Showing posts with label scan. Show all posts

TERKINI! ROKOK DI LENGKAPI DENGAN SETEM CUKAI IMBAS CODE GUNA APLIKASI MOBILE

TERKINI! ROKOK DI LENGKAPI DENGAN SETEM CUKAI IMBAS CODE GUNA APLIKASI MOBILE. Macam macam kerajaan buat untuk menghalang aktiviti penyeludupan rokok & aktiviti menjual rokok seludup kat Malaysia ni. Rokok seludup tak semestinya jenama2 yang biasa kita dengar.. kadang2 ada yang menyeludup rokok2 jenama terkenal untuk elak cukai. Nak kaut untung lebih gamaknya.


Sebab tu kerajaan sangat alert pasal rokok ni. Mungkin salah satu pendapatan terbesar negara kot. Isu rokok ni nampaknya lebih besar dari isu GST & kenaikkan harga barang. Terbaru kerajaan telah membuat perubahan kepada kotak rokok yang masuk secara bercukai dengan meletakkan dakwat keselamatan bawah kotak rokok. Banyak betul ciri2 keselamatan guna dakwat kat Malaysia ni kan. Dulu kita pakai dakwat masa nak cop ibu cari kalau buka buka account bank & sebagainya.. sekarang dakwat di gunakan untuk menanda pengundi supaya tak mengundi dua kali katanya. Dah habis kes mengundi.. kotak rokok pun kena dakwat jugak hehehehe

Selain di letakkan dakwat pada bawah kotak rokok. sekarang di lengkapi dengan setem cukai yang boleh di imbas (scan) menggunakan aplikasi yang anda boleh download melalui App mobile. Katanya untuk membenteras jenayah rokok seludup. Tu dia memang gigih sungguh kerajaan kita membenteras rokok seludup dari membenteras perkara perkara lain yang lebih membahayakan keselamatan negara.

Kalau korang nak tengok macam mana rupa kotak rokok yang di lengkapi dengan setem cukai yang boleh imbas code guna smartphone tu meh la tengok kat sini >> [WAJIB BACA] Setem Cukai Rokok Baharu Berkuatkuasa Mulai 1 Ogos 2016…Apa Yang Berubah? << cantik tak? hehehehe

Aku rasa la kan.. dari kerajaan pulun sangat dok tumpu pada rokok ni ada baik tumpu pada lambakkan warga asing yang masuk malaysia secara tidak sah. Depa ni ada yang lebih mengancam keselamatan penduduk tempatan berbanding rokok.

SCAN PENYAKIT GUNA KUKU

Macam mana gamaknya nak scan penyakit melalui kuku ni? Scan kuku ke camna? Pergi hospital tadah jari jer suruh scan. Ke bomoh scan penyakit melalui kuku? Almaklum perubatan alternatif ni dia lain macam sikit nak2 lagi yang ada unsur syirik & khurafat. Dari dok bagi hangpa pening.. mai la baca.

Kalau tak gimik tak sah kan lekat lekit ni.. Saja je buat orang tertanya tanya & panik. Padahal benda simple jer saja jer bagitau tapi dengar macam complicated sangat. Alah.. nak usik2 sikit pun dah tak boleh.. Yelah.. yelah.. kita serius macam Guru besar.

Yang aku nak share adalah pasal penyakit yang boleh di kesan melalui kuku. Jangan ingat kuku tak effect kalau dalaman kita ada penyakit yer.. Almaklum la hidup sebadan ni.. satu sakit semua terasa umpama cubit peha kanan peha kiri tacing lelebih. Macam tu jugak kuku benda lain yang sakit dia  over effect pulak..

kuku camni bukan tanda penyakit tapi cari penyakit

Ini adalah 5 tanda penyakit yang boleh di kesan dari perubahan kuku kita
  1. Kuku pecah atau terbelah dan kering menandakan penyakit Tiroid.
  2. Kuku yang bertukar menjadi biru ada kaitan masalah paru-paru atau pulmonari (masalah jantung).
  3. Kuku yang terbelah menunjukkan simptom psoriasis (sejenis penyakit kulit).
  4. Kuku yang berubah menjadi kuning menunjukkan masalah diabetes, sistem pernafasan tidak teratur atau masalah pada sistem limfa.
  5. Kuku yang bertukar menjadi putih keseluruhannya menunjukkan tanda-tanda masalah buah pinggang, hati atau anemia.
 Sumber : Mengenal Penyakit Melalui Kuku

Confirm ramai yang baca sambil belek kuku kan? Kot2 ada tanda salah satu penyakit yang nampak kat kuku. hahahaha.. Apapun kalau anda tanda2 tu kat kuku hangpa elok la buat pemeriksaan lanjut kat hospital jangan dok buat kesimpulan dari info yang hangpa baca jer. Kadang2 kuku kuning sebab dok gaul kunyit bukan sebab penyakit pun. Cuci2 tak keluar terus ingat ada diabetes pulak. Info ni sekadar untuk peringatan bukan keputusan yer..

Moral of the story.. kuku yang cantik adalah kuku yang sentiasa bersih & pendek bukan kontot. Jadi jangan suka gigit kuku, hokay!


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com