Showing posts with label hydroquinone. Show all posts

DALAM UBAT HOSPITAL PUN ADA HYDROQUINONE KENAPA DALAM SKINCARE TAK BOLEH?

DALAM UBAT HOSPITAL PUN ADA HYDROQUINONE KENAPA DALAM SKINCARE TAK BOLEH?? Minggu ni sahaja asyik terbaca viral pasal 1 produk skincare ni.. erkk sebenarnya yang tengah hot sekarang ada 2 local brand produk. Dua dua tu memang dah selamat KKM senaraikan sebagai produk yang mengandungi bahan terlarang iatu racun berjadual yang biasa di jumpai dalam banyak local skincare ni. Kita sedia maklum kan.. Kat Malaysia tengah 'In trend' produk jenama sendiri di mana material di bekalkan oleh pihak kilang yang mana gigih sangat nak jadi 'ponder' cuma perlu keluarkan modal untuk beli produk ni dari kilang OEM.. tempek la label jenama sendiri kemudian pepandai la hang nak market macam mana. So jangan pelik kalau nampak krim yang warna sama, bau sama, jenama berbeza di kesan mengandungi racun yang sama yer..

Semalam terbaca satu screenshot conversation antara seller product (saya agak jer) dengan mungkin customer pasal 1 produk ni yang ada 2 Item dalam set skincare dia di kesan mengandung racun berjadual iatu Hydroquinone. Hydroquinone ni memang sengaja di campurpalsu dalam produk bagi tujuan pemutihan, mengatasi masalah jerawat & jeragat yang serius bagi memberi kesan kecantikan yang cepat. Sebab tu tak pelik depa pakai produk yang ada hydroquinone (normally tidak di beritahu la ada ingredient hhydroquinone dalam produk kosmetik) sekejab je muka dah putih melepak macam mayat, kulit licin macam cermin, pink pink macam oink oink.. Hydroquinone ni la yang berfungsi melakukan perkara tersebut.


Berbalik pada conversation tadi si seller nampak cuba manipulasi kenyataan dengan mengaitkan hydroquinone yang terdapat dalam ubat. Yer Hydroquinone adalah dalam kategori ubat terkawal yang hanya boleh di berikan oleh petugas kesihatan profesional seperti doktor sahaja. Tidak boleh di letakan dalam produk kosmetik seperti skincare. Sebab ia amatlah bahaya jika di gunakan tanpa pemantauan petugas kesihatan seperti doktor.

produk yang mengandungi hydroquinone adalah dikawal sebagai produk farmaseutikal dan perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mana produk tersebut hanya boleh digunakan di bawah pengawasan professional kesihatan sahaja. 
Salah guna hydroquinone di dalam produk kosmetik 
Kegunaan hydroquinone di dalam produk kosmetik seringkali dikaitkan dengan produk pencerah kulit muka atau merawat masalah pigmentasi. Memandangkan produk kosmetik tidak boleh mengandungi hydroquinone maka mana-mana produk kosmetik yang dikesan mengandungi hydroquinone adalah dikategorikan sebagai produk yang dicampurpalsu. Produk kosmetik yang dicampurpalsu adalah menyalahi garispanduan dan peraturan yang ditetapkan.
Penggunaan produk yang mengandungi hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan pelbagai kesan mudarat. 
Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata. 
Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini malah kulit menjadi hipersensitif. 
Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) dan proses ini boleh menyebabkan berkurangnya perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya di mana ia boleh meningkatkan risiko kanser kulit. 
Penggunaan produk ini dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan kulit menjadi hitam seperti tompok-tompok apabila terdedah kepada cahaya matahari. Keadaan ini dikenali sebagai exogenous ochronosis dan kesannya mungkin berkekalan serta amat sukar dirawat.
Sumber : http://www.myhealth.gov.my/hydroquinone-dalam-sediaan-kosmetik/?fbclid=IwAR1pkx4LxC981r64Fufl8wxdCtoeSb7M3Ho5GKqPjf5sVfnf8u-2Sz1jvH8

