Showing posts with label orang mati. Show all posts

WAD 9 HOSPITAL SELAYANG SINONIM DENGAN KEMATIAN

WAD 9 HOSPITAL SELAYANG SINONIM DENGAN KEMATIAN. Mak mertua saya masih di ward.. Tapi setakat semalam tekanan darah dia dah semakin menurun 141 - 143. Dah kategori stabil jugak la tu dalam usia dia yang dah 55 tahun tu kan.. Dah boleh makan & minum tanpa bantuan tiub cuma selera je masih kurang. Masih tak boleh bangun maybe sebab effect dari strok & dia paralyzed separuh badan sebelah kiri. Memang doktor pun dah bagitau lepas ni dia tak boleh bergerak. Kaki & tangan sebelah kiri memang tak berfungsi setakat ni. So, terpaksa la menjalani fisioterapi & try berurut cara tradisional la. Sebab strok tak sampai ke saraf muka.. so bahagian muka tak terjejas & boleh cakap macam biasa..


Semalam.. sempat terserempak dengan satu kematian yang berlaku di wad 9.. Tapi sebenarnya semalam dalam jarak masa yang tak berapa jauh ada 2 kematian melibatkan warga emas. Yang satu memang tak tahu katil mana & wad mana walau dalam wad 9.. 9A ke 9B.. ke 9 mana tak tahu tapi berhadapan wad MIL aku.. sempat la tengok satu kematian melibatkan warga emas berbangsa melayu, Islam. Innalillahiwainnalillahhirojiun... Sambil tengok petugas yang menguruskan jenazah untuk di hantar ke bilik mayat ada la seorang abang tu datang beramah mesra dengan suami. Mula2 dia tanya yang meninggal tu siapa.. Orang melayu ke? So kami jawab yer.. melayu. Lepas tu dia mula bukan cerita.. Kat wad ni memang kerap berlaku kematian. Katanya wad tu memang yang di tempatkan kat situ kebanyakkan yang dah 50 - 50 atau tunggu masa je untuk pergi. Cara dia bagitahu tu.. macam nak cakap wad 9 ni memang sinonim la dengan kematian. Aku just dengar la.. Malas nak menyampuk orang lelaki berbual. Suami aku cuma jawab.. kalau dah sampai masa tak kira kat wad mana.. mati jugak.

Betul la tu.. walau kebetulan kat situ selalu berlaku kematian tapi yang perlu kita tahu bukan sebab tempat tu yang menyebabkan kematian seseorang. Kematian bukan macam penyakit berjangkit.. Kau tidur atas katil wad yang pernah ada orang meninggal dunia.. kau berisiko akan mati kat situ jugak.  Jangan mengarut sangat la manusia wei...So tak payah la risau kalau korang kena admit wad nak2 perempuan mesti la masuk wad 9 kalau hospital selayang ni. Even katil yang ada tidur tu pernah berlaku kematian.. Takde malaikat maut standby kat situ kalau belum sampai ajal korang. Atau yang lebih orang takut dari Malaikat maut adalah hantu.. Mitos ni memang masih ramai yang percaya. Konon badi orang mati la.. roh orang mati yang tak tenteram ganggu orang yang tidur di katil dia pernah mati la.. Please stop fikir benda mengarut. Kadang2 sebab hangpa dok fikir macam tu yang buat anda rasa takut & terbayang benda yang sebenarnya tak ada. Walaupun aku minat dengan cerita seram aku tak taksub percaya benda karut sampai macam tu. Cuma kadang2 yang mengarut tu macam best je jalan cerita dia.. Memang drama habis. Jalan cerita dia memang penuh suspend katanya. hahahaha

Moral of the story.. Mati itu pasti tapi mati kat wad 9 hospital selayang belum tentu walau masa kau admit condition kau 50-50 je. hehehehe

