Showing posts with label resepi senang. Show all posts

RESEPI SAMBAL UDANG SANTAI SANTAI

RESEPI SAMBAL UDANG SANTAI SANTAI. Tu dia macam mana nak masak sambal udang sambil santai santai? Hang kalau buat tajuk entri boleh dak tak gimik sangat? Sambal udang ja kot..

Hamboi!!! Kalau resepi kat blog lekatlekit ni opkos la santai santai je. Resepi cheq ni resepi yang simple. Target dia golongan yang baru belajar masak. Yang dah expert tu dia tak payah nak refer blog kalau nak masak. Normally yang amatur ni masih perlu refer entri entri macam ni. Bagi yang baru belajar pegang senduk tu hang bagi resepi yang rumit.. Confirm semangat nak masak dia boleh jadi down bila dia rasa susah. So, kena mulakan dengan resepi yang simple simple dulu.

Atas dasar alasan tu.. Maka hari ni saya nak share resepi paling senang nak masak sambal udang. Even resepi dia simple rasa dia totally not bad. Boleh terangkat hujung beranda kata arwah pak maiden dalam filem mami jarum. Tu dia lagu mana sedap sampai terangkat hujung beranda tak tau la kan..

Sambal Udang

Tanpa membebel bebal panjang lebar moh ler kita ke segmen dapur sekangkang kera lekat lekit.. Dah siap pakai apron semua? Jom kita mulakan..

Bahan bahan

1. 5 ekor udang size besar
2. 2 biji bawang besar
3. 2 ulas bawang putih
4. sedikit cili kering (di rebus atau rendam dalam air panas terlebih dahulu)
5. Sedikit belacan (resepi utara style guna belacan. Actually tak ada pun ok je)
6. Air asam jawa
7. Sedikit gula
8. Minyak masak
9. Air
10. Garam

Cara memasak

1. Kisar/Blend Sebiji bawang besar, 2 ulas bawang putih, belacan & cili kering

2. Panaskan minyak masak dalam kuali & tumiskan bahan kisar/blend tadi. Masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan air asam jawa, sedikit gula (Tapi saya masuk salah satu. Kalau masukkan gula dah tak masuk air asam jawa. Tujuan nak minimize kepedasan je selain untuk tambah perasa)

4. Masukkan udang & masak sekejab

5. Masukkan bawang besar yang di hiris bulat.


7. Masukkan garam & gaul sebati dengan bahan bahan tadi.

6. Tutup api & hidangkan.

Dah siap satu hidangan yang sedap & memang jadi kegemaran rokyat Malaysia katanya. Boleh la di makan bersama ulam ulaman & nasi panas. Matching dengan telur dadar atau ikan masin pun dah sedap ok!

Yang bertaburan atas nasi tu sambal goreng ikan bilis yer. Hangpa kalau nak rasa boleh refer entri ni : SAMBAL GORENG PADU

Sedang elok la kalau nak masak sambal udang simple ni untuk bersahur nanti. Dah tak berapa hari kita nak berpuasa kan? So sila screenshot resepi ni ok! hehehehehe

RESEPI KUIH SAGU PALING SENANG DI ATAS MUKA BUMI

RESEPI KUIH SAGU PALING SENANG DI ATAS MUKA BUMI. Lama tak bersiaran entri dari dapur sekangkang kera lekatlekit kan? Dah lama dapur tak berasap ke macam mana pun tak tau la. Berasap la juga.. Cuma sekarang ni mengaku la jarang masak atas faktor tak berapa sihat nak hadap bau bauan menumis bagai. Jadi kita berehat sebentar bersama kitkat la dari memasak. Setakat memasak benda2 simple tu ada la juga. Bukan apa takut gas expired pulak kalau lambat habis. Kekekekeke


Di sebabkan ada resepi baru yang tak pernah share lagi kat blog lekatlekit ni.. Wajibnya kiranya kita menconteng arang di blog ni hari ni yer.. Sedang elok sangat blog pun dah macam tak daily update macam dulu kan? Maafkan kami penunggu gua.. Terlampau banyak masalah yang datang sejak setahun ni. Insya Allah.. Doakan blog lekatlekit kembali meriah karipapusing lepas ni macam dulu yer....

Rasanya mukadimah tu pun dah cukup panjang. Dah rasa lepas nak buat 1 episod drama pendek kan. Jadi moh ler kita membawa diri belajar membuat kuih sagu yang paling senang kat muka bumi ni. Kalau kuih muih yang susah susah den pun tak reti.. Setakat kuih sagu ni boleh la..