Senang faham macam ni la yerk.. produk mengandungi hydroquinone selamat di gunakan jika di beri oleh doktor sebab dia je tahu keperluan anda mengambilnya & berapa dos hydroquinone tu di perlukan mengikut masalah kulit yang hangpa hadapi tapi kalau dia di letakan dalam produk kosmetik macam skincare di jual & guna tanpa pemantauan petugas kesihatan profesional ia jadi salah la. Sebab tu kalau produk yang mengandungi hydroquinone di kesan.. KKM akan menarik balik Notifikasi (NOT KKM) bagi yang berdaftar. Bahaya tau hydroquinone dalam produk skincare ni jangan ingat sebab ia di gunakan untuk rawat masalah kulit.. semua orang boleh jual sesuka hati produk mengandngi hydroquinone. Dia memang tak boleh jual hanya boleh di berikan oleh profesional kesihatan sahaja iatu doktor ok! Selain doktor setakat seller/agent/dropship malah Founder sekalipun tak boleh!!! Hangpa yang masih pakai dengan 'tagline' aku pakai ok jer.. Takkan nak tunggu kena kanser kulit dulu baru nak percaya benda tu sebenarnya bahaya & Tak ok! Cegah sebelum parah adalah lebih baik dari merawati.


Pengguna dinasihatkan untuk mencari maklumat yang betul sebelum membeli sesuatu produk kosmetik dan tidak membeli atau menggunakan produk kosmetik daripada sumber yang meragukan seperti dibeli dari pasar malam, kaki lima atau belian atas talian (online). Di samping itu, pengguna juga dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan dan sebarang bentuk promosi yang membuat tuntutan yang melampau serta menjanjikan kesan positif dalam masa yang cepat.

Pengguna dan orang awam boleh menyemak status notifikasi produk kosmetik di laman sesawang rasmi BPFK iaitu www.bpfk.gov.my sebelum membeli sesuatu produk kosmetik di pasaran. Senarai terkini produk kosmetik yang diuji dan dikesan mengandungi bahan terlarang seperti hydroquinone juga boleh disemak pada laman sesawang yang sama.

Sekiranya pengguna mendapat kesan yang tidak diingini akibat penggunaan produk kosmetik atau mensyaki produk yang dicampurpalsu, laporan atau aduan boleh dibuat kepada BPFK dengan menghubungi talian 03-788355537/5532 atau emailkan kepada kosmetik@bpfk.gov.my untuk diambil tindakan selanjutnya.

Moral of the story.. jadilah pengguna bijak anda mampu mengubahnya

PRODUK YANG MENJADI PENAJA DRAMA SEDANG TRENDING DI SAHKAN BAHAYA OLEH KKM

PRODUK YANG MENJADI PENAJA DRAMA SEDANG TRENDING DI SAHKAN BAHAYA OLEH KKM. Zaman sekarang nak menulis pun kena kias kias sebab zaman sekarang kat Malaysia dah ramai jutawan produk. Bila dah kaya raya tak boleh la kau suka2 nak petik dorang satgi jenuh nak kutip derma. Tapi atas dasar tanggungjawab membantu pihak KKM bagi membenteras produk produk bahaya.. Kita sebarkan juga la. Mungkin saya tidak menggunakan produk produk ni tapi saya tahu masih ada pengguna yang mungkin kurang pendedahan masih menggunakannya.


Hari ini KKM telah mengeluarkan satu laporan 5 produk dari 3 jenama tempatan di kesan mengandungi bahan terlarang seperti Merkuri, Hydroquinone & Tretinoin. Ingredient biasa yang di gunakan dalam kebanyakkan produk tempatan yang selalu di kantoikan oleh KKM bila di buat ujian makmal. Sebab racun racun berjadual tersebut mampu memberi kesan kecantikkan yang cepat. Biasa la.. masing nak putih, gebu, flawless, glowing cantik menawan KAN?

Antara produk yang di tarik balik Notifikasi (NOT KKM) salah satu adalah dari jenama produk yang menjadi penaja utama satu drama yang tengah trending sekarang. Korang boleh rujuk sendiri kat press release KKM disini ☛Kenyataan Akhbar KPK 7 Jun 2018 – Produk-produk Kosmetik yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Walaupun berbuih sana sini orang bagitau.. Tapi ramai lagi yang masih bebal tak mau ambil tau. Tahukah hangpa Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata. Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan. Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Pada korang yang sedang menggunakan produk yang tersenarai.. Jangan ragu ragu untuk memulakan operasi kuis kuis ke dalam tong sampah. Sedang elok sekarang guardian & watson tengah sale bagai nak giler. Semua produk skincare murah murah & selamat. Tak payah sayang sangat la kulit cantik bertepek merkuri semua tu.. Sayangi diri & organ dalaman anda. Organ kita bukan macam pokok buah buahan yang mana kalau rosak boleh tanam benih dia tumbuh semula ok.

