & gadis itu akan menghilangkan diri.

12. Money Changer penipu yang banyak terdapat di Bali Indonesia
- Mereka akan menawarkan padan pelancong dengan tawaran penukaran mata wang yang menarik.. bila anda meletakkan wang di atas meja kaunter dengan secepat mungkin mereka akan mencuri sedikit wang pertukaran anda tanpa anda sedari.

13. Pemandu teksi mengenakan caj berlebihan katanya kat Malaysia banyak camtu.
- Seperti kita sedia maklum kat memana jer pun pemandu teksi selalu mengambil kesempatan pada pelancong bukan je kat Malaysia. Mereka akan kenakan tambang yang tinggi atau mengambil laluan yang jauh untuk meningkatkan jumlah earning pada meter mereka. 

So, pada anda yang merancang percutian keluar negara moga info ni dapat membantu anda supaya tak jadi mangsa penyeluk saku atau penipuan lain.

P/S : Sumber dari Says tapi artikel asal dalam english. Poning jugak den nak translatekan ke bahasa melayu. Rupanya tak senang jugak nak buat entri copypaste. Erkk copypaste ke ni?? Rasanya tak copy paste sangat la.. kena menaip jugak dari awal hingga titik yang terakhir. 

AWAS LAVENDER MUMMY SEDANG CARI MANGSA BARU SELEPAS KANTOI DENGAN USTAZ KAZIM

Aduhai minah ni.. takde sekumit ke rasa takut. Even hampir seluruh alam maya ni dok canang pasal penipuan dia tetap dia tak putus asa tu. Tadi sempat jenguk blog dia.. wah program baru pulak dia lancarkan. Kembara Ilmu sakura katanya. yang bakal di bawa bersama terbang ke tokyo 2 icon penceramah tersohor yang dia tak petik lagi nama siapa2.


Aduhai... ada lagi ke yang bakal tertipu ni? Ni pun ciri2 cerita dogeng Lavender Mummy jugak ni.. Sebelum orang lain tertipu atas rasa tanggungjawab meh la den ingatkan pada korang semua agar siapa yang baca sebarkan benda ni supaya tiada lagi mangsa lavender mummy ni. Biar pupus pendapatan haram dia kat laman sosial.




 Ni kalau ada masuk perangkap kenyang jugak dia. Sumber blog Lavender mummy

Wahai Lavender Mummy lagi bagus kau jual tisu dari menipu. Biar sedikit tapi berkat & halal. Apalah dia makan masa kecik yer sampai otak dia jadi geliga sungguh bab2 nak menipu orang. Sesiapa sahaja kalau berurusan secara online melibatkan duit ni sila check nama ni. Kalau Nurzusilawati Nadzri jangan ambil risiko buat sebarang transaksi. Itulah dia penipu yang ada dalam pelbagai watak. Watak terbaru bernama Lavender mummy. Watak2 sebelum ni tak tau la aku banyak sangat. Tapi kalau korang google nama tu confirm korang boleh tahu watak2 dia sebelum ni..

Entri berkaitan Lavender Mummy & identiti beliau boleh baca kat
Ustaz kazim bakal buat laporan polis terhadap Blogger Lavender Mummy
Awas Anda mungkin jadi mangsa blogger ni


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com