Showing posts with label vietnam. Show all posts

YANG SUKA BERGAMBAR & AMBIL GAMBAR DALAM LRT TU ELOK LA BACA NI

YANG SUKA BERGAMBAR & AMBIL GAMBAR DALAM LRT TU ELOK LA BACA NI. Kalau kat korea sekarang ni tengah popular Train To Buhsan.. Tapi kat Malaysia sentiasa popular Train Too Bosan katanya. Kejab delay.. kejab rosak.. Sesak tu sentiasa la kalau waktu puncak. Tu tak campur lagi dengan viral2 penumpang LRT yang kurang pendidikan moral semasa menggunakan perkhidmatan LRT.

LRT

Aku ni tak berani la nak complaint pasal perkhidmatan LRT kat Malaysia.. Rasanya baru merasa naik LRT sekali dua je sepanjang seabad aku tinggal kat sini. Lagipun nak kemana sangat la aku naik LRT tu.. Aku cuma surirumah kalau nak kemana mana pun selalunya bersama suami & anak. Jadi pengangkutan awam memang aku jarang sangat nak guna. Tapi selalu dok baca rungutan dari pengguna2 pengangkutan awam kat Malaysia ni terutama LRT. Sebab LRT dah jadi satu benda penting buat orang key ell ni katanya. Bukan je rakyat malaysia.. Yang pendatang asing tak kira dengan izin & tanpa izin pun bersepah jugak. Terpaksa la berebut2 dengan depa. Almaklum la.. Malaysia ni negara yang bukan je berbilang kaum malah berbilang warganegara katanya. hehehehe

Di sebabkan perkhidmatan LRT di Malaysia dah masuk kategori 'Bad' jugak mungkin cara ni mereka ingin mengembalikan kegembiraan kepada pengguna perkhidmatan LRT di Malaysia setelah macam macam kekecewaan yang terpaksa dihadapi sepanjang menjadi pengguna setia LRT ni. Sebab depa tahu rakyat Malaysia ni memang suka berselfie & ambil gambar tu banyak gambar yang menjadi viral melibatkan kejadian yang berlaku di dalam LRT jadi pihak Vietjet nak bagi sesuatu. Korang suka ambil gambar kan? Suka candid & viralkan orang kan.. Meh tengok apa yang korang akan dapat >> Ganjaran Untuk Pengguna LRT. Jangan Lepaskan Peluang Ni. Terbuka juga untuk mereka yang bukan pengguna LRT << So, jangan sia sia kan peluang yang ada.

Tetiba aku pun rasa nak naik LRT jugak kan. Manalah tau.. kot2 ada rezeki aku jugak. Tapi tu la kena plan time yang tak sesak la. Yelah.. kita nak naik LRT sekadar suka suka.. Orang lain mungkin guna LRT untuk tujuan lebih penting so bagi laluan pada mereka yang memerlukan dulu la.

SESUATU YANG ANDA TAK TAHU TENTANG NEGARA INDOCHINA

Mungkin ramai yang tak tahu. Indochina ni negara mana? Kat china ke? ok.. ok.. untuk yang tak tahu negara indochina ni adalah negara yang terletak di sekitar benua Asia tenggara yang terdiri daripada negara kemboja, Laos & vietnam.


Ramai dah rakyat Malaysia memilih negara sekitar Indochina sebagai destinasi pelancongan tapi tak ramai yang tahu tentang negara sekitar Indochina ni. Ada sesuatu yang perlu korang tahu  tentang negara Indochina yang tiada di Malaysia. yelah.. Setiap negara ada keunikan, keistimewaan & tak di nafikan ada kelemahannya tersendiri kan?