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG BULAN HANTU

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG BULAN HANTU. Tadi masa hantar anak aku ke bawah untuk di hantar ke sekolah oleh bapak dia ternampak banyak dah bendera2 yang biasanya di pacak bila tiba bulan hantu mengikut kepercayaan orang cina. Meriah pulak rasa macam nak piliharaya katanya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Menurut kepercayaan orang cina perayaan bulan hantu jatuh pada bulan ke 7 pada malam ke 14 tapi entah kenapa aku baru perasan hari ni bendera2 untuk perayaan hantu tu di pasang bila masuk bulan ogos ni. Tak silap aku memang selalunya aku nampak masuk je bulan ogos orang2 cina mula melalukan ritual untuk bulan hantu.. ke aku salah tengok kalender tak tau la. Kalau ikut info yang aku baca bulan hantu di sambut dalam pertengahan bulan ke 7 mengikut kalender cina kot. hahaha.. Tapi ikut kalender mat saleh jatuh pada bulan ke 8 ke camna tak tau la kan. Kena interview orang cina sendiri la untuk info yang lebih tepat.

Pada bulan hantu.. Orang cina percaya semua hantu hantu & roh2 orang mati termasuk orang2 zaman dulu kala yang dah berkurun mati akan keluar dari alam ghaib. Kalau korang biasa tengok filem2 seram cina, thailand.. Mungkin tahu macam mana kepercayaan orang cina tentang bulan hantu ni. Bila tiba bulan hantu ni.. Turn roh2 orang yang mati atau hantu ni yang akan menziarahi ahli keluarga depa yang masih hidup.

pada hari ke 13 dalam bulan ke tujuh penganut agama budha akan buat satu ritual untuk bebaskan penderitaan orang2 yang dah meninggal dunia. Selalunya depa akan buat ritual menyembah nenek moyang sebagai tanda taat & sebagai satu cara mereka menyambung warisan keturunan walaupun nenek moyang dah lama meninggal. Ia termasuk jugak upcara persembahan makanan. Sebab tu kita nampak orang cina akan letak makanan tempat2 mereka melakukan ritual penyembahan pada bulan hantu. Bukan setakat makanan depa jugak akan bakar wang neraka & bungkusan yang mengandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh2 yang datang menziarahi mereka yang masih hidup bila tiba bulan hantu. yang selalu kita nampak orang cina bakar kertas banyak2 tu. Tu antara ritual membakar wang neraka. Cara tu untuk melayan roh2 yang datang ziarah seolah olah mereka masih hidup. Ritual yang lain2 seperti melepaskan perahu kecik & tanglung di atas air bagi tujuan membantu roh2 yang sesat sedang mencari jalan.

Jadi kalau kita nampak barang2 untuk ritual bulan hantu tu jangan la kita nak sepak2 ke atau curi2 makan apam ke buah oren hapa.. Hormati kepercayaan orang lain. Sebab tu penting kita tahu bukan untuk kita percaya tapi untuk kita lebih memahami kepercayaan agama orang lain supaya kita tak termelakukan perbuatan biadap secara sengaja atau tak semasa mereka melakukan ritual untuk kepercayaan mereka.

Aku kalau sampai bulan hantu ni yang aku tunggu2 kat TV adalah filem2 seram je tapi entah kenapa siaran tv percuma ni tak nampak pulak iklan2 filem seram untuk mana2 slot rancangan TV. Kalau kat astro tu nampak jugak orang dok update pasal filem seram. Tak aci tau. Mentang2 aku tak mampu langgan esteruk.. Tv free tak nak tayang filem seram sempena bulan hantu ni.

