Showing posts with label pekerja. Show all posts

YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SKIM PERSARAAN KWSP YANG TERKINI

YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SKIM PERSARAAN KWSP YANG TERKINI. Bagi yang masih bekerja kebanyakkan memang ada mencarum dalam account kwsp. Bagi yang dah pencen awal macam aku ni.. Yang ada pun caruman masa masih bekerja dulu jer.. Tu pun 3 majikan melayu yang pernah aku kerja jenis liat nak bayar. Yang memang tak buat caruman langsung pun ada.. Ada yang buat potongan setiap bulan tapi tak carum kat kwsp pun ada.. Alih2 dia lari meninggalkan staf terkontang kanting.. tup2 dengar buka company baru lagi & menipu lagi client yang berurusan dengan dia..


Semalam pun ada yang private mesej aku tanya pasal dia.. Katanya company dia ada berurusan dengan ex-bos aku tu.. tapi macam biasa duit ambil kerja tak buat yang ada hanya alasan jer. Tak tau la dari kedah membawa ke kuala lumpur sampai sekarang dia masih setia menyuap anak bini dia dengan rezeki haram.. Yang paling pelik walau dia banyak menipu & banyak report polis di buat tetap dia masih boleh cari makan dengan cara yang sama. Nasihat aku cuma satu.. Kalau nak apply cidb card tu, berhati hati nak guna khidmat agent. Nak lebih selamat direct terus dengan cidb...

Tak pepasal tercerita pasal ex-bos aku tu.. sebab dia ada kaitan dengan penipuan kwsp aku masa aku kerja dulu. Dah la tak carum yang bahagian majikan.. Yang dok potong tiap2 bulan dari gaji staff pun dia sapu licin. Dia tak tau ke tu untuk simpanan untuk hari keropot aku nanti kalau umur panjang sempat mengerepot la. Kalau tak sempat.. Untuk waris2 yang ada. Tak kisah la sempat ke tidak merasa duit kwsp tu tapi tetap hak aku yang susah aku nak halalkan pada dia.

Jadi pada majikan tolong amanah & jujur dalam menunaikan tanggungjawab anda sebagai majikan. Bagi pencarum kwsp... jangan hanya carum je. Perlu jugak korang ambil tahu tentang duit ada yang di simpan dalam account kwsp tu. Sebab sekarang banyak dah berubah.. Kalau dulu pengeluaran pertama boleh di buat pada umur 50 tahun & pengeluaran kedua (penuh) dibuat pada usia 55 tahun sekarang skim pesaraan kwsp dah ada yang perubahan. Korang boleh baca kat sini >> Yang Perlu Anda Tahu Tentang Skim Persaraan KWSP <<

Moral of the story.. Sebagai pekerja yang ada membuat caruman kwsp, setiasa kemaskini & update dengan kwsp. Bukan apa.. bila kita tak ambil kisah mungkin ada majikan yang ambil kesempatan macam aku dulu.

BENARKAH SEMUA STESEN MINYAK SHELL BUAT PERKARA NI?

BENARKAH SEMUA STESEN MINYAK SHELL BUAT PERKARA NI? Siapa kat sini pengguna yang suka isi minyak kat shell. Husband aku pun suka isi minyak kat shell sebab katanya lebih kilometer berbanding kat stesen minyak lain. Aku tak tahu la.. yang aku tahu duduk sebelah sambil mula berpidato sepanjang perjalanan katanya. Almaklum la.. apalah guna jadi seorang bini kalau diam macam batu. Hahahaha


Shell bagi aku cuma singgah isi minyak. Lain2 sebab memang jarang nak singgah walau nak kencing sekalipun. Entah kenapa kalau nak membuang sisa ni kurang memilih shell lebih suka petronas. Nak mengisi je kat shell katanya.. nak membuang ke petronas. Gamaknya Petronas service dia lebih baik dalam menerima sisa kumuhan katanya. Kojaq sangat kau lekat lekit terhadap petronas katanya. Hahahaha. Jangan marah yer petronas. Sekurang kurang kat situ hangpa lebih baik kot walau bukan semua tempat menepati standard kebersihan. At least petronas boleh la jugak di puji tempat pembuangan dia. hehehehe

