Showing posts with label langgar kereta. Show all posts

PEREMPUAN MAKI UNCLE CINA TU MUNGKIN DALAM BAHAYA

Sepanjang video seorang perempuan mengamuk sambil hentak stereng lock kat kereta seorang uncle cina yang terlanggar kereta baru dia.. Aku takde la up status kat fb wall aku atau up entri kat blog. Just berkomen secara ringkas jer kat post2 orang.


Bila tengok sampai identiti perempuan tu di sebarkan aku pulak jadi cuak untuk dia. Betul.. perbuatan dia tu agak biadap & salah. Aku tak membetulkan tindakkan dia tu tapi cuma kat sini aku rasa dengan dedahkan identiti dia.. mendedahkan dia juga pada bahaya. Ok.. korang rasa kalau tak buat camtu dia tak sedar perbuatan dia salah. atau dengan sebar video tu boleh jadikan pengajaran pada orang lain.. Betul jugak tindakkan korang untuk bagi pengajaran pada sipolan & orang lain tapi tak perlu la sampai dedahkan identiti dia.

Kalau salah apa aku cakap betulkan.. aku cuma bagi pendapat. dah kena suruh jadi menteri. kekekeke

Zaman sekarang zaman jenayah berleluasa.. Orang dah tak heran dengan undang2. Tak kira la perbuatan perempuan tu salah ke betul tapi perbuatan kita yang tolong upload, share & sebar tu pun salah jugak. Ye.. dia bukan adik beradik kita, sedara mara kita atau anak pinak kita jadi kita takde rasa risau dengan keselamatan dia.. Tapi putaran hidup macam roda.. kita pun manusia.. adik beradik kita pun manusia tak mustahil satu hari kita pun termelakukan kesilapan sama bila gagal kawal emosi & ada orang record & sebar.. Baru kita rasa apa yang orang lain pernah rasa.

Benda kecik jer sebenarnya tapi dah dia mengamuk mengalahkan kereta remuk kan dah jadi kes besar..

Moral of the story.. Masalah terlanggar tu nampak simple & kecik sangat tapi memandangkan perempuan tu tak boleh control emosi sebab kereta baru gamaknya dia terus macam kena histeria sampai lupa zaman sekarang camera ada pada hampir setiap orang yang berada di lokasi kejadian. So, kita kena ambil jugak sebagai pengajaran.. supaya tak terjadi kat kita. Pada yang menyebar.. rasa seronok dedahkan orang lain pada bahaya, ingat kita juga dalam bahaya sebab kita juga melakukan perkara yang melanggar undang2 sebab mendedahkan identiti orang lain.

Orang yang terlibat rilex jer.. kita pula yang emo lebih2. kan?? kekekekeke

Dan last yang korang mesti tahu


P/S : Bila aku menegur tak bermakna aku baik & perfect.. Bila aku bagi pendapat tak bermakna aku sentiasa betul. Aku cuma manusia.. yang melihat. Apa yang baik terimalah sebagai pengajaran.. kalau aku tersilap tegurlah seperti seorang insan.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com