Showing posts with label gisi. Show all posts

FESYEN BERTINDIK KAT GIGI & ANAK TEKAK

Pelik2 sungguh trend berfesyen akhir zaman ni.. Setakat bertindik kat lidah dah tak rare katanya. Ramai yang buat.. retis Malaysia pun ada buat apatah lagi bertindik kat pusat ramai orang melayu buat. Konon nak cari lagi rare.. maka terhasilah satu lagi trend berfesyen bertindik kat gigi & anak tekak. Gamaknya camna la nak tebuk gigi keras tu nak letak subang yer & camna la pakai subang kat anak tekak? Nak tau meh la kita tengok

Sumber google

Actually tempat tindik tu tidaklah atas gigi.. Memang jenuh nak gerudi la kalau nak tindik atas gigi kan? Nampak macam di celah antar gigi & ada yang dekat gusi.. Aku pulak tetiba rasa ngeri & nyilu tengok gambar gambar tindik ni. Telinga aku pun dah lama bekas tindik tu tertutup.. dah lama tak pakai subang apatah lagi anting anting kan. Dah tak rasa nak tindik semula.. apatah lagi nak buat kerja merapu tindik kat gigi ni...


Ok tak extreme sangat katanya kat celah gigi.. ni lagi extreme tindik kat anak tekak.. Aku sampai sudah dok pikir motif tindik kat dalam tekak macam tu? Untuk apa gamaknya.. Tak boleh terima akal manusia kampung macam aku ni. Hahahaha... 

Tak tersangkut makanan ke bila nak telan? hahahaha

Hope fesyen & trend camni tak menular kat masyarakat malaysia la.. Kang pelik jugak dok tengok bebudak asyik senyum jer.. Yelah, tak senyum mana orang nak nampak aksesori kat dalam mulut kan? sesia jer sesusah payah tahan sakit nak bertindik dalam mulut alih2 takde orang nampak so solution kena sentiasa senyum la.. hehehehe

Moral of the story.. haiwan pun tak sanggup buat benda2 mengarut ni tapi pelik manusia pulak tergamak lakukan kerosakkan pada anggota badan. Rasanya haiwan lagi sayang diri dari segelintir manusia... kesian.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com