ANAK DERHAKA VS IBU DERHAKA
Kecoh orang dok cakap pasal kes retis yang di label anak derhaka gara2 mempertahankan awek dia yang juga sorang retis ni selepas mak dia keluarkan kenyataan dia berubah jadi kurang ajar selepas kenal awek dia tu. Dalam kes ni si mak mulakan dulu.. pi dok buat luahan hati kat media. Motif makcik buat cenggitu yer?? Bukan makcik tak tau anak makcik tu retis.. tergamak makcik busukkan nama dia ke seantero malaysia. Tu kes si makBila dah si mak main media.. anak memang dah memang la buruan media apa lagi demi nak bersihkan nama sendiri & mempertahankan aweknya pun taknak kalah & mengalah jugak. Dia pun cerita abis buruk busuk mak dia.. Tu dia. Anak beranak masakini. Hangpa dok kompang kat orang.. mak kata anak tak elok.. anak kata mak yang tak baik. Orang yang dok dengaq macam den ni melihat kegagalan seorang mak menjadi ibu & ketaksuban seorang anak pada cinta sehingga sanggup memburukkan mak sendiri. Pilihan anak beranak ni berperang menggunakan media sebagai penyampai amatlah kurang bijak.
Moga ada penyelesaian yang baik buat ibu & anak ni. Moga kedua2nya berlembut hati untuk memaafkan antara satu sama lain.
"SIAPA kata tiada istilah ibu ayah menderhaka kepada anak? Memang wujud dan berlaku keadaan di mana seorang ibu atau ayah itu menderhaka kepada anaknya..
Setiap anak dilahirkan fitrah, bersih, dan suci. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu dan ayah mendidiknya. "SIAPA kata tiada istilah ibu ayah menderhaka kepada anak? Memang wujud dan berlaku keadaan di mana seorang ibu atau ayah itu menderhaka kepada anaknya," kata Mohd Ashrof Zaki.
Memetik satu kisah berlaku pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA, Mohd Ashrof Zaki berkata, seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab RA mengadukan hal kederhakaan anaknya.
Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).”
Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapak u tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam.
Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anak mu, walhal kamulah yang telah menderhakainya.
Kamulah yang telah berlaku buruk dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadap mu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.
Kadang-kala berlaku keadaan di mana si anak menengking atau meninggikan suara kepada ibu bapa, jika dilihat balik barangkali ibu atau ayahnya juga sering meninggikan suara atau menengkingnya.
Jika berlaku anak menderhaka, ibu bapa harus periksa kembali di mana silapnya dalam mendidik. Namun, setelah berusaha melakukan semua yang baik seperti yang disuruh dalam Islam tetapi masih berlaku anak menderhaka, maka janganlah berputus asa, kerana sesungguhnya ia adalah ujian ALLAH (Rujukan Sinar Harian )
Najwa Latif juga artis yang pernah di label bapak dia sebagai anak derhaka. tak tau macam mana hubungan anak & bapak ni sekarang tapi kita doakan jer yang terbaik
P/S : Jasa & pengorbanan Ibu melahir & membesarkan takde harga yang boleh bayar dalam Ringgit Malaysia, dollar, rupiah atau apa2 matawang dalam dunia ni.. Jadi sebagai anak, kalau mak minta duit sikit jangan la merungut sangat. Mak pun kalau nak minta.. biarlah dalam kemampuan si anak nak bagi. Kalau masing2 bertolak ansur Insya Allah.. semuanya akan jadi baik. Kata2 ibu umpama satu doa.. jadi berkatalah sesuatu yang baik untuk anak2 biarpun perbuatan mereka kadang2 membuat kita (ibu2) sedikit terluka. Moga dengan doa yang baik berterusan akan menjadi doa yang termakbul dan menjadikan mereka (anak) lebih baik
perbincangan di FB