Moral of the story... Semoga sempena bulan hantu mengikut kepercayaan orang cina tak ada orang2 malaysia yang tetiba jadi hantu & menghantui orang lain. Biarlah hantu buat tugasan dia.. kita sebagai manusia jadi manusia tak payah nak menyamar hantu sangat. hehehe

KARMA LELAKI CURANG YANG BOLEH MELIHAT ROH KEKASIH YANG DAH MATI

KARMA LELAKI CURANG YANG BOLEH MELIHAT ROH KEKASIH YANG DAH MATI. Entah kenapa mood nak menulis kisah seram sekarang ni macam on off je.. Maybe sebab dok fikir pasal anak nak masuk sekolah tak lama lagi walau baru masuk tadika. Almaklum la kali pertama nak kena berenggang dengan anak buat seketika waktu.. Kali pertama nak lepaskan anak bawah jagaan orang lain. Gila kau tak risau.. Anak kot. Dengan macam2 kejadian sekarang ni.. Ya Allah moga lindungi anak2 kita dari orang2 jahat & sentiasa adakan bersamanya orang2 yang menyanyangi & melindungi dia.


Tapi sebab ada cerita seram baru nak share rasa bersalah pulak tak tulis dalam blog ni. Takut identiti seram jadi suram katanya maka ku gagah & gigih jugak mengarang cerita seram nan satu ni

Alkisahnya seorang peguam ni.. Dia ada kelebihan deria kedua katanya. Boleh melihat roh orang mati & karma seseorang. Nak di jadikan satu kisah dia kena handle satu kes budak bawah umur yang bawa kereta sehingga menyebabkan kemalangan maut beberapa kenderaan lain termasuk sebuah teksi. Yang lain semua mati tapi budak perempuan bawah umur selamat tanpa kecederaan parah. Almaklum la anak orang kaya.. So, boleh upah lawyer terbaik untuk menang kes dia ni. Peguam tu sebab ada sixsense katanya dapat melihat la roh2 orang yang mati masa kemalangan tu dok ikut budak perempuan ni nak balas dendam. So, dia bagitau la budak tu bahawa orang2 yang mati dalam kemalangan tu ada sentiasa dengan dia. So, budak ni yang mula tertarik dengan sikap caring peguam tu ambil kesempatan bila sentiasa minta peguam tu temankan dia dengan alasan takut

Sehinggalah berlaku satu perkara.. Dimana budak perempuan tu hampir terbunuh akibat perbuatan roh2 yang berdendam dengan dia tapi berjaya di selamatkan peguam tu. Semakin berbunga la perasaan cinta dia kat peguam tu. Pada masa yang sama peguam tu sebenarnya dah ada seorang kekasih. Sebab budak perempuan tu asyik nak peguam tu dengan dia timbul perasaan cemburu pada kekasih peguam tu. Kat situ la terbongkar satu demi satu perkara yang mistik & misteri.

Bila kekasih peguam tu mula di ganggu dengan gangguan mistik yang menyeramkan mereka terpaksa melalukan satu ritual untuk mengakhiri karma yang menyebabkan gangguan tersebut. Dari situ la mula terbongkar bahawa kekasih dia sebenarnya dah mati semasa hari berlaku kemalangan maut yang melibatkan banyak kereta yang di sebabkan budak perempuan bawah umur tu. Dalam kejadian tu kekasih pada peguam tu sedang berjalan di sebuah jambatan & ternampak sepasang pasangan pengantin tengah ambil gambar. Tak semena2 semua mereka di langgar sebuah kereta sebelum terjunam dalam sungai. Sebenarnya kematian kekasih peguam tu adalah karma dari perbuatan mereka sendiri. Dulu masa zaman belajar si peguam ni bercinta dengan kawan baik kekasih dia sekarang tapi dia curang menyebabkan si kekasih zaman belajar tu bunuh diri. Selepas kematian kekasih dia masa zaman belajar.. dia terus bersama dengan kekasih dia sekarang yang pernah menjadi orang ketiga dengan kekasih dia yang lama tu. Akibat dendam.. roh kekasih lama dia yang menyebabkan kematian kekasih dia yang sekarang. Kemalangan yang berlaku tu pun di sebabkan oleh roh kekasih lama peguam tu.

