Showing posts with label penulis novel. Show all posts

KERANA DENDAM DIA MENJADI PENDOSA DULU, KINI SELAMANYA..

KERANA DENDAM DIA MENJADI PENDOSA DULU, KINI SELAMANYA.. Kita manusia memang semua pendosa.. Tak ada manusia yang tak pernah berbuat dosa. tak kira la sebesar besar dosa atau sekecil kecil dosa sekalipun. Tapi yang membezakan seseorang adalah pengakhiran hidupnya nanti. Samada dia pergi membawa sekali dosa dosanya atau.. dia sempat la bertaubat.


Kadang kadang dosa yang kita buat adalah di sebabkan dosa orang lain. Yelah.. bila hati marah, sakit & terluka akan timbul rasa dendam. Bila ada rasa dendam mula la nak membalas.. Mungkin orang yang buat kita berdendam tu pernah melalukan dosa terhadap kita. Dah la dia jahat.. dia buat orang turut jadi jahat jugak macam dia. Tak guness kan?

Macam kisah dalam Novel tulisan Tajul Zulkarnain ni.. Pendosa dulu, kini & selamanya.. Mengisahkan seorang hamba Allah yang pernah di aniaya & di malukan oleh kawan baik sendiri sehingga menjadi satu dendam yang teramat. Dari dendam tersebut.. Balasan yang di berikan pada bekas kawan baik dia bukan calang calang. Dia bertekad membalas semua  penganiayaan yang pernah berlaku pada dirinya..

Dalam Novel ni seorang pemuda sanggup mengupah samseng untuk membalas dendam terhadap bekas kawan baik. Tapi bukan dia upah samseng untuk pukul kawan dia tapi dengan cara yang paling menyakitkan iatu cara psycho sampai menyebabkan kawan dia tu rasa tertekan & di hantui rasa bersalah pada kesilapan & dosa lalu dia. Memang membaca novel ni kita pun boleh psycho juga. Buat kita akan terbayang kesilapan lepas kita mungkin menyebabkan ada orang lain mengalami trauma atau fobia dalam hidup dia siapa tahu.

Kadang kadang kita rasa apa kita buat sangat remeh tapi penerimaan mangsa tu mungkin bukan perkara yang remeh. Mungkin bagi dia benda tu satu perkara yang mengaibkan & memberi kesan mendalam kepada hidup dia.

Bila kita baca novel Pendosa, Dulu, kini, Selamanya ni.. Memang akan buat kita berfikir. Bagi pendosa.. Sampai satu ketika mungkin dosa dosa penganiayaan terhadap orang lain itu bakal menjadi satu hukuman yang sangat pedih saat kita mula menyelesai apa yang pernah kita buat. Kalau boleh di undur masa.. Mungkin kita nak betulkan segalanya tapi memandangkan apa yang berlaku & berlalu tu mustahil mampu di ulang semula.. Tak mustahil kesalan itu yang akan menghukum kita nanti.

Itulah yang di tekankan dalam novel ni.. Apapun kita nak buat fikir kesan jangka panjang. Orang yang baik pun boleh jadi jahat angkara dendam.. Dan kejahatan seseorang hari ni mungkin kitalah puncanya. Kekejaman dia hari ini mungkin tanpa sedar kita lah yang didik hati dia jadi macam tu dari perbuatan kita yang lepas terhadapnya..

Dalam novel ni pun menunjukkan bagaimana seorang samseng pun masih ada ketakutan untuk melakukan kejahatan & seorang samseng juga masih  ada perikemanusiaan cuma adakala ego untuk buat mereka berpura pura hilang rasa simpati.. Seorang penjahat pun masih ada rasa ingin kembali ke  pangkal jalan. Memaparkan isi hati seorang yang mungkin kita nampak jahat, ganas & kejam macam iklan KFC.. pedas & rangup di luar.. lembut di dalam tu.. kekekeke.


Apapun novel ini agak berat.. Jadi bagi mereka yang suka penceritaan yang lebih matang, serius & konflik boleh la dapatkan novel Pendosa Dulu Kini Selamanya ni.. Banyak pengajaran yang ada dalam cerita ni.. Di Adaptasi dari satu rasa seorang pendosa yang ingin keluar dari dunia dosanya & mendapat keampunan dari Allah.

Bagi yang berminat nak dapatkan novel Pendosa Dulu Kini Selamanya boleh la dapatkan terus dari penulis buku ni

Facebook : Tajul Zulkarnain


Nak beli buku je tau jangan nak ngorat. Tajul baru je raya ke 3 lepas sah menjadi suami kepada seorang doktor. Tak payah berangan nak jadi yang kedua atau ketiga.. Tengah mood bulan madu di awan biru tu. Kalau nak mesej make sure sebab nak beli buku bukan nak jual ayat yer hahahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com