Bahan bahan yang di gunakan

1. Of course kena ada sagu
2. Air (tak payah la air zam zam air paip pun boleh)
3. Gula
4. Kelapa parut
5. Sedikit garam
6. Pewarna merah (saya guna sirap rose je. Jangan guna water color sudah)

Cara memasak.

1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan bersama sirap rose & gula
2. Air dah mendidih masukkan sagu
3. Bila dah pekat macam gambar di bawah ni. Tutup api


3. Sediakan periuk kukus & loyang
4. Masukkan sagu yang dah di rebus sekejab dengan sirap & gula tadi
5. Kukus sehingga sagu masak (Sehingga hilang warna putih bertukar jernih macam dalam gambar di bawah)

Sebenarnya kan.. saya bukan ada periuk kukus pun. Pepandai la nak hidup. Kena kreatif. Loyang pun tak ada. Guna je apa2 bekas tahan panas. kekekeke

6. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. Jangan masin sangat nanti kena high blood pulak
7. Kuih sagu yang dah siap kukus tadi potong la jadi kecik kecik sikit & gaul dengan kelapa parut
8. Siap la nak menjamah & melantak. Jangan memalu yer

Kuih Sagu versi lekatlekit. Comel tak?

Selain cekodok.. Ni antara kuih muih paling senang nak buat. Bahan bahan yang di gunakan pun tak banyak & step nak memasak pun tak susah sangat. So, mana2 baru belajar buah kuih muih boleh la try kekekekeke

Semoga resepi mudah ni memberi manafaat kepada mereka yang memerlukan.

P/S : Maaf saya tak tahu sukatan yang spesifik sebab saya main agak2 je tak sukat pun hahahaha. Tapi petua dia kalau tak nak kuih sagu jadi lembek masa rebus dengan sirap & gula jangan letak air banyak. Agak2 sagu boleh sebati dengan gula & sirap. Lepas tu kukus lama sikit sampai masak. saya kukus lebih kurang 1 jam lebih. Hasilnya kuih sagu lembut & kenyal. Tak lembek

RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG VERSI LEKATLEKIT

RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG VERSI LEKATLEKIT. Tu dia berasap dah dapur sekangkang kera lekatlekit ni. Bila tetiba laki kau balik bawa barang2 basah suruh masak gulai tempoyak ikan kembung. Satu tipuware tempoyak dia bawa balik.. Den syak mak mertua den bagi. Maybe ada sedara mara dia dari kampung Gajah sana hantar kot.. Al maklum la mentua den ni laki bini berasal dari perak.. Cuma anak2 depa je yang nan dua ketoi tu anak KL. In law den pun dah bermastautin kat key ell dah lama... MIL tu sejak dari umur 13 tahun.. cuma FIL tu tak tau sejak bila hahahahaha..

Walaupun masing2 dah bermastautin di kl ni.. Tapi selera perak depa tu still tak hilang. Selama kahwin 8 tahun memang suami tak pernah minta saya masak gulai tempoyak.. dia pun jarang saya nampak makan gulai tempoyak ni. Selalu dia tapau tempoyak ikan patin kat den jer.. dia tak makan pun. Tetiba semalam.. Minta maskan. Allahu.. terhegeh hegeh daku google. Mudah je nak masak cuma sukatan bahan bahan terutama tempoyak tu agak menyeramkan. Kang terlebih tempoyak ke macam mana gamaknya rasa. tapi dah mention awal2 kalau tak berapa sedap tu.. Halalkan je la yer. First time ni nak masak gulai tempoyak.. Den kan orang kedah kami makan asam pedas atau orang selatan cakap asam pedas kami sebagai asam rebus. Sebab cair tak pekat macam asam pedas melaka.

Bahan bahan yang di gunakan untuk masak Gulai tempoyak ikan kembung ni adalah.

1. Ikan kembung
2. Bawang besar
3. Cili merah
4. Daun kesom
5. Serai
6. Asam keping
7. Kunyit hidup
8. air
9. garam
10. tempoyak
11. Timun

Bahan kisar/Tumbuk

1. Bawang besar
2. Cili Merah
3. Kunyit hidup

Kisar jangan halus yer. Atau senang tumbuk je kasar kasar tu. Ada orang tumbuk sekali dengan tempoyak tu. Katanya lebih sedap gaul sebati macam tu. Try la buat kalau hangpa nak buat ehehehe

Cara masak

1. bahan kisar/tumbuk tadi masukkan dalam periuk/kuali tambah air

2. Masukkan tempoyak, serai yang dah di ketuk, daun kesom & asam keping

3. Rebus sampai mendidih. Lama sikit rebus pun takde masalah.

4. Sementara tunggu bahan2 tu merebus.. cuci & potong la timun tu. Ikan pun jangan lupa siang & cuci yer

5. Agak bahan2 yang di rebus tadi nampak sebati sehati sejiwa dah dalam kuali tu campak la timun & ikan.

6. tambah garam secukup rasa bukan sampai high blood yer.