Ending cerita ni.. Peguam ni terjatuh dari bangunan ketika menyelamatkan budak perempuan bawah umur yang nak di bunuh oleh roh bekas kekasih lama dia. Masa nak selamatkan budak perempuan tu dia yang terjatuh tapi nasib baik tak mati cuma cedera. So sepanjang dia sakit budak perempuan bawah umur yang jadi kekasih baru dia yang jaga. Tapi hidup dia terus di hantui dua roh kekasih lama dia & terus di karma sampai habis cerita.

Tak tau hangpa paham tak apa aku cerita ni. Tapi itulah kisah dalam filem The second sight.. DVD filem seram Thailand yang aku beli minggu lepas. Filem ni klasifikasi 18 tapi tahap seram dia bagi aku biasa biasa je cuma klasifikasi 18 tu sebab ada adengan seksi meksi yang tak sesuai di tonton kanak kanak bawah 18 la kot. Nak kata best sangat.. boleh la layan. nak puji melambung2 tu untuk filem ni memang tak dapat la.

Gambar DVD Filem The Second Sight ni aku tak ambil guna DSLR dah macam dulu nak bagi nampak sharp & cantik.. Almaklum dah dapat sematpon baru. So, DSLR sila berehat la. 

Moral of the story.. Memang dalam kehidupan kita tak mustahil ada orang yang ada sixsense tapi bukan bermakna dia boleh lihat roh orang dah mati yer adik adik. Tu cuma dalam filem sahaja.. Yang di lihat mungkin makhluk ghaib jer. Memang takde manusia mampu melihat roh manusia lain yang dah mati. Ingat.. Tengok filem2 macam ni anggap sebagai hiburan semata mata jangan terpengaruh sehingga memesongkan kepercayaan anda.

p/s : Apapun hero filem ni hensem yang boleh buat perempuan jatuh cinta dengan watak romantik & caring dia hahaha

SERAM! KISAH BENAR SEORANG PELUKIS MENYEWA DI RUMAH MILIK SAKA

SERAM! KISAH BENAR SEORANG PELUKIS MENYEWA DI RUMAH MILIK SAKA.Rabu biasanya blogger banyak buat entri wordless Wednesday tapi entah kenapa aku dari dulu tak mampu tulis entri dengan tema wordless.. selalunya mesti jadi more words katanya. Rasa macam kencing tak lawas pulak kalau tulis entri pendek pendek ni. Hahaha... Maka sebab aku taknak rasa kencing tak lawas tu hari ni siang2 hari kita bersegmen seram serik lekatlekit. Sebab aku ada kisah seram nak share.. Jadi segmen seram serik ni memang tak tunggu malam dah. Ada bahan je terus up.


