Showing posts with label batas. Show all posts

YANG SUKA TUNJUK KEMESRAAN LAKI BINI SECARA UMUM TU ELOK BACA

Sekarang aku perasan satu trend asal ada retis upload gambar mesra laki bini je mesti jadi kontroversi. Ramai yang mengutuk & ramai jugak yang menyokong.Dan yang pasti ramai yang tak tahu samada boleh atau tak menunjuk kemesraan suami isteri secara umum walau hubungan mereka halal untuk mereka bergaul mesra.

Gambar carian google sekadar hiasan

Akibat dari fenomena tu melanda maka aku pun rerajin la google untuk pengetahuan aku sendiri & untuk di share dengan sapa2 jer yang sudi baca blog comot lagi melekit ni. Mesti ramai yang kata.. Alah laki bini beromen pun dapat pahala apatah lagi setakat bercium.. Yer betul tapi tetap ada batasan kemesraan tu. Bukan dalam semua keadaan & tempat kau boleh bergomol & tayang, hokay! Dari pembacaan aku ni.. aku nak share la dengan korang. Meh la baca supaya faham apa yang boleh & tak boleh

sumber rujukan & artikel penuh baca kat SINI

Apapun.. berpada pada dalam nak tunjuk kemesraan kita dengan pasangan kita di khalayak ramai even hanya kata kata sekalipun. Zaman media sosial ni nak cakap rindu kat asben pun up status kat FB walhal secara personal boleh lafazkan. Kalau malu nak cakap boleh sms wassap wechat segala bagai tapi tetap la kan nak cakap biar orang nampak & tahu. Gambar2 mesra pulak.. bukan la kata tak boleh tapi jangan sampai dok baring2 atas katil sambil berselimut pun nak upload tunjuk kat orang. Tau la hangpa dah kawen tengah honeymoon. cium mium bagai tu.. tak payah la nak tunjuk kat orang.

Sumber Google

Moral of the story.. setiap apapun perbuatan kita kalau melebih lebih yang halal pun boleh jadi haram. So, renung renungkan selamat berfikir termasuk untuk diri sendiri juga moga jadi peringatan setiap masa. Manalah kot2 tetiba jadi terlampau romantik mengalahkan romeo & juliet lupa pulak batas2 apa yang boleh & tak boleh, kan.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com