Selama dok isi minyak kat shell bagi aku takde la pengalaman yang menyakitkan hati atau menyentuh perasaan sangat. Biasa jer. Tapi tak sangka pulak ada cerita pasal stesen minyak shell ni. Cerita dia gambarkan tu rasanya macam tak nampak pun kejadian tu berlaku kat semua stesen minyak shell. tak tau stesen minyak shell yang mana buat benda macam ni kan? Mungkin la ada cuma bukan semua kat stesen minyak shell. Yang pasti aku tak pernah tempuh pengalaman yang menyentuh sanubari macam ni kat stesen minyak shell. Nak tau apa benda yang aku merepek pasal stesen minyak shell ni tengok la sendiri kat sini. Aku nak cerita lebih2 kang jadi cerita dogeng pulak. Cerita dogeng ok la.. tetiba jadi cerita seram langsung orang tak isi minyak kat shell katanya. hahahaha >> Video! Kisah Benar tentang Shell <<

Apapun bukan stesen minyak tu yang mempengaruhi perasaan pengguna & pelanggan tapi atitute staff & petugas tu memainkan peranan penting. Manusia ni almaklum la.. Bukan suka ikut peraturan sangat kan? Walau apa kerja sekalipun tetap ada etika tapi yang bekerja tu belum tentu ikut etika. Yang pasti etika kerja kat mana2 tempat kerja yang berurusan dengan pelanggan tetap mengutamakan layanan mesra kepada pelanggan cuma tak semua pekerja dia ikut.

Moral of the story.. tak kira yang baik atau buruk kedua duanya akan jadi sebutan. Jadi pilih lah anda nak di kenang sebagai orang yang baik atau buruk.

VIDEO MAMAK GUNA PENYAPU LANTAI CUCI KUALI MEMASAK

VIDEO MAMAK GUNA PENYAPU LANTAI CUCI KUALI MEMASAK. Sebab tu la aku dengan laki aku dah lama memboikot restoran mamak ni. Majoriti restoran mamak kat Malaysia ni memang luar je cantik kat dapur rasanya sama level dengan tandas awam yang takde cleaner. Kecuali la memang tak ada tempat nak makan & darurat mungkin la terpaksa jugak makan kat restoran mamak baru rasanya aku makan.

Sedap macam mana pun kalau tahap kebersihan tak jaga memang kembang tekak nak telan. Bayangkan lepas dia sapu lantai dia guna penyapu yang sama bersih kuali. Kau rasa macam mana?? Gamak lagi ke kau nak jamah mee goreng mamak atau roti nan cheese meleleh leleh? Kalau aku muntah meleleh2 kat situ jugak.

Kisah Pengalaman seorang Jurugambar yang tengah makan kat sebuah restoran mamak tetiba nampak kejadian tu berlaku depan mata dia. Memang dia tak tunggu habiskan makanan dia order dah. Bayar angkat kaki jer..Silap besar la pekerja restoran mamak sebab perbuatan dia yang nampak adalah seorang jurugambar & siap rakam lagi sebagai bukti. Korang boleh tonton kat video di bawah

 Sumber Harian Metro

jadi penggemar mamak food sekalian. Amacam?? Korang confident lagi ke nak makan kat restoran mamak. Walau bukan semua pengotor tapi ketahuilah majoriti restoran mamak memang kotor cara dia menyediakan makanan.

Aku kalau restoran mamak orang ajak makan dengan 10 taktik ni pun >> 10 taktik Kawan Guna Untuk Ajak Kita Temankan dia makan << Insya Allah kalau aku temankan pun aku rasanya tak makan kot. Kecuali aku nampak dapur dia, nampak cara dia masak & nampak bahan2 mentah dia guna untuk masak memang bersih. Termasuk dapur dia. Bukan aku kata restoran bukan mamak semua bersih2 tapi kontroversi pasal kebersihan restoran mamak ni memang banyak sangat sampai aku tak dapat nak bersangka baik dengan restoran mamak.

