Showing posts with label gadget elektronik. Show all posts

MUDAH DAN SELAMAT DARI LUKA SEMASA BUANG BULU DENGAN VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER

MUDAH DAN SELAMAT DARI LUKA SEMASA BUANG BULU DENGAN VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER. Kita di lahirkan dengan bulu2 bukan rambut jer.. Masa kecik sebelum akil baligh mungkin bulu yang kita ada cuma bulu roma nipis, bulu kening & rambut jer.. Selepas akil baligh akan bertambah bulunya di tempat tertentu seperti di celah ketiak & bahagian kemaluan.


Bulu ni bersifat hidup.. Jadi dia akan semakin panjang kecuali bulu roma & bulu kening la kalau tak cukur dia statik macam tu je la. Tapi bulu lain macam rambut, bulu ketiak & bulu pada kemaluan kalau kau simpan lama - lama memang berhutan jadinya. Bukan setakat berhutan, mungkin akan di jangkiti kutu jugak. Kutu bukan sekadar boleh hidup atas kepala di celah rambut malah boleh hidup di bahagian bulu kemaluan. Bayangkan kat situ berkutu.. gatal merenyam.. Seksa zahir batin beb! Maka terkepit kepit & terkemut kemut la kau. Nak nak lagi kalau kat tempat2 ramai orang. Sebab tu penting untuk kita buang bulu2 di bahagian sulit bagi tujuan kebersihan & kesihatan.

Guna pisau cukur ni kadang - kadang kurang pratikal sebab boleh menyebabkan luka. nak cabut guna penyepit bulu tu tahan ke azabnya. Sakit ok! Oleh kerana itu Veet mengeluarkan satu produk elektronik yang memudahkan kaum wanita untuk membuang bulu bulu yang tidak di ingini & tampil menawan setiap masa.  Veet sensitive touch electric trimmer gadget elektronik terbaru keluaran Veet. Alat ini berfungsi untuk mencukur atau membuang bulu pada bahagian sensitif tanpa pisaunya menyentuh bahagian kulit bagi mengelakkan risiko terluka. Veet Electric trimmer ni menggunakan kuasa bateri AA untuk menghidupkannya.  Didatangkan bersama 2 sikat bersaiz 2mm & 4mm & dua mata pemotong bersaiz 16mm dan 6mm. Satu berus untuk membersihkan bulu bulu yang melekat & 1 beg memudahkan anda menyimpan & di bawa kemana mana.


Kelebihan Veet Sensitive Touch Electric trimmer ni adalah.. Boleh memotong & membuang bulu bulu dengan kemas tanpa menyebabkan luka. Sebab benda tu paling orang titik berat semasa membuang bulu terutama di bahagian sensitif. Selain tu hasil cukuran dia lebih licin. Memudahkan anda untuk buang bulu di bahagian sulit, celah ketiak, membentuk kening, sideburns, bulu roma, misai & sebagainya. Paling penting boleh di bersihkan dengan air.. So mudah kita nak mencuci selepas guna.

Size dia yang kecil sebesar berus gigi elektronik mudahkan untuk kita bawa kemana mana sebab boleh sumbat dalam handbag jer... Maybe nak travel jauh dalam jangkamasa yang lama.. boleh la jimat space.


Benda ni memang sangat penting bagi aku yang memang mementingkan kebersihan dalaman & luaran. aku memang sejenis yang tak suka nak nak simpan bulu2 di tempat2 tertutup macam celah ketiak atau bahagian intim. Memang dah tabiat sejak dari zaman anak dara dulu. Seminggu sekali mesti aku tebas. Nampak jijik jugak la bagi seorang perempuan yang biar bulu ketiak & bulu di bahagian intim tu tak di buang sampai jadi hutan. So dengan adanya Veet Sensitive Touch Electric trimmer ni.. banyak membantu aku membuang & membersihkan bulu yang tak di ingini. Cukuran dia pun lebih licin & kemas. Paling penting kurang sangat risiko kulit terluka semasa membuang bulu. Dah tak payah nak guna pisau cukur yang kadang2 memang menyebabkan luka. Luka kat tempat2 intim ni bahaya sebab dia tempat yang tertutup & kadang2 lembab.. Kalau ada luka mudah terkena jangkitan kuman & bakteria. Untuk mengelakkan risiko terluka ketika buang bulu2 yang tak di ingini guna la Veet Sensitive Touch Electric Trimmer ni.

Yang nak guna untuk tujuan kecantikkan.. Nak bentuk kening.. ada mata pisau yang di sediakan untuk membentuk kening menggunakan Veet Electric Trimmer ni.. Hasil cukuran tu lebih halus & kemas.. bentuk dia lebih sharp & bahagian yang di cukur lebih licin berbanding pisau cukur biasa.

