KEDAH VS KL. BUKAN TAK SEDAR DIRI
Mula - mula nak guna tajuk entri ni sebagai Kedah Murtad tapi sang lekit search dulu maksud perkataan murtad. Bukan tak tahu murtad tu apa.. Cuma nak pastikan samada ada sesuai atau tak di gunakan. Rasanya tak berapa sesuai jadi tak jadi la guna. Tak mahu jadi pertikaian nanti mengelirukan orang lain semata - mata nak bergimik dengan tajuk entri, kan??Apa kisah lupa diri ni? Mungkin ada yang tahu & mungkin juga ada yang tak tahu yang sang lekit di lahirkan, di besarkan & di sekolahkan di kedah darulaman. Disitulah kampung halaman ku sampai sekarang. Cuma sejak 6 tahun ni sang lekit menghuni disini.(Selangor/KL). Dari segi loghat/Slang memang la berbeza. Semua pun sedia maklum tapi sang lekit jarang pula berinteraksi dalam loghat kedah kat sini. Banyak sebab.. Antaranya :
Sang lekit bersuamikan orang KL. En Hubby ni tak berapa faham sangat loghat kedah walau dia kadang boleh la mengajuk sikit - sikit. Jadi untuk tidak menyusahkan komunikasi antara kami, jadi sang lekit yang dah biasa bertutur dalam slang sini menggunakan slang tu sebagai slang rasmi kitorang berinteraksi. Teringat masa baru2 kawen dulu.. Masa bawak en hubby ke rumah sedara (kat kedah) ada sorang nenek sedara sebelah arwah ayah ni. Peramah orangnya.. bercerita tu ini.. En Hubby tekun je dengar tapi dari air muka dia sang lekit faham dia cuba meneliti & memahami setiap perkataan yang di cakap nenek sedara ni walau sebenarnya dia tak faham sangat. Lucu pun ada. Tapi selalunya sang lekit la jadi penterjermah kepada perkataan2 yang dia tak faham.