MINYAK MASAK 3 KALI GUNA TAK JADI RACUN PUN SEBENARNYA
Baru2 ni ada jugak terbaca sebaran di laman FB katanya minyak masak yang 3 kali di guna semula akan jadi racun. Walaupun den bukan jenis suka sangat recycle minyak yang dah di gunakan kecuali dalam keadaan terdesak. Tetiba nak memasak atau goreng sesuatu.. tup2 tengok minyak dah nak abis atau tak cukup. Time tu je nak recycle yang dah guna sekali. Tu pun kalau minyak tu still jernih & cantik lagi.Hari ni baca kat mynewshub katanya tak jadi racun pun kalau minyak masak 3 kali guna tu. Tiada standard yang di tetapkan untuk berapa kali tempoh penggunaan minyak masak tu cuma bergantung kepada tekstur minyak tu selepas di guna. Jika warna minyak masak menjadi perang pekat, menjadi lebih likat atau pekat, berbau tengik dan banyak asap terhasil semasa minyak masak itu dipanaskan elok la di tukar kepada minyak yang baru.
Rujukan Mynewshub
Yelah zaman semua harga barang naik ni kita kena la lebih berjimat kan?? Even den pun nak mula jimat minyak sekarang ni. Walau family den still kecik yang nak makan 2 mulut jer.. tapi tak salah pratikkan dari sekarang. Biar jadi kebiasaan.. Nanti jimat belanja dapur