Stevensunny Makeup Artis juga menggunakan Veet Sensitive Touch Electric Trimmer

Macam tu juga kalau nak guna Trim sideburn & buang bulu roma.. Memang hasil cukuran dia lebih licin berbanding pisau cukur. Banyak sungguh kegunaan Veet Sensitive Touch Electric Trimmer ni ok! Boleh di gunakan seisi keluarga.

cara nak guna Veet Sensitive Touch Electric Trimmer

1. Untuk membentuk kening


Trim kening menggunakan kepala pemotong yang paling kecil berbentuk panjang tu & letak sikat yang di sediakan. Boleh rujuk pada gambar. Letak. Potong menggunakan Electric trimmer secara berlawan arah bulu kening tumbuh.
Untuk membentuk pulak.. keluarkan sikat & letak pada bahagian kening yang ingin di ratakan & dibuang mengikut bentuk yang di ingini & potong.

2. Untuk mencukur di bahagian intim/ketiak


Gunakan Bilah pemotong yang besar (Rujuk pada gambar) & potong secara berlawan arah dengan lembut 7 jangan tekan pada atas kulit. Jangan risau pisau pemotong tidak akan terkena pada kulit.

3. Untuk Misai & Janggut (bahagian atas mulut & dagu)


Untuk bahagian atas bibir (Misai) gunakan kepala kecil yang panjang macam yang pertama tadi & trim/cukur secara bertentangan dengan bulu tumbuh
Untuk bahagian Dagu (janggut) guna kepala besar seperti yang nombor 2 potong/cukur secara bertentangan jugak

4. Untuk Jambang (Sideburns) 


Guna bilah kecil sama macam yang nombor 1 tadi bersama sikat. Trim bahagian sideburns (jambang) mengikut berapa panjang yang anda nak potong. Untuk kemaskan buang sikat & kemaskan bentuknya.

Jom kita tukar dari menggunakan pisau cukur kepada Veet Sensitive Touch Electric Trimmer. Berminat nak mencuba produk ni boleh rujuk di Veet@Malaysia untuk maklumat lanjut & untuk membuat pembelian.

CEPAT! LOGIN MAYBANK2U ANDA SEKARANG. ADA SESUATU YANG MENARIK

CEPAT! LOGIN MAYBANK2U ANDA SEKARANG. ADA SESUATU YANG MENARIK. yang belum login maybank2u hari ni kena login cepat. Kalau lambat nanti takut terlepas peluang ni. Sebab peluang ni memang menarik sangat semudah login je. Nak tahu apa yang best? Meh baca entri ni sampai habis..


Sapa perasan contest yang di anjurkan maybank2u? Aku baru je perasan benda ni.. Almaklum la blogger nak check gaji dah masuk ke belum. Gaji blogger ni mana ada tarikh tetap kan.. kalau ada kerja ada gaji katanya. Jadi aku pun login la maybank2u nak check cashout 8share dah masuk ke belum..


secara tak sengaja ternampak maybank2u challenge yang best & menarik kat maybank2u. Dah la hadiah best.. syarat pun tak perlu buat task2 yang rumit cuma login sebanyak 5 kali je untuk menang hadiah2 menarik macam voucher diskaun membeli belah kat lazada, gadget2 elektronik macam smartphone samsung.


Syarat dia mudah.. Login sebanyak 5 kali selama contest masih berlangsung.. 1 login di kira untuk sekali login dalam 1 hari. Kiranya kalau hangpa login 10 kali sehari pun dia kira 1 point je. Bermakna kena login 5 hari la untuk dapat 5 point tu. Lepas tu tunggu je apa seterusnya...


Alah.. login je apa susah kan? Kalau tu pun susah pergi tidur je la layan mimpi indah dapat Huawei P9.. atau duduk atas sofa berangan sambil makan kuaci dah ler. hehehehe

Jadi mana2 yang ada account maybank2u tu jangan lepaskan peluang menarik. Mana tau rezeki korang kan..

22 PERKARA YANG PERNAH WUJUD SEBELUM KEMUNCULAN GADGET

22 PERKARA YANG PERNAH WUJUD SEBELUM KEMUNCULAN GADGET. Setiap fasa kehidupan ada zaman dia tersendiri. Dari zaman sebelum perang.. ke zaman penuh ketakutan iatu zaman perang ke zaman selepas merdeka. Dari zaman wayang pacak.. melang ke zaman tv hitam putih kemudian tv warna lepas tu mega tv.. astro bagai. Tak tau berapa ramai yang masih hidup dari zaman perang  sampai zaman astro.


Apapun zaman berubah bersama gaya hidup manusia. Dulu kalau kat kampung tu orang paling kaya je ada TV.. maka rumah dia akan jadi macam panggung wayang la orang datang tengok TV. Macam kat kampung aku zaman dulu dulu. Menurut cerita makcik aku.. tiap malam orang akan datang ke rumah dia tengok TV tapi kena bayar la. Tapi zaman sekarang ni.. Semiskin2 orang pun dah ada TV apatah lagi sekaya kaya manusia. Mungkin kat rumah dia ada mini cinema katanya. Budak2 sekarang majoriti TV tu bukan benda rare la bagi depa. Apatah lagi smartphone, tab bagai. Mereka membesar dengan benda2 tu semua jadi perkara biasa bagi mereka memiliki gadget. Kalau zaman kita tengok pc pun jakun giler... Zaman sekarang budak2 tak layan la pc.. Depa ada gadget yang lebih canggih.

