MH370 MASIH MENJADI RAHSIA ALLAH

3/09/2014 12:02:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Sejak aku terbaca berita kehilangan pesawat MAS MH370.. sampai saat ni pun masih risau & sedih kenangkan mereka2 yang menjadi isi pesawat termasuk 2 orang bayi kecil. Kita yang takde sedara mara terlibat pun terasa risau & sedih apatah lagi mereka yang menunggu khabar dengan penuh debaran status terkini saudara mara,anak isteri,suami & keluarga yang terlibat dalam misteri kehilangan Pesawat MAS MH370 tu.


Sehingga saat ini Pesawat MAS MH370 masih menjadi rahsia Allah yang tak terbongkar. Kemana dia pergi? Bagaimana keadaannya? Apa yang berlaku? Ya Allah.. setiap kali menonton berita terkini di TV.. aku sentiasa berharap ada khabar gembira berkenaan misteri kehilangan pesawat tersebut. Malam pun tidur tak lena fikir. Rasanya bukan aku sorang kot.. Ramai lagi yang macam tu kecuali mereka2 yang hati telah di takluki rasa taksub pada sesuatu sampai sanggup menjadikan isu ni sebagai bahan politik atau lawak bodoh.

Allah maha mengetahui segalanya.. Dan dia adalah perancang terbaik untuk manusia. Dan tiada satu pun perkara yang di jadikan itu sia sia. Ada hikmah yang tersembunyi. Semoga bertabahlah semua. Mungkin kejadian misteri kehilangan pesawat MAS MH370 ni adalah dari kesilapan manusia namun bukan masa kita mencari salah siapa tapi masa untuk mencari dimana mereka. Semoga Allah permudahkan misi mencari & menyelamat.. Biarpun harapan setipis kulit bawang namun marilah kita sama2 doakan keselamatan buat semua mereka yang terlibat.

3 comments:

  1. Paling sadis time2 camni la ada jua makhluk Allah yang kaitkan dgn isu politik. Tak kurang juga kaitkan dgn Al Quran... Kaitkan dgn tarikh la...
    Jumlah angka la... Lepas tu post sana sini... Mmg la al Quran itu benar semuanya rahsia Allah... Time2 mcm ni la tunjuk maksum. Bila ditegur x dapat terima plak.... Ada jg manusia mcm ni... Wallahualam...

    ReplyDelete
  2. saya pun baru kena unfriend sengan sorang penjual kek online sebab tegur pasal surah yasin yang tengah hot orang kaitkan dengan misteri kehilangan pesawat mas ni. biarlah.. rasa tak terasa pun. lagi baik dia unfriend dari saya terus terbaca status tak bermanafaat dari dia hari2

    ReplyDelete
  3. salam mami lala..
    semoga allah mendengar doa2 kita.. amin ya rabb

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com