Kisah yang aku nak cerita ni katanya berdasarkan kisah benar pengalaman seorang pelukis yang suka mengembara. Nak di jadikan cerita pada satu hari dia masuk ke sebuah kampung untuk mencari ilham melukis. Bila dah masuk kampung tu dia cari la tempat untuk stay sampai dia puas berkarya kat situ. Dapat la sewa sebuah bilik.. condition memang out la. Kampung tu rumah2 dia bukan cantik2 sangat. Lebih kurang macam setinggan je. Di sebabkan dia pun tak berniat nak tinggal lama jadi dia setuju la menyewa kat bilik tersebut dengan harga RM200 sebulan. Pemilik rumah tu adalah seorang janda yang memang tinggal kat rumah tu. Malam pertama dia tinggal kat situ.. lepas mandi tiba2 dia terdengar bunyi seruling dari tepi bilik dia. Bila dia keluar nampak seorang perempuan tua uzur atas kerusi roda tengah main seruling. Bila di soal siasat.. katanya dia anak kepada perempuan pemilik rumah tu. Tapi di sebabkan dia tak ada duit nak bayar sewa bilik tu anak dia halau dia. Bilik yang di sewa pelukis tu sebenarnya bilik dia. Atas dasar perikemanusiaan.. pelukis tu izinkan perempuan tua tu tinggal dalam bilik yang disewakan & berjanji akan jaga perempuan tu. Sehinggalah pada satu malam.. Perempuan tua tu minta pelukis tu bersumpah takkan berpisah dengan dia. Sebab dia tak rasa apa2 yang pelik.. di turut apa yang perempuan tua tu minta. Tengah mereka dok menyembang tiba2 dengar jeritan dari dalam rumah. Suara janda pemilik rumah tu menjerit2 sebab ternampak satu kelibat budak menyeramkan di tingkap. Akibat terkejut janda tersebut pengsan. Pelukis tersebut cuba meminta pertolongan orang kampung bila mendapati ubat yang perlu di beri kepada janda tersebut dah habis. Bila dia kerumah salah seorang penduduk kat situ & menyatakan perlu membeli ubat tersebut. Mereka terkejut & bertanya dari mana dia dapat bekas ubat tu. Dia pun cerita mak kepada janda tersebut yang bagi. Bertambah terkejut mereka sebab semua orang kampung ibu kepada janda tersebut dah lama mati. Dengar cerita tu.. dia mula rasa seram. Dia kembali kerumah janda tersebut. Sekali lagi dia terkejut bila nampak rumah sedang terbakar & janda tersebut sedang memegang pisau untuk bunuh diri akibat menyesal dengan perbuatan dia yang membunuh ibu & anak lelaki OKU nya. tak sempat nak di selamatkan.. janda tersebut mengelar leher sendiri. Dia cuba masuk ambil beg dalam bilik & keluar selamatkan diri. Terserempak dengan perempuan tua yang di katakan dah lama mati tu sedang meratah daging mentah yang masih berdarah. Fikirannya jadi semakin berserabut & dia melarikan diri sejauh mungkin sebelum pengsan di tepi landasan keretapi. Keesokkan harinya dia bangun & teruskan perjalanan untuk pulang semula ke tempat asal dia. Dia terserempak dengan dua orang remaja tengah melepak di pondok tepi jalan. Dia singgah berbual. Bila di beritahu dia dari kampung yang pernah dia sewa 2 3 hari lepas.. terkejut dua budak tu. Sebab kampung tu dah lama tak wujud selepas berlaku kebakaran besar & menyebabkan semua penduduk disitu mati.Sekarang tempat tu di jadikan tapak kubur. Dia mula2 tak percaya apa yang di ceritakan sehinggalah dia melihat kembali gambar2 yang di ambil dari camera. Ternyata hanya gambar kubur. Akibat dari kejadian tu.. dia menjadi gila & di hantui saka perempuan tua sehingga ke akhir hayat. Saka tu terus menghantui dia kerana dia pernah membuat perjanjian untuk bersama selamanya dengan saka tersebut.

Done

Itulah secara ringkas cerita dalam filem sumpahan puaka. DVD yang aku beli haritu. Katanya filem ni di adaptasi dari kisah benar. Jalan cerita dia boleh tahan jugak la. Takde la rasa tahap sampah sangat. Boleh layan. Babak2 seram yang menampakkan hantu tu memang tak banyak tapi jalan cerita dia tak buat kita bosan sangat menonton. 

Cerita ni kira banyak jugak la permainan ilusi. Sebab kita takkan tahu apa yang berlaku adalah ilusi yang di sebabkan jin & syaitan. Sampai hujung cerita baru kita nampak.. semua yang berlaku tak pernah wujud pun. Itulah ilusi jin & syaitan yang nak mengaburi mata kasar manusia & menyesatkan..

Moral of the story cerita ni.. Memang saka boleh di warisi tanpa kita sedar. Hanya semudah menerima sesuatu barang je pun mungkin kita boleh jadi pemilik saka yang menganggu hidup kita. Jadi berhati hati nak terima sebarang pemberian, nak2 lagi benda2 pelik atau barang2 antik ni dari seseorang yang mencurigakan. Takut dia bagi barang free gift saka yang kita tak nampak.