Harap dengan kerajaan baru & menteri kesihatan yang baru ni.. Dapatlah di gubal undang undang lebih tegas & di naikkan denda sehingga RM1juta++ bagi pengeluar produk merbahaya nak nak lagi yang hampir setiap tahun tersenarai di website npra sebagai produk yang mengandungi bahan bahaya. Kalau setakat hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.. memang rasanya tak bagi pengajaran pun. Depa dah kaya.. celah gigi je amount tu boleh bayar tapi pengguna yang dah la miskin, muka pulak jahanam pakai produk depa hanya mampu menangis tepi bucu katil je. Kadang kadang nak cover kos buat rawatan muka yang dah rosak pun tak mampu.

Harap isu lambakkan produk bahaya di pasaran yang semakin menjadi jadi & berleluasa ni dapat perhatian pihak bertanggungjawab. Hope isu ni di pandang serius.. Kesian tau tengok ramai yang mengalami kesan buruk selepas menggunakan produk2 beracun ni. Mereka di kaburi dengan Notifikasi KKM bagi pada produk produk tersebut lalu percaya produk ber notifikasi terjamin selamat sedangkan notifikasi ramai yang masih tak tahu bukan kelulusan atau jaminan selamat pun. Cuma semua produk kosmetik di malaysia kalau nak di pasarkan memang kena berdaftar dengan KKM sebagai Notifikasi. Nak tahu produk tu bebas bahan merbahaya atau tak cuma boleh di sahkan melalui ujian makmal sahaja. Dan sebab tu la orang nasihat beli produk yang ada RnD. Nak selamat beli je kat drugstore. Produk nak letak kat drugstore memang perlu ada pengesahan selamat & bebas bahan merbahaya. Kalau yang terlepas yang pernah jadi isu pun sikit sangat. Tu pun akan serta merta di tarik di pasaran berbanding produk tempatan yang di jual atas talian, di toko toko jamu.. banyak sangat kantoi ada bahan terlarang ni. sebagai pengguna jadilah bijak. Info di hujung jari manafaatkan.

Moral of the story.. Semoga hujung hujung ramadhan ni Allah jentik hati hati pengeluar produk bahaya ni untuk rasa bersalah dengan apa yang mereka buat seterusnya menghentikan terus jualan produk produk bahaya. Nikmat dunia ni sementara tapi ingat kita menuju ke alam abadi di sana.. Apa yang kita buat kat dunia, sumber rezeki yang kita dapat menjadi penentu destinasi akhir kita.

WAJIB BACA! PRODUK CAMPURPALSU BUKAN 'FAKE PRODUK'

WAJIB BACA! PRODUK CAMPURPALSU BUKAN 'FAKE PRODUK'. Istilah produk di campurpalsu memang popular di gunakan oleh segelintir pengeluar produk bila Pihak KKM mengesahkan ada bahan terlarang dalam produk mereka. Kita dengar campurpalsu terus percaya.. 'Betul la wei produk dia kena ciplak. hat KKM kutip buat lab test tu produk tiruan. Kesian depa kena fitnah!'. Terus rasa berdosa sebab rasa dah buat dosa menfitnah katanya.


Sebenarnya ramai yang tak faham apa yang di maksudkan dengan produk campurpalsu ni. Tak semestinya dengar kata palsu mesti fake produk. Sebab tu penting bila ada kontroversi tentang sesuatu produk yang hangpa guna atau tak guna.. Nak penjelasan lanjut direct merujuk kepada KKM. Tak payah percaya bulat bulat apa yang pengedar produk sampaikan. Bukan kata depa menipu tapi kadang2 depa sendiri pun tak bagitau apa yang sebenarnya sebab nak jaga 'rice cooker' masing masing kan. Kita sebagai pengguna la kena bijak sebab ia berkaitan dengan keselamatan & kesihatan kita.

Untuk segmen khidmat masyarakat kali ni saya nak share kat hangpa apa itu 'Produk Campurpalsu'. Kesian yang dok tertipu selama ni.. Hope lepas ni tak kena klepet berulang kali lah yer.. hehehehe

Sesuatu produk kosmetik dikatakan telah dicampurpalsu sekiranya ia mengandungi logam berat seperti merkuri (raksa) dan plumbum atau bahan racun berjadual seperti hydroquinone, tretinoin, antibiotik seperti clindamycin atau steroid seperti betamethasone.

