TIPIKAL RAMBUT PONTIANAK & LANGSUIR
TIPIKAL RAMBUT PONTIANAK & LANGSUIR. On off je cerita seram kat blog lekatlekit.com sekarang ni. Yelah... Bila tak ada mood nak tulis cerita seram aku selalunya biarkan je segmen seram serik bersawang buat seketika waktu. Aku jenis tak suka paksa diri buat sesuatu yang memang aku tak ada hati nak buat. Malam ni walaupun sebenarnya ada cerita seram yang aku rasa macam best nak share tapi mood nak menyunting cerita2 tersebut belum pulang ke pangkal jalan jadi aku tulis je cerita yang tak perlu aku olah. Taip terus je katanya. Yelah.. sumber fresh dari kepala hotak dongga aku ni. HahahahaSumber Google |
Selalu je kita tonton atau baca kisah2 seram ni mengambarkan pontianak & langsuir ni spesis yang suka pakai baju putih lusuh & berambut panjang. rambut panjang tu takde la macam model2 iklan syampo bagai apatah lagi macam rambut yang siap di rebonding. Mesti di gambarkan rambut panjang, kusut masai.. tapi kalau hantu nak rasa rambut cantik bersinar, lurus & rapi boleh la buat rawatan percuma kat sini sempena krismas >> Percuma rawatan rambut & hair revival kit sempena krismas. Cepat tengok << Kalau tersikat rapi dah tak berapa menghantui pulak orang yang tengok kan? So, tak fungsi pulak la dia jadi hantu tapi tak dapat nak menyakat orang. hahahaha.
Tapi sekarang kalau dalam filem seram watak hantu dah tak berapa nak hantu. Walau mata merah, muka pucat tapi rambut tetap rapi terurus... Kira tak comot dari hujung rambut sampai hujung kaki la berbanding cerita seram dulu dulu.. Kalau yang pegang watak hantu tu memang takde part kita tengok yang terurus dah. Bukan takat rambut, gigi pun tak pernah bersih. Tak lekat darah mesti lekat sisa makanan kotor. hahahaa. Almaklum la watak hantu selalunya berdendam. Hantu pun kalau dalam keadaan tak bahagia tak ada nafsu dah nak cantikkan diri. Jangankan nak tenyeh lipstik nak sikat rambut pun rasa macam angkat balak. Berat Ya Rabbi.
Itulah tipikal hantu asia atau melayu yang sampai sekarang pun masih di gambarkan dengan fesyen yang sama. baju putih, rambut panjang kusut masai, bertengek atas dahan pokok, terbang, tumpang kereta/ motorsikal orang. Tapi kalau hantu siam ada jugak yang rambut pendek tersikat rapi.. Tak caya tengok filem nang nak. Memang hantu dalam filem tu rambut pendek ala2 tomboy gitu. Tapi tetap watak hantu nang nak tu seram ya amat walau dia takde rambut panjang mengurai... Kesimpulannya watak hantu tak perlu tipikal dengan rambut panjang pun sebenarnya.. Kekuatan jalan cerita & effect2 lain yang menjadikan kisah seram tu penentu samada filem atau cerita tu berjaya membuatkan orang rasa takut atau sebaliknya.
Moral of the story.. lepas ni hope tak banyak cerita atau filem seram ni buat watak hantu yang tipikal sangat. Cuba buat kelainan sikit dalam watak hantu tu. Tapi jangan la sampai watak hantu di gantikan dengan asap putih atau bayang bayang jer.. Dah macam tengok filem documentari seram yang melibatkan aktiviti paranormal je. Filem2 camtu tak berapa taste sangat la aku. hahahaha