Showing posts with label The Whisper Spooky. Show all posts

BUAT KOLEKSI BISIKAN SERAM

Wah... ni kira boleh join geng seekers dah ni. Tahap keberanian sampai buat koleksi bisikan seram la. Orang dengar bunyi guli dalam rumah pun meremang bulu roma.. kau siap buat koleksi bunyian seram ke lekit Ooi...

Sumber google

Tahap kekentalan den takde la sampai camtu kot. Kalau di ganggu dengan bunyi bunyian seram den pun rasa menangis airmata sirap jugak. Walaupun daku ni dah semakin hilang feel seram bila tengok cerita seram tapi tak berani cakap besar aku berani berdepan dengan kejadian kejadian misteri & mistik ni. Tak pernah hadap boleh la cakap kan.. tetiba dia muncul depan mata, mau terkencing berliter air kot.

Koleksi bisikan seram yang aku maksudkan bukan la rakaman bunyi bunyian seram.. Tapi pasal satu filem lama Thailand yang aku beli masa raya korban hari tu bertajuk The Whisper Spooky ( Bisikan seram ) lebih kurang camtu la kot translate bahasa melayu. Sorry mai inggeris tak gud2 sangat. Hahahahahaha

Sumber google

Sebab dah terbeli & tertengok separuh jalan.. aku ambil keputusan dvd tu sekadar untuk aku buat koleksi je la. Nak tengok untuk sekian kali nya macam tak berapa ada selera la pulak. tahap ke tidak best'an nya kalah filem MiG. Jalan cerita bosan yang amat. Pelakon pun macam kayu kayan bergerak jer. Yang jadi hantu paling sedih.. aku rasa tengok muka sendiri dalam cermin pun lebih menakutkan dari tengok watak hantu dalam filem tu. pendek kata tak hantu langsung lah.hahahaha

Filem sampah camtu review pun tak bagi manafaat. Jadi kesimpulannya kalau hangpa terjumpa dvd filem bertajuk The Whisper spooky tahun 2004 ni jangan la beli kalau tak nak menyesal sepanjang hayat. Manalah tau hangpa macam aku hobi kumpul dvd seram kan...


HANTU RAYA KORBAN

Hantu raya korban? Hantu apa pulak ni? Ada ke hantu khusus masa hari raya korban? Hantu sekarang tak kira hari dah.. puasa pun ada hantu siapa kata takde. Bulan puasa yang takde cuma syaitan.. Yang lain2 tetap berkeliaran macam biasa apatah lagi raya korban semua makhluk bebas bertebaran di muka bumi Allah ni. Mesti korang tertanya tanya hantu apa yang aku nak share dengan korang kan?

Sumber google

Hantu aku nak share ni aku sendiri tak sure tahap keseraman & kengeriannya. hahahahaha... Akibat tak balik kampung raya korban ni maka petang raya sebab la keluar merayap sekejab. Sekejab jer sebab Bapak nya malam hari ada keroje nak buat. Sempat la merembat bahan2 nak masak rendang sebab semalam tak sempat nak pergi beli kekdahnya. Takpe la takde juadah raya yang lain.. ada rendang pun dah cukup syarat raya katanya kekekeke

Di kesempatan itu sempat jugak merembat sampai gol 3 dvd seram 3 bahasa. Cerita melayu, thailand & omputih. Cerita melayu tu memula ambil letak ambil letak jugak la. tak confident cerita dia best sebab MIG punya produk tapi tak tahan jugak tajuk cerita dia attractive sangat katanya... Alah cerita baru tayang kat pawagam tu.. Nasi kangkang. Takpelah sebab hati ni membuak sangat nak tahu samada cerita tu best macam tajuk dia.. atau hampeh aku pejam mata & bawak pergi kauter bayar jugak la. kalau best nanti kita puji.. tak best nanti kita kutuk. hahahahahaha

Koleksi seram terbaru aku

Cerita Thailand The Whisper Spooky.. Tak google lagi cerita tahun bila. Main rembat jer. Yang pasti bukan cerita baru tapi sebab aku belum tengok bagi aku cerita baru jugak la. Yang mat saleh punya horror film, Contracted pun aku tak sure cerita tahun bila. Tapi rasanya cerita baru kot sebab aku google katanya realese June 2014. Secara kasar aku baca review dia macam tak sesuai untuk tontonan seisi keluarga jer.. hahahaha. Apapun lepas aku tengok baru aku review.

Orang sibuk daging korban aku takde kerja lain.. asal keluar je cari dvd seram tak kira raya ke tidak. hahahaha.. Nak buat macam mana dah suka.. ke tahap obses dah? sebab asal beli dvd jer mesti filem seram takde lagi aku beli filem cinta ker.. filem komedi ke.. Tahun ni semua filem seram jer. Asalkan tak mudarat sudah, ye dak? Lain la bila tengok sampai taksub.. percaya hantu lebih pada percaya Allah. Tu mungkin kena buat rawatan jugak la kan.

Yang mana masih beraya tu manafaat masa dengan family tu sebaik mungkin jangan asyik dengan semakpon je tau. Aku kalau balik kampung semakpon pun tak pegang dah. Bukan senang nak dapat kumpul jumpa family jadi hargai masa yang ada dengan mereka. Selamat hari raya maaf zahir batin.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com