Moral of the story.. Aku rasa KKM kena selalu buat pemantauan secara mengejut kat semua restoran mamak yang ada. Aku sendiri pernah tengok seorang pekerja restoran mamak. Walau restoran tu di letakkan halal pekerja dia bukan semua mamak muslim ok. Ada yang india non muslim kerja kat situ guna nama muslim. Dia buat roti canai siap pakai cincin. Tak tau la ada orang tak geli tengok tapi bagi aku bila nampak cincin tu terbayang macam2 melekat kat situ kemudian dia dok uli tepung, tebar roti canai bagai guna tangan dia.

KALAU TAK BOLEH TAMPAR BERHENTI KERJA JAGA ANAK SENDIRI

KALAU TAK BOLEH TAMPAR BERHENTI KERJA JAGA ANAK SENDIRI. Inilah masalah  ibu yang bekerja. Kena hantar anak pada pengasuh atau pusat2 asuhan yang ada. Yelah.. takde pilihan. Lainlah boleh bawa anak pergi kerja. Tapi bukan semua company yang boleh kerja santai macam tu sambil jaga anak.Majoriti mana ada boleh bawa anak pergi kerja walau kakitangan kerajaan pun walau ada jugak yang seludup bawa anak pergi ofis.

Bila dah bagi orang jaga anak kita ni.. Kita pun kena la ada tolak ansur & timbang rasa. Sikit2 punya hal tu tak payah la kecoh sangat. Macam semalam aku tertengok satu video caption konon macam mendera sangat la budak tu padahal pengasuh taska tu cuma sekadar tampar2 manja jer budak tu. Tengok berita kat tv tadi katanya pengasuh tu pukul sebab budak tu gigit budak lain. Cara dia pukul pun kalau kita kategori pukul2 manja.Aku pun pukul jugak anak aku macam tu. alah tampar tangan, tampar kaki.. gitu je la. Tengok cara dia menampar tu takde la macam sekuat kudrat yang ada. Memang takde nampak budak tu tergolek ke atau terpelanting ke dinding kena smash dengan pengasuh tu. Pukul sekadar bagi pengajaran je kepada budak kecil yang masih belajar untuk tahu apa yang salah & betul. yelah.. kang biar mak bapak yang anak dia kena gigit pulak komplen. Asyik kena gigit jer manjang.

Tajuk kat video tu memang buat orang panik jer tau. Perkataan dera tu bagi aku tak sesuai sebab takde unsur dera pun melainkan berlaku kat sweedden je perilaku macam tu mungkin di kategori sebagai mendera. Tapi pengasuh please jangan tepuk belakang.. erkk tapi maybe dia tepuk tepi lengan jer tu bukan belakang.

Aku pelik apa yang nak jadi isu sangat tapi sebab video tu di sebarkan oleh bekas pekerja kat situ ni mesti kes tak puas hati kena buang kerja atau berhenti kerja tu yang beriya dia confident sebar & viralkan video yang takde sebarang unsur jenayah & penderaan pun kalau kat Malaysia ni. Lain la sweeden memang cuit hujung jari pun tak boleh kalau niat memang nak ajar dengan cara pukul. Mak bapak budak tu pun katanya dah selesai secara tertutup ogos lepas. Dan mak bapak dia pun tak rasa benda tu patut jadi kes polis. Alah kalau aku mak budak tu pun benda macam tu sampai nak jadi kes polis.. elok la kau berhenti kerja jaga anak sendiri nak tengok kau tahan tak jaga anak tanpa sebarang pukulan manja sekalipun. Kalau aku memang tak mampu la. Anak tengah membesar ni kadang2 menggugat jugak kesabaran. Pukul tu bukan tahap mendera pun. Tapi nampak garang sikit kot. Tapi Aku memang tak boleh kalau orang sentuh anak aku dengan pukulan sebab tu aku tak kerja. Aku je boleh pukul anak aku hahahaha.