KISAH CINTA YANG MENYERAMKAN SELEPAS KEKASIH MATI

KISAH CINTA YANG MENYERAMKAN SELEPAS KEKASIH MATI. Manusia ni kadang2 sanggup buat kerja gila bila cinta tu dah menguasi diri. tak boleh terima hakikat orang yang di cintai tu dah mati.. Nak2 mereka rasa bersalah atas kematian orang tersayang tu. Sentiasa di hantui rasa bersalah sehingga menyebabkan mereka sanggup buat apa saja untuk berjumpa dengan roh orang yang dah mati. kalau kita orang Islam ayat biasa bila tak sempat minta maaf dengan orang yang dah mati ni.. merangkak la kau kat padang masyar cari orang yang kau buat salah tu untuk minta maaf. Tapi bagi yang non-muslim ada yang percaya mereka masih boleh bertemu & bercakap dengan orang yang dah mati kat dunia ni cuma perlu mengadakan atau melakukan upacara tertentu.


Macam tu jugak dengan kisah seorang lelaki yang rasa bersalah kerana menyebabkan kematian kekasihnya. Dia cuba sedaya upaya untuk bertemu semula dengan kekasih dia yang dah mati untuk minta maaf. Apa saja cara yang orang cakap boleh temukan dia dengan roh kekasih dia ni, dia akan buat walau bahaya sekalipun. Termasuklah mengumpul semua barang peribadi orang yang dah mati. Kebetulan pula dia bekerja dengan sebuah skuad penyelamat yang memang sentiasa berdepan dengan orang mati dalam macam2 keadaan. Ada mati dalam kemalangan & ada mati bunuh diri. Dari situ dia mengumpul semua barang yang di temui bersama si mati untuk buat dia boleh nampak roh kekasih dia. Walaupun dah di halang kawan2 lain dia tetap meneruskan niat dia sehingga rumah dia di penuh roh2 orang mati yang pernah dia ambil barang mereka untuk di simpan. Kebetulan ada seorang lelaki yang mempunyai deria ke enam yang boleh nampak roh datang mengambil semula barang2 orang mati & di serahkan kepada waris mereka untuk membebaskan roh2 tersebut. Dia berjumpa la dengan roh kekasih lelaki ni yang masih berkeliaran dalam rumah lelaki tu. Disebabkan kata2 terakhir perempuan tu adalah.. Kekasih dia takkan dapat berjumpa dengan dia sampai bila2 sebab tu walau apa cara sekalipun dia buat dia takkan dapat bercakap atau nampak roh kekasih dia sebab kata2 tu dah menjadi satu sumpahan sebab ia kata2 terakhir sebelum wanita tu mati. Tapi lelaki ni tetap tak berputus asa. Dia tetap nak mencuba cara lain. Dia pilih untuk ke satu bangunan usang yang memang terkenal berpuaka & ada sumpahan. Sesiapa yang masuk kesitu jarang boleh keluar dalam keadaan masih hidup. Dia bersama seorang kawan perempuan yang sanggup temankan dia. Kat dalam bangunan tu mereka di serang dengan bermacam macam jenis hantu. Terpaksa dia call & minta pertolongan dari kawan kawan dia. Tapi kesemua kawan kawan lain yang cuba membantu mati hanya dia & seorang kawan perempuan yang temankan dia je boleh keluar dalam keadaan bernyawa. Selepas kejadian tu akhirnya dia dapat melihat kekasih dia & meminta maaf..

