AKIBAT BACA KISAH QHALIF DI BLOG BEN ASHAARI
Bila dah jadi mak orang ni memang auto jadi suka baca kisah baby2 orang lain. Selain nak compare dengan anak sendiri.. bukan compare sebab nak tengok baby sapa comel ke hapa ke.. compare tu lebih kepada perkembangan bayi.Yelah.. nak pastikan lala jugak membesar & berkembang dengan normal. Lagi satu kalau blog ibu2 ni.. ada share macam2 pasal bayi. Macam resepi bubur baby.. Benda2 tu yang buat sang lekit suka baca blog2 ibu2.Blog Ben Ashaari pula.. sekarang ni banyak cerita pasal anak dia Qhalif. Yang menarik adalah Ben Ashaari sendiri yang jaga anak dia sepanjang wife dia keluar bekerja. Kan Ben Ashaari ni kerja dari rumah. Bukan semua suami mampu buat tau.. even my asben pun kalau suruh dia jaga lala & sang lekit pergi kerja tak tau dia boleh buat ke tidak. Itu yang menarik bila super Dady jadi nanny kepada anaknya sendiri.
Mr Ben & Qhalif |
Ramah tamah Si Abang Ben kita tu dalam mimpi sang lekit.. Jumpa dalam mimpi jer.. luar mimpi tak pernah pun jumpa. Al Maklum la terikat dengan status mak & bini orang ni segala pergerakkan terbatas. Asben sang lekit bukan blogger.. Jadi dia kurang berminat dengan aktiviti2 bersama blogger ni. Lagipun masa free dia tak menentu.. Tapi sang lekit tak kisah sangat. Sebabnya zaman bujang dulu memang sang lekit seorang yang aktif berkenalan, berjumpa & join aktiviti2 macam gathering dengan kawan2 alam maya ni. Memang dari awal lagi azam sang lekit bila dah kawen sang lekit nak kurangkan pergaulan sebabnya taknak jadi masalah lain. Berkahwin bukan macam bercinta.. tak serasi putus. Memang kawen boleh cerai, tapi siapa la harap bila berkahwin untuk bercerai kan?? Jadi apa yang kita rasa bakal menjadi punca.. harus la elakkan. Bergaul di alam maya pun sang lekit had kan. Kurang berchatting secara private sebab bila kita banyak berbual, kadang2 kita tak sedar kita banyak tercerita perkara yang tak sepatutnya mungkin boleh menjadi senjata untuk orang lain menjatuhkan kita jadi dengan kurangkan berbual kosong.. Insyaallah kita mampu elakkan dari melakukan perkara2 yang mungkin menjadi punca masalah rumahtangga.
Tak kisah la kalau orang tak pernah nampak muka sang lekit join apa2 aktiviti dengan rakan2 blogger ni sebabnya sang lekit pun selalu beraktiviti dengan family kecik kami ni. Kalau ada jodoh berjumpa dengan kawan2 blogger ni Insyaallah jumpa jugak. Manalah tau tengah2 shopping terlanggar bontot ker..