Apapun nak mendidik anak ni memang ada caranya. Kalau nak pukul pun ada tempat2 yang boleh pukul & tidak. Nak bagitau apa yang betul & salah pun ada caranya Tapi kita selalu sangat buat cara salah dalam memberitahu perkara salah yang anak kita buat.

Kesimpulannya.. Kita sendiri pun kadang2 tak betul cara mendidik anak inikan orang yang kita amanahkan jaga anak kita sementara kita pergi kerja. kalau tertampar sikit macam tu, kira normal la tu. Selagi tak mendatangkan trauma atau kecederaan serius sehingga meninggalkan kesan pada fizikal & mental Insya Allah niat dia bukan nak sakitkan anak kita sekadar mengajar je.

TUKANG SAPU INDONESIA SELONGKAR PETI SURAT ORANG

Sekarang ni pendatang memang dia punya tahap kebal kat Malaysia dah macam kita pulak pendatang di negara sendiri. Nak2 lagi yang majoriti orang dia banyak kat Malaysia, macam indonesia ni. Kita tegur sepatah dia balas balik dengan maki berpuluh patah, padahal orang tegur benda yang di buat salah.

Aku bukan kata semua pendatang Indonesia tu macam tu.. ada jugak yang ok. Contoh aku pernah kenal seorang akak ni masa dia kerja tukang cuci jugak. Baik & rajin orangnya.. kalau terserempak kat memana sentiasa tegur. Tu salah satu contoh orang indonesia yang baik. Bukan takde langsung.. ada tapi sekarang dah banyak yang naik tocang.

Alkisah ni sebenarnya dalam minggu2 lepas. Asben aku balik dari kerja cerita kat bawah tempat peti surat ada tukang sapu bangunan sini orang indonesia dok selongkar peti surat orang ambil segala kertas & surat orang nak jual. Lepas tu seorang lelaki cina tegur.. terus jadi bergaduh. Berani pulak dia melawan sedangkan dia dah ceroboh harta orang. Asben cakap mentang2 tangan dia kecik boleh masuk dalam lubang tempat orang masukkan surat.. dia main seluk jer. Abis bil2 & surat orang dia amik buat jual. Asben aku bukan jenis setakat bising kat belakang dia siap buat laporan kat pihak pengurusan masa kejadian tu sedang berlaku. Lepas tu aku tak tau dah apa jadi.

Sekadar hiasan. Carian google

Hari ni kat area blok aku (sebaris dengan rumah aku) tadi dengar bising kat luar. Suara orang bergaduh. Lelaki melayu & perempuan indonesia. Aku buka jugak la pintu tengok sapa bergaduh. Rupanya tukang cuci bangunan dengan seorang abang yang dah lama tinggal kat situ. Dengar dari apa yang depa gaduh, abang ni suruh tukang sapu ni sapu sikit sisa makanan yang depan pintu umah dia, yang si tukang sapu ni macam taiko, melawan tak nak sapu, dia kata bukan kerja dia. Abis hari2 kerja dia sapu habuk je ke pun aku tak tau. Lepas abang tu mengamuk nak pergi komplen boleh pulak dia sapu. Lepas tu cakap.. kalau report pun dah takde sampah tu dia dah sapu. Padahal sampah tu di koridor memang dia kena bersihkan. See... sebenarnya dia boleh buat tapi tahap keras kepala tu nak melawan jugak.

Tengok la betapa pendatang sekarang bertuan di negara kita sendiri. Kita kalau ke tempat orang rasanya lebih hormat penduduk tempatan. Yelah.. adat menumpang tak payah tunjuk taiko sangat tapi kat Malaysia sekarang.. Pendatang dah jadi Tokei. Kita pulak yang nampak macam menumpang.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com