watak hero dalam filem ni muka macam pelakon Aiman Mentor. hehehe

Tu secara ringkas kisah dalam filem cinta seram The Eyes Diary. Filem ni kalau nak kata seram sangat bagi aku, memang tak seram. Sebab aku dah tak ada sangat deria seram. Lagipun filem Klasifikasi P13 memang tahap seram dia sederhana bagi yang macam aku. Bagi yang penakut maybe dah seram kot. Perjalanan cerita ni.. starting tu macam slow sikit tapi lama kelamaan dia mula buat kita melekat. Babak seram dia nak kata sepanjang cerita tak jugak tapi seimbang la. Yelah.. tema dia ada cinta & ada seram. Alhamdulillah aku tak rasa membazir beli dvd filem ni. Nak buat macam mana kena terima hakikat filem seram Thailand memang jarang mengecewakan berbanding filem seram melayu. So, peminat filem seram yang belum tengok, aku rekemen tengok la filem ni. Not bad jugak.

Moral of the story.. Kita sekarang nak tengok filem dah senang. Kadang2 kat TV pun melambak boleh tengok. Tak cukup dengan siaran kat TV.. boleh beli dvd lagi macam aku berbanding orang dulu nak tengok tv pun struggle giler. Tentu korang tak sangka orang dulu tengok tv macam ni >> Orang yang suka tengok TV je akan tahu bertapa benarnya 5 perkara ni! << Jadi bersyukur la yer anak anak. Setakat takde astro tu tak payah sesedih. Orang dulu jangankan nak tengok TV nak tengok intisari rancangan tv pun susah. hahahaha

KEJADIAN MISTIK & SERAM YANG PERNAH BERLAKU DI FACEBOOK

KEJADIAN MISTIK & SERAM YANG PERNAH BERLAKU DI FACEBOOK. Untuk segmen seram serik lekatlekit kali ni aku nak share kisah2 misteri yang berunsur mistik & menyeramkan yang pernah berlaku di Facebook. Apa ingat kat alam maya tak boleh berlaku kejadian menyeramkan berunsur mistik ke? Kat Mana2 pun boleh dah sekarang ni.  Jin & syaitan pun berkembang bersama teknologi manusia jugak tau! Ingat depa tak up to date ke? Kalau depa tak up to date confirm la momokkan depa dah tak extreme lagi katanya.


Kalau korang pernah baca tentang kisah seorang lelaki yang menerima mesej dari teman wanitanya yang dah mati dalam kemalangan ngeri mesti korang ingat cerita ni. Sebenarnya aku pun tak pernah baca cerita ni. Katanya pernah jadi berita tergempar & viral jugak la. Kejadian ni bukan di sebabkan hack atau apa2 perbuatan khianat tapi memang mesej tu di hantar oleh individu yang dah mati . Kalau korang nak tahu macam mana cerita tu & macam mana perkara tu boleh berlaku meh baca kat sini >> Bayangkan Anda Menerima Mesej atau Video Call Dari Sesuatu yang Bukan Manusia <<

Adakah kejadian macam ni membuktikan bahawa Jin jugak layari internet? Entahlah.. pernah la aku terdengar atau terbaca dunia jin ni katanya kehidupan lebih kurang macam manusia. Depa ada negara, kaum,pembangunan bagai.. Tak sejauh mana kebenaran dia aku tak pasti la. Kena korang rujuk sendiri pada mereka yang lebih berilmu tentang alam ghaib ni. Kalau hangpa tanya aku cerita atau filem seram boleh la aku share kan? tapi kalau tentang kehidupan alam ghaib.. memang aku takde ilmu tentang tu. Cuma aku percaya & yakin dengan kewujudannya.

Apapun.. kadang2 sebab kurang siasat & terlampau taksub pun buat kita terpedaya dengan helah syaitan untuk menyesatkan manusia. Ada je perkara yang ada tak ada unsur mistik tapi ye ye kita yakin benda tu berkaitan dengan makhluk ghaib padahal apa yang kita yakin tu sebenarnya di pengaruhi dari perasaan yang takut & hati yang terlalu taksub.

Moral of the story.. Memang kita wajib percaya pada alam ghaib tapi bukan taksub atau mengTuhankan makhluk alam ghaib.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com