Showing posts with label Aznil Hj Nawawi. Show all posts

IBU AZNIL HJ NAWAWI YANG MENINGGAL, AZWAN ALI YANG DAPAT UCAPAN TAKZIAH DARI ROSNAH MAT ARIS

IBU AZNIL HJ NAWAWI YANG MENINGGAL, AZWAN ALI YANG DAPAT UCAPAN TAKZIAH DARI ROSNAH MAT ARIS. Dok scroll ig terserempak dengan post Azwan Ali. Sapa tak kenal dengan Azwan Ali yang manjang suka carut orang. Account media sosial tu kejab dia tutup kejab dia buka balik. Pernah jadi satu kontroversi di mana Azwan Ali tersilap maki peminat dia yang suggest dia makan kat Me'nate. Sebab dia tak pernah tahu kewujudan restoran steak terkenal & mahal tu dia ingat peminat carutkan dia dalam loghat pantai timur. Tapi Azwan Ali tetap Azwan Ali sampai bila bila. hehehe. Tu kisah lalu.. kisah terkini bukan kisah dia carutkan orang tapi kisah kelakar antara dia & rosnah mat aris


Hari ni kita sedia maklum Selebriti serba Boleh Dato Aznil Hj Nawawi kehilangan ibu tersayang yang meninggal dunia pada usia 90 tahun sebab sakit Tua. Di kesempatan ni sebagai peminat pak nil dari zaman pop kuiz, hip hop remaja di radio rfm dulu.. Nak ucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga paknil atas pemergian ibunda tercinta di bulan yang mulia ni. Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan orang yang beriman.

Tapi yang lawaknya orang lain kehilangan ibu, orang lain pulak dapat ucapan takziah. Yang kau silap tu ucap tu pulak Azwan Ali.. maka mendapat la. Hahahaha... Nak tergelak pulak aku baca screenshot yang di kongsikan Azwan Ali ucapan takziah dari pelakon Rosnah Mat Aris.. Informasi salah ke hapa sampai kepada dia tak tau la. Jauh beza kot Aznil hj Nawawi & Azwan Ali. Sebab dua2 nama depan bunyi Az tu kot dia konpius kot. Mungkin jugak penat puasa.. dia jadi ting tong sekejab. hehehe


Apapun kesilapan yang tak di sengajakan. Biasa la manusia memang akan sentiasa buat silap cuma kalau dah buat silap tu kena la berani minta maaf macam budak ni. Tapi budak ni kategori terlebih berani kot, tak caya korang boleh tengok video dia kat sini >> Awas! Jika anak anda memohon maaf dengan cara yang pelik raya ni, Mungkin di sebabkan Video ni << Tapi memang lawak la kan.

Moral of the story.. bila dengar sesuatu khabar tu elok la selidik dulu. Jangan jadi macam Rosnah Mat Aris tak pepasal jadi kelakar pulak orang baca. hahahaha

GAMBAR AZNIL HJ NAWAWI DI MANIPULASIKAN OLEH PEMINAT

GAMBAR AZNIL HJ NAWAWI DI MANIPULASIKAN OLEH PEMINAT. Macam macam ragam peminat sekarang. Suka suka hati dia je jadikan retis duta tak berbayar dia kan. Senang la kerja macam tu. Jumpa artis kat luar kemudian minta nak bergambar kemudian gunakan gambar tu untuk melariskan perniagaan yang di buat. Konon macam retis tu dah terlibat dalam perniagaan yang dia sertai. Nak2 lagi yang jenis MLM ni.


Berani sungguh depa noh.. banyak sangat ke duit kalau tetiba retis yang sentap guna lawyer untuk saman. Nasib baik paknil just bagi warning supaya jangan gunakan gambar dia untuk mempromosikan perniagaan peminat dia ni. Yelah.. orang tua ni selalunya macam tu la.. Dia bagi peluang dulu takde terus nak terjah surat saman bagai kan.

