KERANA.. PEREMPUAN BODOH, JANTAN KEJAM & ANAK PUN MATI
Biarpun anak orang.. tengok budak2 yang seusia 2 tahun, tergamak ke kita nak belasah macam rakan sebaya? Kita bukan rakan sebaya budak 2 tahun kalau umur dah 27 tahun. Kudrat & tenaga tak sama dengan budak 2 tahun lebih2 lagi kudrat seorang lelaki berusia 27 tahun yang nak ajak budak 2 tahun bergusti. Keupayaan budak 2 tahun nak melindungi diri.. memang takde. Setakat budak 2 tahun boleh la kau belasah sampai mati.Kes Boipren mak dera anak bukan kes yang baru kita dengar kat Malaysia. Rasanya dah berkali2 jugak kes ni wujud di negara kita. Konon dia sayang anak kau macam anak sendiri la sampai ko percaya bagi dia jaga anak ko. Selagi anak ko hidup.. gamaknya ko tak amik pot sangat lebam sana sini kat badan anak ko tu. Kes terbaru ni buat sang lekit sangat2 geram dengan mak arwah kanak2 2 tahun yang meninggal sebab di dera boipren mak dia. Menurut cerita nenek kepada mangsa dera tu.. Pernah tanya & tegur bila dia tengok kat badan cucu dia penuh lebam2 & sampai jadi pertengkaran tapi perempuan bodoh tu nak coverline kot cakap anak dia jatuh motor. Mustahil dia tak tahu.. nampak sangat macam ada sesuatu dia nak sembunyi.
Tindakkan paling bodoh di perempuan tu buat adalah lebih percayakan boipren dia dari mak sendiri sedangkan rasanya dia sedia maklum mak dia jauh lebih baik & sayang anak dia dari boipren dia tu. Kenapa ko tinggalkan jugak budak tu kat jantan kejam tu walau ko sendiri nampak sebelum anak ko meninggal anak ko agak trauma bila ko cakap nak tinggalkan dia dengan jantan gila tu. Sekarang kau cakap nak keadilan kat anak ko.. Dei! pompuan.. Keadilan pun tak dapat bayar segala kesakitan & ketakutan anak ko apatah lagi nyawa dia dari tindakkan banggang ko tanpa sempadan tu. Tapi sebagai negara yang berundang undang.. harus di beri keadilan jugak la. Takkan nak lepas jantan tu macam tu jer, kan??
Memang ajal & maut semua ketentuan Allah tapi kebodohan seorang perempuan & kekejaman seorang jantan yang takde perikemanusian tu akan di ingat sampai bila2 lebih2 lagi ahli keluarga mangsa. Moral of the story... ingat pantun lama ni supaya kita sentiasa berhati2.. Anak enggang.. enggang juga, mana sama anak tenggiri, anak orang.. orang juga, mana sama anak sendiri. Sayang orang pada anak kita belum tentu sama level dengan kita sayang anak sendiri. Biarpun tak semua macam tu.. tapi beringat la sebelum terjadi. (Rujukan di SINI )
Jom kita tengok antara keratan akhbar bayi yang menjadi mangsa dera boipren mak dia
Carian Google
Moga jadi peringatan pada semua ibu2 tunggal.. Anak adalah anugerah & masa depan kita dunia & akhirat bukan boipren, ok!