7. Agak ikan dah masak tutup api & hidangkan

❝ Kalau nak pedas boleh tambah cili api. Kisar atau tumbuk bersama bahan kisar/tumbuk yang lain.❞

Dah siap anak anak Ooi.. Gulai tempoyak acik yang tak berapa original perak atau pahang. Ni gulai tempoyak versi orang kedah katanya hahahahaha. Tengok suami makan ok jer.. licin kuah di hirupnya sedap la kot di tekak dia kan. Masak pun atas permintaan suami.. Apa lagi nak demand kalau dah sampai licin kuah di hirupnya. kekekeke

Gulai Tempoyak ikan kembung

Hangpa yang nak kawen tu.. Ni salah satu persediaan hangpa kena buat. Tetiba laki minta masakkan benda yang seumur hidup hangpa tak pernah buat. Jangan sia sia kan kuota internet sila google sepantas kilat. Terima kasih blog2 yang den copek resepi tu.. Lupa nak save link kalau tidak boleh la bagi credit sikit. Halalkan yer resepinya hehehehe

RESEPI GULAI IKAN TONGKOL LEKAT LEKIT

RESEPI GULAI IKAN TONGKOL LEKAT LEKIT. Bulan puasa ni selain bulan bershopping di bazar ramadhan ia juga menjadi bulan orang ambil kursus memasak di dapur masing masing. Nak nak lagi yang nak kawen atau baru kawen. Time ni la baru nak menuntut ilmu masakan.. Sebelum ni buka tudung saji dah siap semua terhidang.

Takpe.. Tak ada istilah terlewat untuk menuntut ilmu walau ilmu masakan. Sebagai level level kakak yang dalam lama berkecimpung dengan dunia dapur ni walaupun bukan pakar tapi kejayaan tertinggi pernah di capai adalah memboroikan perut suami sendiri hahahaha. Tu kira satu pencapaian juga kan? erkk.. tak yer.. Ok ok.. tak payah merepek moh ler kita ke dapur sekangkang kera lekatlekit untuk memasak Gulai ikan tongkol bersama kacang panjang.

Bahan bahannya

1. Ikan tongkol size sederhana Seekor (Korang ikut la berapa ekor nak guna ikut kapasiti perut yang ada)

2. Bawang besar

3. Bawang putih

4. Halia

5. Lengkuas

6. Kunyit hidup

7. Rempah kari

8. Santan

9. Kacang panjang

10. Asam keping

11. Minyak masak

12. Garam

Bahan kisar

Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup & kalau korang takde masalah untuk makan pedas boleh masukkan cili kering sekali. Kisar halus

Cara masak

Step Pertama
rebus ikan tongkol yang dah siap cuci & potong dengan garam & asam keping
Kacang panjang tu potong la pendek pendek dulu.

Step ke 2
1. Panaskan minyak & tumis bahan kisar

2. Agak bahan kisar dah naik bau.. masukkan rempah kari & masak sehingga pecah minyak. Kalau kering sangat tambah air sikit.

3. Selepas bahan tumis tadi dah naik minyak.. Masukkan santan. Kalau pekat boleh tambah air sikit & masukkan asam keping

4. agak masak sikit kuah tadi baru masukkan ikan. Masak sekejab lepas tu campak je kacang panjang

5.masukkan garam tapi level yang tak darah tinggi ok. Kalau rasa semua bahan dalam kuali tu cukup masak tutup la api. Gas pun mahal ok!

6. Hidangkan tunggu azan baru makan yer. Azan maghrib bukan asar ok!

Gulai Ikan Tongkol lekatlekit

Dah siap satu jenis lauk. Bukan susah sangat pun. hangpa je malas masak. Kalau rajin semua boleh jadi. Sebiji bawang pun boleh jadi 2 menu tau kalau rajin.

Moral Of the story.. memasak amalan mulia. Kenyang perut suka hati.

Hidangan tidak sempurna kalau tak di lengkapi dengan Pekasam Daging / Pekasam Ayam / Pekasam Berempah
Berminat Whatsapp : www.wasap.my/60172429610/

RESEPI GULAI KUNING IKAN TONGKOL BERSAMA BUNCIS PALING SENANG

RESEPI GULAI KUNING IKAN TONGKOL BERSAMA BUNCIS PALING SENANG. Dah masuk hari ke tujuh umat Islam berpuasa bagi tahun 2018 ni... Amacam? Ok ke? Berapa beg plastik hitam dah berjaya terkumpul.. kekekeke.. Alolo.. gurau je pun. Tahu pembaca blog lekatlekit ni semua rajin berpuasa. tak join geng beg plastik hitam kan..