Lazimnya, produk kosmetik dicampurpalsu bertujuan untuk membuktikan keberkesanan produk yang dijual di mana pengguna akan mendapatkan kesan yang dijanjikan dalam masa yang singkat. Contohnya, hydroquinone dan merkuri biasanya ditambah ke dalam produk pemutih kulit untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah atau merawat masalah pigmentasi kulit manakala tretinoin dan antibiotik ditambah ke dalam produk kosmetik untuk merawat masalah kulit berjerawat. Pengguna yang membeli dan menggunakan produk kosmetik yang dicampurpalsu akan berasa teruja dengan kesan yang dialami dan seterusnya akan kerap membeli produk tersebut. Cara penjualan produk sebegini adalah suatu tindakan syarikat yang sangat tidak bertanggungjawab kerana tidak memikirkan kesan mudarat yang mungkin dialami oleh pengguna.

Produk kosmetik yang mengandungi logam berat seperti merkuri boleh memberikan kesan mudarat kepada kesihatan serta menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Selain itu, pendedahan kepada merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan yang tidak diingini pada kulit. Manakala produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan racun berjadual seperti hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini malah kulit menjadi hipersensitif. Hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi dan ini menyebabkan pengurangan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya serta meningkatkan risiko kanser kulit.
- Sumber : Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia -

Jadi ketahuilah.. Produk yang di banned KKM atau di tarik balik notifikasi bukan semua fake produk atau produk tiruan bila di dapati telah di campurpalsu. Produk campurpalsu tu membawa maksud produk tu dah di campur dengan bahan logam berat seperti merkuri & hydroquinone bukan bermaksud produk tiruan atau fake produk yer. jangan salah faham. So, Perlu ke kita nak tuduh KKM tidak arif dalam menjalankan tugas mereka sampai membuat analisa terhadap produk tiruan lepas tu 'SimplySiti' jer keluarkan laporan yang boleh menjatuhkan reputasi sesuatu jenama produk tersebut?

Yang berkhidmat dalam KKM tu bukan pakar test produk bakar atas sudu.. Dari penguatkuasa yang nak dapatkan sampel sampai la yang nak buat ujian kat makmal tu semua pakar dalam bidang masing masing. Kalau betul KKM memfitnah.. Kenapa sampai sekarang tiada yang berani mengambil 'legal action' terhadap KKM? krik.. krik.. krik...

Moral of the story.. Renung renungkan.. Selamat Hari Malaysia.

MOLEEK SKINCARE NAFI PRODUK MEREKA BAHAYA SEPERTI DILAPORKAN KKM

MOLEEK SKINCARE NAFI PRODUK MEREKA BAHAYA SEPERTI DILAPORKAN KKM. Bab Tati skincare yang kecoh seantero alam maya tu kita rehat sekejab.. Semua orang dah tahu kan KKM dah keluarkan laporan pasal produk tu.. Tapi meh kita cerita cerita pasal Moleek skincare pulak. Antara produk yang di sahkan KKM tidak selamat kerana mempunyai kandungan racun berjadual. Aku ni dah macam wartawan la pulak kan. Nak jadi blogger kena rajin ye dak.. Maka aku pun pergi la skodeng page Moleek Skincare ni.. Kebetulan asyik dok lalu lalang kat suggest post di FB aku jer.. So skodeng2 la komen2 pengguna dia.


Nampaknya produk tu masih ada permintaan tapi ada jugak minta penjelasan pasal produk tu selepas KKM mengesahkan Moleek Skincare jugak antara produk yang merbahaya. Ni penjelasan dari pihak Molek Skincare yang aku baca dari FB page depa..


Rupanya Moleek skincare ni di keluarkan dua company yang berbeza yer.. Kalau Tati sebelum ni dok tuduh fake produk, moleek lain pulak. depa habaq yang KKM sahkan bahaya tu bukan keluaran dari syarikat depa. Dia tak kata fake ke original.. Dari penjelasan tu, dia suruh customer semak sendiri dengan KKM samada yang di sahkan mengandungi racun berjadual tu samada dari syarikat mereka atau company lain.


Pening aku.. Kalau ada 2 company keluarkan jenama yang sama tapi ingredient yang berbeza benda ni boleh mengelirukan pembeli tapi pihak pengeluar rilex je tanpa ada sebarang tindakkan. Sebenarnya kau nak cakap produk kau ada fake jugak kan & yang KKM sahkan bahaya tu produk fake, kan? Tanya je bukan tuduh. kekekekeke.

Moral of the story.. Bagi aku la kan kalau dah produk tu ada kontroversi kau cari je produk lain nak cantik. Melambak produk yang tak berisiko ada di pasaran kalau nak cantik & sentiasa awet muda. Gigih sangat nak guna produk yang terang terang KKM dah sahkan tidak selamat tu dah kenapa? Biarlah pengedar atau pengasas dia nak nafikan pun kita sebagai pengguna perlu bijak ambil langkah selamat sudah.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com