Showing posts with label Malayan Tiger. Show all posts

WANITA MENYUSU ANAK ATAS LANTAI ERL DI KUTUK

Mula - mula aku cuma baca jer cerita seorang ibu yang terpaksa duduk di lantai ERL sebab nak menyusukan anak dia. Katanya sampai 40 minit dia duduk di lantai takde seorang pun sudi bangun & bagi seat untuk keselesaan dia & anak dia. Dia sembat snap pic & upload kat laman sosial & masuk pulak akhbar.

Sumber harian Metro

Ok.. settle bab tu.. Memang tindakkan yang sangat tak patut bagi aku yang bergelar seorang ibu even aku memang susah sangat nak naik pengakutan awam ni. Tapi ada sorang manusia yang mungkin keluar2 dari perut mak dia tak pernah merasa susah kot, guna nama Malayan tiger konon nak tunjuk kelainan sangat mempertikaikan tindakkan ibu tu di status FB dia.


Tak kisah la berapa minit dia menyusu anak dia.. point bukan berapa minit tapi point dia orang awam majoriti takde perikemanusiaan. Takde sorang pun simpati & bagi seat untuk dia & anak dia. Yang kau nak pertikai berapa jam dia nak susukan anak compare dengan gajah bagai dah kenapa. Kau dah takde point lain ke nak cari salah dia?

Pertikai pulak perempuan tu bawak anak kat tempat awam & naik pengakutan awan.. Dei Tambi tak semua orang suka2 nak cari susah dengan bawak anak kecik naik pengangkutan awam macam tu. Ada la sebab tertentu. Lepas tu salahkan laki perempuan tu pulak tak sediakan pengakutan yang lebih selesa kat anak bini dia.. kau tau ke dorang memang takde pengakutan sendiri. Orang naik pengangkutan awam ni banyak sebab beb. Takde mak suka2 nak menyusahkan diri dia atau anak dia.  Yang pasti orang buat apa perkara pun bersebab bukan macam kau, gila! Suka buat pertikaian bodoh macam ni.Cuba kau pergi cakap kat mak kau camni tengok. Kalau dia betul2 mak confirm dia menangis dapat anak macam kau.

Last pertikaikan perempuan tu yang share pengalaman dia dalam ERL.. katanya suka memburukkan orang. Bagi aku dia berkongsi untuk kesedaran masyarakat.. Sekarang ni nak cakap apa kena ada bukti kang tak pepasal di tuduh fitnah pulak so ambil gambar salah satu bahan bukti. Tapi kau punya status dah terang2 memburukkan dia. Cakap main kalau2 jer tak boleh Malayan Tiger Ooi.. kau takde bukti. Kau mana tahu sebelum ni ada orang bagi dia seat??So, ada akai sila guna bukan simpan dalam peti ais kat rumah yer Malayan Tiger.

Hope Malayan Tiger kalau nak jadi outspoken pun cari isu2 yang betul2 kau boleh kecam & hentam. Jangan memperbodohkan diri. Buat aku rasa kesian je kat kau. Aku rasa kau dulu tak dapat kasih sayang secukupnya dari sorang mak kot sebab tu jadi camni

P/S : aku pun pernah Breastfeeding anak aku.. Memang kadang2 sampai dekat 30minit jugak. Jadi aku tak pelik kalau anak perempuan ni menyusu sampai 40minit sebab dalam keadaan tak selesa camtu mungkin anak tu terpaksa ambil masa agak lama untuk kenyang. Malayan Tiger kalau kau perempuan bermakna samada kau tak kawen lagi, atau takde anak.. kalau kau lelaki dah terang2 kau memang takde bini apatah lagi anak.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com