Tapi yang si peminat tu nampak sangat la kau ambil kesempatan. Walaupun depa retis kita sebagai peminat tak boleh suka2 hati nak guna nama depa. Dah tu menipu pulak. Bukan apa buatnya dia tu penipu.. Tak pasal pasal pulak retis yang tak tau apa2 tu tempias kena. Yelah.. Artis kan golongan yang di kenali. Apa2 yang berlaku memang cepat sangat orang sebarkan kalau pasal artis ni.


Atas desakan hidup macam macam orang buat nak cari sumber pendapatan lebih. Yelah semua pun dah mahal2.. Satu kerja tak cukup kata Ahamad Maselan. Kena buat dua kerja. Bila kerja kena cari downline bagai ni guna pelaris muka retis la kot2 laku sikit kan. Tapi tu la bila muka retis yang dia jual tu tak dapat kebenaran dari pihak retis tu sendiri tu dah menjadi kesalah besar.

Kalau dah takde sangat cara nak cari side income dengan lebih mulia meh la try join Giveaway ni kot2 nasib baik menang hadiah bernilai RM2000 >> THE BIG #TREATMESAYS GIVEAWAY << Kita usaha cara baik, Insya Allah rezeki yang kita buat pun lebih berkat. ye dak..

Moral of the story.. Menipu macam ni tak kemana pun. Bila kantoi gambar tersebar orang tengok kan dah tak tau nak sorok muka celah mana.

GAMBAR WAJAH AZNIL HJ NAWAWI 32 TAHUN LALU MEMANG LAIN

GAMBAR WAJAH AZNIL HJ NAWAWI 32 TAHUN LALU MEMANG LAIN. Pak Nil ni aku memang suka dia mengacara & ber dj sejak dulu. Happening jer kalau dia handle sesuatu program TV atau radio tu. Dulu aku selalu call dia waktu dia On Air kat radio RFM slot hip hop remaja. Almaklum la zaman dulu aku memang gila call radio sikitt. Habis semua DJ radio aku call. takl kira la sekadar sembang2 off air atau join segmen secara On air.


Dalam dok penuh news feed FB aku dok share pasal kes Fizo Omar dengan Blogger Emas Putih isu sentap menyentap tu tu terpandang satu post dari Pak Nil (Aznil Hj Nawawi) gambar dia masa di universiti 32 tahun lalu. Waktu tu katanya umur dia baru 22 tahun. Muda remaja lagi.. Tapi sekarang pun nampak remaja katanya. Memang lain sikit berbanding sekarang. Maybe sebab gambar tu pun dalam sephia tone katanya. Tu nampak lain kot. Yelah zaman tu mana ada teknologi camera canggih macam sekarang. Nak ambil gambar pun kena pergi kedai gambar. Lain la sekarang ramai yang ada DSLR.. kalau takde DSLR ada smartphone berkamera pun boleh ambil gambar secantik DSLR cuma perlu tahu teknik & trick je. Betul aku tak tipu.. Nak tau macam mana nak ambil gambar macam kualiti DSLR guna smartphone meh tengok kat sini >> Rahsia Ambil Gambar Guna Smartphone Tapi Kualiti Sama Cantik Dengan DSLR yang ramai tak tahu <<

Rambut kembang lagi tu hehehe

Apapun muka memang macam budak2 baik je paknil. Tak nampak macam muka budak nakal pun. Yelah.. Kalau dulu yang masuk IPT tu memang kebanyakkan budak2 skema yang rajin belajar je. Hehehehe.. berbanding sekarang budak2 pandai dah tak berapa skema katanya. Depa dah seimbang. Pandai bergaya & pandai belajar.

Tengok gambar2 lama nak2 tahun 80an ni memang mengamit nostalgia betul. Tapi tahun tu tak ramai orang ada camera sendiri. Kalau zaman tu macam sekarang camera semua atas tapak tangan je.. Tak rare sangat la gambar2 pada tahun tu, kan? Yang tak berapa ada tu kalau ada jadi sangat bernilai. Sebab susah nak dapat.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com