Bagi yang bercadang nak melancong ke negara sekitar Indochina ni elok ambil tahu sedikit pasal ni supaya ada info untuk kita buat persediaan sebelum sampai kesana. At least tak culture shock sangat kan. Selain kat sana takde wifi korang Nak tahu lebih lanjut pasal negara Indochina baca kat sini >> 13 PERKARA YANG ADA DI NEGARA SEKITAR INDOCHINA YANG TIADA DI MALAYSIA <<

Hope dengan info ni membantu mereka2 yang bercadang untuk menjelajah ke negara sekitar indochina. Perlu di ingat.. Bila kita di tempat orang hormati budaya & cara mereka selagi tidak bertentangan dengan hukum agama. Jangan nak tunjuk 'Taiko' sangat kat negara orang takut pergi sebagai manusia bernyawa balik bertukar status jenazah pulak.


MH370 MASIH MENJADI RAHSIA ALLAH

Sejak aku terbaca berita kehilangan pesawat MAS MH370.. sampai saat ni pun masih risau & sedih kenangkan mereka2 yang menjadi isi pesawat termasuk 2 orang bayi kecil. Kita yang takde sedara mara terlibat pun terasa risau & sedih apatah lagi mereka yang menunggu khabar dengan penuh debaran status terkini saudara mara,anak isteri,suami & keluarga yang terlibat dalam misteri kehilangan Pesawat MAS MH370 tu.


Sehingga saat ini Pesawat MAS MH370 masih menjadi rahsia Allah yang tak terbongkar. Kemana dia pergi? Bagaimana keadaannya? Apa yang berlaku? Ya Allah.. setiap kali menonton berita terkini di TV.. aku sentiasa berharap ada khabar gembira berkenaan misteri kehilangan pesawat tersebut. Malam pun tidur tak lena fikir. Rasanya bukan aku sorang kot.. Ramai lagi yang macam tu kecuali mereka2 yang hati telah di takluki rasa taksub pada sesuatu sampai sanggup menjadikan isu ni sebagai bahan politik atau lawak bodoh.

Allah maha mengetahui segalanya.. Dan dia adalah perancang terbaik untuk manusia. Dan tiada satu pun perkara yang di jadikan itu sia sia. Ada hikmah yang tersembunyi. Semoga bertabahlah semua. Mungkin kejadian misteri kehilangan pesawat MAS MH370 ni adalah dari kesilapan manusia namun bukan masa kita mencari salah siapa tapi masa untuk mencari dimana mereka. Semoga Allah permudahkan misi mencari & menyelamat.. Biarpun harapan setipis kulit bawang namun marilah kita sama2 doakan keselamatan buat semua mereka yang terlibat.

TURUN SALJI DI MESIR BUKAN TANDA KIAMAT

Kiamat itu pasti.. Ya sememangnya dah banyak tanda kecil kiamat kita boleh tengok. Tak tau apa tanda2 kecil & besar kiamat boleh la google yer. Betul.. bumi semakin tua & kita sekarang hidup di era akhir zaman. Tapi baru2 ni kecoh orang dok share pasal turunnya salji kat mesir adalah salah satu tanda kiamat.

Daku pun tak terlepas membaca sebaran pasal tu tapi setakat ni takde pulak berani nak share sebab tak berapa berilmu untuk mengatakan benda tu benar tercatat dalam hadis. Memang terfikir jugak nak cari maklumat pasal tu tapi tu lah bila dah sibuk dengan urusan harian.. terlupa la pulak. Umpama mengantuk di sorong bantal pulak... Tetiba terbaca status dari Dr Maza pasal isu tu. So bila dapat info.. Elok lah kita kongsi bersama.. ye dak??

Sumber FB DrMaza.com

Jadi moral of the story.. Ini peringatan untuk diri sendiri jugak yang kadang2 terbabas share benda2 yang tak pasti. Yelah.. kita manusia kan. Buat silap tu perkara biasa.. yang luar biasa cuma orang yang buat silap tahu dia silap tapi tak mengaku kesilapan dia jer.  Jadi kalau korang tershare tu nak buat macam mana kan.. niat tu sekadar mengingatkan orang lain tentang kiamat yang semakin hampir.. Tapi dengan info ni Insya Allah mampu memberi kita sedikit ilmu.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com