Showing posts with label tip untuk kaya. Show all posts

WOW! SEDEKAH UNTUK HALANG BALA & BENCANA

WOW! SEDEKAH UNTUK HALANG BALA & BENCANA. Sebagai manusia sebenarnya kita semua peminta sedekah.. Sekaya manapun kita tetap kena meminta minta.. Tak minta sesama makhluk,kita minta pada Tuhan.. Sebab manusia ni cuma perantaraan sahaja. Yang memberi tetap Dia Yang Satu. Jadi jangan berlagak sangat la.. dengan harta kekayaan yang kita ada. Tunjuk sedekah sana sini sebab nak dapat nama.. Sebab apa yang kita miliki hari ini adalah hak Allah. Kita ni cuma perantaraan jer.. Samada kita di pemberi atau penerima.

Kalau sebut sedekah semua akan terfikir 'Duit' je kan? Padahal sedekah tu luas.. Senyuman pun satu sedekah yang dapat pahala walau tak perlu bayar. Sampai tanam pokok untuk di beri makan makhluk lain seperti burung pun di anggap sedekah. Macam macam cara hangpa nak buat sedekah.. Kalau tak tau nak sedekah apa atau sedekah kat sapa.. Meh la tolong sedekahkan kat kami doa semoga Allah permudahkan urusan kes saman sivil yang di kenakan pada saya.

Sedekah ni bukan saja pembuka pintu rezeki.. Malah sedekah juga akan buat kita lebih tenang. Sedekah juga mampu menghalang kita dari di timpa bala bencana. Erkk... apa lak tipu. Betul la kami ada baca kat sini >> MEMBONGKAR RAHSIA KEAJAIBAN BERSEDEKAH! << Elok hangpa baca ok.. sebab bukan semua sedekah di terima Allah. Ada sedekah yang Allah tak terima mungkin perbuatan tu jadi sia sia & tidak memberi apa2 ganjaran pun. Dalam Ebook tu ada menulis sedekah macam mana tak di terima Allah. Manatau dalam hidup kita seharian kita ada buat sedekah2 yang tak di terima Allah kan.


Walaupun sedekah ni bukan paksaan.. Tetap kita kena belajar sedekah macam mana yang membawa manafaat & di terima Allah. Sebab kita hidup untuk mencari bekalan di bawa ke sana nanti. Cewah.. mensetazahkan diri pulak. Padahal diri sendiri pun bengkang bengkok lagi hehehehe. Yalah.. yalah.. peringatan ni untuk diri sendiri juga. Bukan nak point kat sesapapun.

Paling penting tak perlu tunggu jadi kaya raya baru nak bersedekah tapi untuk jadi kaya kita perlu bersedekah. Sedekah waktu susah tu paling afdal sebenarnya.. Tak caya cuba buat. Saya adalah testimoni yang berjaya katanya.. Bila hati tak tenang, otak serabut macam kilang perabot, Kewangan tak cukup, buntu, risau, stress, bagai nak gila.. bla.. bla.. bla.. Saya cuba cari sesuatu yang boleh buat saya tenang. Sebab bagi saya dengan ketenangan je saya boleh cari jalan penyelesaian pada masalah saya. Salah satu saya cuba buat adalah dengan bersedekah.. Sedekah dengan amout yang kecil, sedekah dengan kudrat, sedekah skill... semua tu tetap sedekah. Buat la apa yang anda mampu. Insya Allah.. Allah membuka jalan seluas luasnya.

Moral of story.. Jangan jadi macam haji Bakhil, nak sedekah kat cikgu murni jer.. Sedekah la kepada sesiapa yang memerlukan. Mungkin dengan sedekah itu dapat memberi sinar kehidupan baru pada orang lain & menjadi asbab Allah mengurniakan rezeki melimpah ruah bagaikan air laut yang tidak pernah kering & kontang kepada kita.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com