IQRAM DINZLY TAK PERLU SENTAP, ZAKUAN ADHA TAK PERLU CANANG
Aduhai... Bukan la nak jadi blog beautifulnara, Rotikaya @ blog2 cerita retis sangat tapi nak buat camna bila kita berdunia online ni memang banyak kisah2 retis lalu lalang kat news feed FB. Kadang2 sebagai blogger tercuit jugak nak komen sepatah dua kata bila isu yang kita rasa macam bodoh jer statement dia tu.. Dia tak fikir ke sebelum nak komen.Contohnya perang siber antara Iqram Dinzly & suami kepada pelakon Ayu Raudah juga pemain bola sepak Zakuan Adha yang katanya sakit hati tengok lakonan Iqram & bini dia dalam filem lagenda budak setan 3 sampai tak bagi dah bini dia berlakon.
Bagi aku itu baru lelaki.. Tak kira adegan tu di buat atas dasar kerja & lakonan semata mata tapi kalau betul2 lelaki memang dia akan rasa tercabar & cemburu jugak kalau tengok laki lain pegang, sentuh @ peluk bini dia. Soal profesional atau tak.. Sememangnya soal2 camni aku rasa Zakuan Adha tu lebih profesional kerana salah satu tindakkan dia untuk menjaga maruah & nama baik isteri jugak diri dia sendiri. Bagus.. kalau dia dah tak bagi bini dia berlakon atau kalau nak berlakon watak2 yang tak bersentuhan dengan lelaki jer.
Sumber Mymediahub
Pada Iqram.. komen dia buat orang lain kondem dia balik. Yelah.. sentap tak tentu pasal. Zakuan Adha bercakap pasal hak dia kot bukan hak kau. Bini dia kot.. dia nak bagi @ tak berlakon tu dia punya pasal la. Tak perlu kau nak emo lebih2. Kan dah memalukan diri sendiri.
Moral of the story fikir sebelum bertindak tak kira pihak mana pun. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna.
P/S : Sekadar memberi pandangan peribadi tak bermakna aku seorang yang perfect bijak & pandai dalam handle semua masalah. Aku cuma manusia yang tetap ada kekurangannya. Peace