Semalam terbaca satu status kawan aku kat FB yang kawan2 anak dia sampai tengah malam sibuk ber whatsapp. Tu baru 10 tahun macam tu kot.. Dah ada smartphone sendiri. Kita dulu umur sepuluh tahun hanya tahu benda ni jer >> Inilah 22 Perkara Yang Wujud Sebelum Kemunculan Gadget << Yelah zaman sekarang budak2 sibuk dengan macam2 aktiviti. Kalau tak melekat dengan gadget elektronik aktiviti sekolah pun dah banyak. Pagi petang sekolah. Malam mengaji. Hari minggu tuisyen. Tak macam kita dulu.. even tetap kena belajar masih ada masa untuk bermain & tengok kartun kat tv.

Tapi ada di antara 22 perkara ni masih ada la sampai sekarang cuma mungkin bukan lagi menjadi pilihan anak anak zaman gadget. dah masuk kategori old skool katanya.. Pun begitu menjadi nostalgia paling berharga dalam hidup kita yang dah masuk zon dewasa ni.

RAHSIA BERGAYA DENGAN SMARTPHONE CANGGIH TANPA KELUAR BANYAK DUIT

RAHSIA BERGAYA DENGAN SMARTPHONE CANGGIH TANPA KELUAR BANYAK DUIT. smartphone kemain canggih & mahal tapi nak topup sebulan sekali pun kadang2 tak mampu apatah lagi nak topup seminggu sekali. Nak2 data internet.. memang kadang2 di luar kemampuan sebab ramai yang menang memakai tapi alah membeli, kan? Tak payah tipu la hangpa tak ada buat perangai macam tu. Nak beli smartphone tak main la china set katanya. Apa kelas pakai clone2 ni. Bukan standard depa katanya. Pakai Original set yang famous punya brand. iPhone la, Samsung la, Sonny Xperia bagai.. katanYa takat lenovo tak pandang. Untuk orang2 tak ada budget boleh la brand2 macam tu.


Amboi kemain kekwat punya nak jaga standard. Tapi tak guna jugak setakat smartphone mahal nak langgan mobile internet pun tak mampu. Kalau langgan pun sebulan sekali je katanya mampu topup. Lepas topup tak sampai seminggu kuota dah kering kontang. Terkontang kanting la depa yang guna smartphone mahal ni cari wifi free. Minum segelas lepas tu 5 jam kat cafe atau restoran yang ada free wifi. kalau nak jaga standard sikit tak ada budget menyemak la kat mekdi. Starbuck, almaklum kopi dia pun mahal apatah lagi nak order biskut kering dia. hahahaha

Macam aku ni senang.. enpon semua tak ada yang later's version. Beli time harga dah turun je. Almaklum la gadget elektronik ni barang yang susut harga. Keluar je yang baru.. yang lama sikit tu harga dah jatuh. So, selepas setahun dua tahun atau tiga tahun dia keluar baru merasa nak pakai katanya. Jadi la.. Aku tak demand sangat. Aku buat kerja2 mendatangkan duit dari blog ni guna pc jer. Aku tak hadap wifi free orang. Streamyx kat rumah aku pun dah cukup. Tak perlu nak beli internet mobile sebab konsep aku.. Bila kat rumah je aku online bagai nak rak. Keluar rumah banyak benda lagi aku nak buat selain mengadap smartphone je.

Jadi aku tak perlu sangat mobile internet. Aku dah cukup berjimat so aku tak perlukan rahsia jimat untuk maintain bergaya dengan smartphone mahal macam ni >> Untuk Yang Smartphone je Mahal tapi Tak mampu nak Topup Mobile Internet korang ni Rahsia Untuk Korang Kekal Maintain macam orang kaya dengan Smartphone Mahal Korang << Untuk korang yang life korang hanya depan screen je boleh la gunakan tips & rahsia yang di kongsikan. Aku kat luar paling2 keluarkan enpon s4 zoom yang tak ada simcard.  tu pun semata mata ambil gambar je. Untuk call & sms aku masih setia dengan galaxy y yang dah jauh ketinggalan zaman. Budak sekolah pun tak hadap enpon tu. hahahaha

Apapun jangan ikut pepatah biar papa asal bergaya.. Aku memang lebih suka bergaya tanpa papa kedana. Biarlah aku pakai galaxy y at least aku mampu pakai baju seluar yang cantik2 lagi dari pakai smartphone mahal. Rugi Woo... hahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com