Showing posts with label dua tingkat. Show all posts

PENGALAMAN SERAM TINGGAL DIRUMAH BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM

PENGALAMAN SERAM TINGGAL DIRUMAH BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM. Kembali bersiaran segmen seram serik di blog lekatlekit.com. Untuk malam ni aku nak share satu kisah seram yang berlaku di sebuah rumah sewa 2 tingkat. Kisah ni di kongsikan oleh seorang bekas pelajar sebuah IPT yang maybe dekat dengan rumah tu la kot. Aku tak mau la sebut IPT mana sebab tuan punya badan tak sebut. Kang salah teka susah pulak.

Gambar Sekadar hiasan. Sumber Google

Kisahnya dia menumpang sewa dengan seorang ustaz merangkap abang angkat katanya. Rumah tu sebelum ni memang tak berpenghuni.. Rumah kalau kita tinggal 3 hari pun dah ada makhluk yang tak nampak menumpang inikan dalam tempoh yang lama. Silap haribulan dia berkampung halaman la kat situ. Untung jadi 'makhluk tu' kan? Kita manusia jenuH struggle cari duit nak beli atau sewa rumah.. depa senang2 jer masuk duduk tanpa bayar sesen.Alasan sapa suruh tinggal rumah lebih dari 3 hari katanya.

Ok berbalik pada cerita tadi.. Rumah 2 tingkat tu bahagian atas ada 2 bilik kosong tak di gunakan. Cuma di jadikan markas untuk sebuah parti pembangkang berjumpa. Tapi sekali sekala je depa buat perjumpaan bukan hari hari. Nak di jadikan cerita seram, ada roomate budak ni seorang ustaz jugak. Kawan kepada abang angkat dia. Dia jarang ada kat rumah sebab sibuk berceramah & mengajar kuliah2 agama. Pendek cerita walau ada kawan sebilik tapi hari2 dia kebanyakkan bersendirian jer. Time tu pulak dia tak ada computer,tv bagai.. Almaklum la student katanya.

Pada satu hari ni ada seorang ustaz menumpang kat rumah tu. Depa ni maybe set2 ustaz jer ni. Semua yang datang duduk kat situ ada title ustaz katanya. Ustaz tu di namakan sebagai 'abang zul' (bukan nama sebenar). Lepas beberapa hari tinggal kat rumah tu dia tanya la budak tu (student yang menyewa) selama tinggal tak ada apa2 yang pelik ke berlaku kat dia. Walaupun budak tu pelik dengan pertanyaan tu tetap dia jawab, memang tak ada apa2 berlaku. Tapi berbeza dengan ustaz zul ni baru berapa hari duduk yang ada 'benda' dok try keimanan dia.

Katanya ada satu kejadian berlaku pada satu petang ni dalam pukul 2 - 3 petang macam tu. Masa tu ustaz abang zul ni baru je balik rumah.sebab penat dia ambil keputusan nak tidur la sekejab. Masa tengah tidur tu tetiba dia dengar bunyi bising di tingkat bawah. Pelik jugak dia sebab setahu dia tak ada orang kat rumah. Takkan siang2 hari pun hantu nak menyakat. Sebab nak tahu apa berlaku dia jenguk jugak ke bawah dari atas tangga tapi memang tak ada apa2 atau siapa kat tingkat bawah. Lepas tu dia masuk kebilik dengan niat nak sambung tidur balik tapi sekali lagi dia dengar bunyi bising. Dia pun jenguk lagi tak ada apa2 jugak sampai la kali ketiga bunyi bising agak pelik sebab kedengaran suara kanak kanak ketawa sambil berlari. Lepas tu barulah dia nampak sesuatu di bahagian ruang tamu kat tingkat bawah.

Apa yang dia nampak kelibat seorang wanita cantik yang datang dari arah bawah tangga berlari laju keruang tamu. Terkejut & terkedu lihat benda tu abang zul lari masuk bilik & duduk sambil beristifar. Masa sedang duduk beristifar tu tetiba terasa macam keadaan jadi sunyi. Tak dengar apa2 bunyi hatta bunyi kereta yang lalu lalang di luar. Seolah2 dia di bawa ke alam lain. Tapi di sebabkan abang zul ni ada belajar ilmu batin semasa belajar silat dulu maka dengan beberapa potong ayat dia berjaya meloloskan diri dari di perangkap dalam dunia 'ghaib' tu.

Mujur la budak yang menyewa kat situ tak pernah kena ganggu yang kena ganggu tu semua geng2 ustaz jer. Tak tau kenapa 'benda' tu nak test ustaz2 dalam rumah tu jer.. maybe nak test ilmu depa kot. Sebenarnya cerita ni ada sambungan lagi. Nanti lain kali je aku sambung yer... Panjang2 sangat satgi ada yang histeria mati akak di persalahkan katanya hehehe.

Moral of the story.. Sebab tu kalau masuk rumah baru elok la kita buat bacaan yassin & tahlil. Manalah tau sebelum kita duduk ada 'mereka2" tu terlebih dulu check in.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com