SERANG LANUN KAT THE CURVE
Satu hari siang tadi asyik cerita pasal Mak Enon & Pak Meon (Anonymous) jer.. Macam bagi publisiti sia - sia pulak kan pada spesis tu. Apapun ada yang kantoi menyamar Anon untuk kutuk sang lekit kat blog ni dah senyap selepas dia tahu identiti & blog nya sang lekit dapat kesan. Bagus la dik.. Kalau rasa niat tu baik tak payah jadi Pak Meon yer nak tegur. Biasa la budak - budak, kita maafkan je.Okies tutup cerita pasal Mak Enon & Pak Meon tu.. Ni kes serang lanun kat the curve. Serang Lanun?? Ke kena serang dengan lanun?? Taklah.. memang serang lanun. Dahsyat kan sang lekit. Kekekekekekeke. Menyerang pawagam untuk menonton Pirates Of Caribbean (On Stranger Tides) apa nak dahsyatnya. Ramai yang join menyerang GSC The curve walau semalam bukan hari minggu pun. Banyak cerita2 best sedang di tayangkan kat pawagam bulan ni mesti la ramai taknak lepaskan peluang.
Semua orang tahu dari episod pertama Filem Pirates Of Caribbean sampai la yang terbaru ni ceritanya memang tak mengecewakan. Adengan yang paling sang Lekit suka dalam filem ni ikan duyung yang makan orang. Mula - mula muncul macam perempuan cantik di laut sambil berpaut di bot mangsa.. Lepas tu bertukar ganas & bersiong dah bertindak agresif menyerang mangsa. Dari kisah dogeng di selitkan dalam filem ni menjadi sebuah adengan yang menarik. Memang sang lekit suka part Duyung tu.
Ikan duyung yang cantik & jatuh cinta dengan seorang paderi
Watak yang buat kita tak kering gusi
** Semua gambar adalah hasil carian google**