MULIANYA ROKOK BERBANDING MINYAK PETROL
Maka bertebaranlah sejak semalam status2 berkenaan 20sen. Ada yang meluahkan perasaan tak puas hati, ada yang kata ok jer bukan harga minyak naik subsidi jer di kurangkan, tak kurang jugak yang ambil kesempatan buat troll sampai penuh keywords blog aku orang dok cari gambar budak ayu dalam filem bujang lapuk sebab nak troll harga minyak yang naik 20sen tu. Maka akan muncul jugak komen.. Harga minyak naik korang naik minyak.. harga rokok naik rilex jer korang sedut hembus.Tapi bila harga minyak naik.. Bukan setakat harga cekodok jer naik.. nak naik keta kodok pun fikir 18 kali. Bukan terjejas orang yang ada kenderaan pakai minyak jer.. Orang jalan kaki, orang tak boleh jalan pun terjejas jugak. Sebab harga barang walau tak umum naik secara rasmi auto naik. Jadi sila bijak sikit wahai pembela kerajaan. Tak salah nak sokong, tapi sebelum berhujah sila pakai otak bukan fikir pakai tapak kaki.
Sekarang faham kenapa orang sanggup berdemo kalau harga minyak naik & orang boleh rilex bila harga rokok naik. Bila harga minyak naik semua kos naik.. Ko fikir orang sekarang gerak pakai ilmu ghaib ker? Tak payah pakai kenderaan.. Bila kos penghantaran naik kos barang pun naik la! Tu pun tak reti fikir. Bukan sebab rokok tu baik sangat sampai orang tak kisah harga dia naik berbanding minyak petrol. Cemuih aih...
P/S : Isu anjing compare dengan rokok.. Isu minyak compare dengan rokok.. Rupanya ramai orang jeles dengan rokok