AKIBAT BACA KISAH QHALIF DI BLOG BEN ASHAARI

7/04/2012 12:27:00 PM suria lekatlekit 20 Comments

Bila dah jadi mak orang ni memang auto jadi suka baca kisah baby2 orang lain. Selain nak compare dengan anak sendiri.. bukan compare sebab nak tengok baby sapa comel ke hapa ke.. compare tu lebih kepada perkembangan bayi.Yelah.. nak pastikan lala jugak membesar & berkembang dengan normal. Lagi satu kalau blog ibu2 ni.. ada share macam2 pasal bayi. Macam resepi bubur baby.. Benda2 tu yang buat sang lekit suka baca blog2 ibu2.

Blog Ben Ashaari pula.. sekarang ni banyak cerita pasal anak dia Qhalif. Yang menarik adalah Ben Ashaari sendiri yang jaga anak dia sepanjang wife dia keluar bekerja. Kan Ben Ashaari ni kerja dari rumah. Bukan semua suami mampu buat tau.. even my asben pun kalau suruh dia jaga lala & sang lekit pergi kerja tak tau dia boleh buat ke tidak. Itu yang menarik bila super Dady jadi nanny kepada anaknya sendiri.

Mr Ben & Qhalif
Akibat asyik dok baca pasal Dak Qhalif tu semalam sang lekit mimpi jumpa Abang Ben & Qhalif. Seketul2 muka tu nampak sama je macam dalam gambar sang lekit selalu tengok. Sang Lekit sempat tegur & berbual. Siap tanya kat mana rumah Abang Ben lagi.. Rupanya tak jauh dari tempat yang kita berbual. Dalam mimpi tu kawasan kampung.. Ntah masa bila la si Ben Ashaari berumah di kampung kan?? Nama pun mimpi apa je boleh jadi.. ye dak??

Ramah tamah Si Abang Ben kita tu dalam mimpi sang lekit.. Jumpa dalam mimpi jer.. luar mimpi tak pernah pun jumpa. Al Maklum la terikat dengan status mak & bini orang ni segala pergerakkan terbatas. Asben sang lekit bukan blogger.. Jadi dia kurang berminat dengan aktiviti2 bersama blogger ni. Lagipun masa free dia tak menentu.. Tapi sang lekit tak kisah sangat. Sebabnya zaman bujang dulu memang sang lekit seorang yang aktif berkenalan, berjumpa & join aktiviti2 macam gathering dengan kawan2 alam maya ni. Memang dari awal lagi azam sang lekit bila dah kawen sang lekit nak kurangkan pergaulan sebabnya taknak jadi masalah lain. Berkahwin bukan macam bercinta.. tak serasi putus. Memang kawen boleh cerai, tapi siapa la harap bila berkahwin untuk bercerai kan?? Jadi apa yang kita rasa bakal menjadi punca.. harus la elakkan. Bergaul di alam maya pun sang lekit had kan. Kurang berchatting secara private sebab bila kita banyak berbual, kadang2 kita tak sedar kita banyak tercerita perkara yang tak sepatutnya mungkin boleh menjadi senjata untuk orang lain menjatuhkan kita jadi dengan kurangkan berbual kosong.. Insyaallah kita mampu elakkan dari melakukan perkara2 yang mungkin menjadi punca masalah rumahtangga.

Tak kisah la kalau orang tak pernah nampak muka sang lekit join apa2 aktiviti dengan rakan2 blogger ni sebabnya sang lekit pun selalu beraktiviti dengan family kecik kami ni. Kalau ada jodoh berjumpa dengan kawan2 blogger ni Insyaallah jumpa jugak. Manalah tau tengah2 shopping terlanggar bontot ker..

20 comments:

  1. nah smpai mmpi..kiter mmpi akk pen merah

    ReplyDelete
  2. Dapat jumpa dlm mimpi pon jadi lah ☺☺

    ReplyDelete
  3. mak aiiiiii,sampai mimpi tu,hehe

    ReplyDelete
  4. sampai termimpi2 tu... minat abis kat abg ben tu ke hihihi

    ReplyDelete
  5. hurmm...fantasi tak sama cam realiti...kadang kita cam tak harap kat si suami sama ada dia bleh jaga anak ke tidak...contohnya dalam kes saya...saya ada 3 anak...kadang cuti abis jaga anak, tapi somi kena membantu...

    satu hari tu saya suruh suami plak cuti jaga si kecil yang baru berusia 8 bulan dan menyusu badan...2 anak lagi anto skola...memang cam tak harap sangat somi boleh jaga atau tidak...tapi syukur, anak dia kan, dia pandailah jaga...sebab tu kita tak leh pikir yang somi kita tak leh buat...

    insyaallah mereka boleh...berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...hehehe

    eh sori, terlebih sudah...

    ReplyDelete
  6. pernah jugak alami mcm nie...boleh dikatakan selalu..hehe..

    eh nanti kalau balik kedah leh la jumpa tang2 mana

    ReplyDelete
  7. sy jenis kalau terlalu buat sesuatu akan bawak smpai mimpi.. mcm baca blog.. kalau selalu baca tak mustahil masuk mimpi. sy memang jenis kuat mimpi. asal tido je mesti mimpi. tido 5 minit pn sh mimpi

    ReplyDelete
  8. kakakecik.. Insyaallah. raya wajib la balik tp sblm raya tu yg x tau bila time nk balik

    cikmot.. membantu memang membantu tp tak pernah lg bagi asben jaga baby 100% sbb tu x tau tahap kemampuan dia jaga baby. tp bab membantu tu tak di nafikan dia byk bantu jugak

    ReplyDelete
  9. ooo ramah rupanya abg ben ni..hihi

    ReplyDelete
  10. hehehe. mimpi sebab terlalu kagum la tu...

    ReplyDelete
  11. sampai mimpi mimpi eh kak.mst akk selalu sgt baca blog dye kan.hehee

    ReplyDelete
  12. Saya sememangnya kagum dengan semangat yang sedemikian rupa.. Bapa yang jaga anak. SWEET!

    ReplyDelete
  13. ehehe..mimpi yg x menahan tuh...

    ermm..cma pun x penah lg join mana2 aktiviti geng2 blogger..

    ReplyDelete
  14. betol2 punya impak tu mr ben hoh..smpei masok timpi hoh

    ReplyDelete
  15. untunglah lekit mimpi jumpa mr.ben....ekekee.....

    terima kasih atas nasihat lekit..... :")

    ReplyDelete
  16. belum pernah lagi mimpikan mana2 blogger.. :)

    ReplyDelete
  17. terlalu taksub baca blog abg ben la nie sampai baca ke mimpi..hehhee

    ReplyDelete
  18. terlalu taksub baca blog abg ben la nie sampai baca ke mimpi..hehhee

    ReplyDelete
  19. salam..

    dasyat tu sampai termimpi, pernah juga termimpi sbb segan nak g jumpa abg ben, last tengok dari jauh je..

    setuju sgt kalau lepas kahwin kena hadkan semua kalau suami tak suka. kahwin bkn mcm bercinta.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com