Showing posts with label close up. Show all posts

GAMBAR CLOSE UP YUSOF ISKANDAR ANAK HANIS ZALIKHA & HAIRUL AZREEN

GAMBAR CLOSE UP YUSOF ISKANDAR ANAK HANIS ZALIKHA & HAIRUL AZREEN. Kat blog aku ni selalu sangat sangkut keywords gambar anak hanis zalikha & hairul azreen ni. Rajin sangat orang dok follow up wajah wajah kesayangan hanis & hairul, Yusof Iskandar. Sekarang dah berusia 2 bulan. Dah habis pantang pun si comel ni. Makin besar semakin menyerlah kecomelan katanya. Almaklum la mak bapak dia pun baka cantik & segak kan.. mana tumpahnya yang cantik2 tu kalau bukan pada anak dia, ye dak.


Di sebabkan orang suka sangat cari gambar si comel Yusof Iskandar ni kat blog aku &  kebetulan kat IG tadi nampak bapak budak ni upload gambar terkini si Yusof yang comel maka dengan murah hati aku share la dengan semua pembaca setia blog lekatlekit. Yang mana rasa nak book buat menantu boleh la berbaik baik dengan mak bapak dia dari sekarang hahahaha

tu dia gambar close up Yusof Iskandar

Comel kan si Yusof ni. Kecik2 lagi dah nampak ensem kalau besar nanti ni tak tau  segak macam mana gamaknya. Alhamdulillah.. Semoga membesar cantik akhlaknya secantik rupa parasnya. Macam tu jugak dengan anak anak kita moga membesar menjadi anak yang soleh & solehah. Jangan pulak kita rasa anak kita tak comel terus rasa down. Semua ciptaan Allah adalah yang tercantik bukan anak retis jer.. ok! Kadang rupa tak cantik pun takpa zaman sekarang ni sebab smartphone sekarang dah di lengkapi dengan fungsi2 camera yang boleh mencantikkan seseorang atau sesuatu tu dalam gambar macam camera ni >> Smartphone yang di lengkapi Dual-Kamera Leica Ini Berjaya  Mengambil gambar sehebat ni <<

Jadi semoga peminat hanis zalikha & Hairul Azreen lepas kempunan nak tengok rupa terkini si Yusof Iskandar ni.

AWAS! FLASH CAMERA MENYEBABKAN BAYI JADI BUTA KEKAL

 Kita sekarang dari umur 1 hari anak kita.. keluar je dari perut terus hala camera nak snap pic. Yelah.. nak simpan moment tu untuk depa tengok besar nanti kan. Tak salah niat kita tu tapi jangan salah cara sebab kalau salah cara mungkin memudaratkan bayi yang masih kecil.

Serius seriau aku baca berita seorang bayi berusia 3 bulan yang buta akibat flash dari kamera. Selama ni kita tak rasa benda tu serius.. Mungkin kita anggap kalau buat kerap2 baru bagi kesan buruk pada anak. Tak terfikir mungkin sekali kita buat memberi kesan buruk pada anak anak kita terutama masih bayi.

Ya Allah kesian aku tengok baby ni. Sumber ERA fm

Kisahnya seorang bayi buta sebelah mata lepas kawan parents dia terlupa nak tutup flash masa ambil gambar close up bayi tersebut. baby tersebut mengalami rabun sebelah mata kiri & sebelah kanan buta. Kecacatan tu di sahkan doktor kekal & tak boleh di rawat lagi. Flash telah merosakkan sel-sel macula yang merupakan sebahagian daripada mata di mata sinaran cahaya tertumpu masuk. Kerosakan tersebut boleh menyebabkan kehilangan penglihatan pusat yang mana kanak-kanak dan bayi sangat sensitive kepadanya.

Moral of the story.. tak kira anak kita atau anak orang jangan sesuka hati nak ambil gambar dengan flash. Nak2 lagi yang pergi melawat baby baru lahir tu. Aku kadang2 tak pegang anak orang sebab risau baby kecik2 kena effect ke bukan sebab tak sudi nak dukung. Apatah lagi nak snap gambar. Takpe la orang tengok kita macam tak mesra baby.. sebab kadang2 bukan semua mak bapak suka orang sentuh @ dok snap gambar anak dia. Jadi kita ambil langkah selamat sudah.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com