Masuk bulan puasa jer.. Maka entri resepi mula la mendapat perhatian. masing2 nak test skill memasak bulan puasa ni. Yelah.. Setahun sekali berpuasa kan. Nak jugak sediakan masakan Istimewa tak kira la untuk diri sendiri & family sebagai rewards untuk seharian berpuasa. tak salah lah.. Bagi semangat kat anak anak terutama yang baru belajar puasa tu. So bila ada juadah sedap sedap masa berbuka dorang excited sikit kan nak berpuasa

Semalam den ada menayang dengan bangganya.. (tu dia riak) menu den masak Gulai Kuning Ikan Tongkol bersama buncis. Ada yang tanya resepi.. Den ni bukan boleh orang buat permintaan mula nak jadi peri peri nabila katanya.. Mesti nak tunaikan. Baik kan Suria Lekatlekit ni.. Perempuan lindungan kaabah katanya...

Korang pun sure tak mau kan baca mukadimah panjang panjang moh le kita ke dapur sekangkang kera lekatlekit untuk mencedok resepi paling senang di alam maya & nyata ni

Bahan Bahan Untuk Memasak Gulai Kuning Ikan Tongkol Bersama Buncis adalah

1. 1 ekor Ikan Tongkol size sederhana (Kalau engkorang family satu team bola maka kuantiti ikan tu ikut keperluan mulut mulut nak makan lah yer)

2. Kacang Buncis (normally orang guna kacang panjang tapi sebab den suka buncis dia rangup den tukar ler)

3. Bawang besar

4. lengkuas

5. Cili Kering (Guna 2 tangkai jer)

6. Kunyit hidup

7. serai

8. Santan

9. Asam keping

10. garam

11. Minyak masak

 Cara memasak 

1. Macam biasa siang ikan.. Potong la. Macam saya guna seekor ikan tongkol size sederhana saya potong 4 bahagian. Cuci & rebus dulu dengan garam & asam keping.

2. Cuci & potong la kacang buncis tu.. Kau ingat kambing ke makan sayur tak potong dulu. kekekeke

3. Kisar bawang besar, cili kering, Kunyit hidup & lengkuas sehingga halus. Kalau takde blender nak kisar kau tumbuk je la pakai lesung batu sampai lumat'zah katanya.

4. Panaskan minyak masak bukan minyak petrol yer.. Kalau minyak petrol dengan engkorang sekali masak kat situ.. kemudian tumiskan bahan kisar sehingga naik bau yang harum bagaikan pontianak harum sundal malam.

5. ketuk serai bukan ketuk kepala anak atau suami nanti jadi kes penderaan pulak & campak je dalam kuali tadi. Biarkan dia masak sekejab.

6. Masukkan santan.. Kalau pekat sangat boleh tambah air. Agak kuah tu dah masak baru engkorang campak pulak ikan tongkol yang dah di rebus tadi bersama kacang buncis.

7. Masukkan garam secukup rasa. Agak2 tak kena high blood kuantiti garam tu kira dah cukup la tu.

8. Sebab ikan tongkol dah rebus so tak payah masak lama lama sangat. Agak nampak sebati & kuah dia tak cair sangat.. tutup le api tu jangan membazir gas.

9. Tunggu azan maghrib.. Maka makan la nak bersama sama keluarga.


Senang kan nak masak gulai kuning ikan tongkol versi lekatlekit ni? Alah.. Tu pun tak boleh buat ke? Sambil membawang kat pesbuk pun boleh tau memasak. Simple sangat resepinya tapi rasa Na'uzubillah kalau orang on diet confirm dia takut nak makan. Takut diet dia hilang dari radar. Sedap dia tak boleh tahan nafsu serakah ok! #DoneAngkatBakul

Bagi yang masih tak ada idea nak masak untuk berbuka puasa nanti boleh la mencuba resepi gulai kuning ikan tongkol ni.

RESEPI NASI BERIANI DARURAT YANG TERAMAT SENANG NAK MASAK

RESEPI NASI BERIANI DARURAT YANG TERAMAT SENANG NAK MASAK. Lama kan takde share apa apa resepi kat blog lekatlekit.com ni kan. Tak share resepi tak bermakna tak masak. Kadang2 masak lauk biasa yang dah ada share resepi kat blog takkan nak tulis resepi yang sama kot kan.. Tapi resepi nasi beriani darurat ni memang tak ada lagi kat blog lekatlekit sebab jarang2 nak masak nasi beriani ni..


Macam biasa resepi kat blog lekatlekit ni bukan macam blog cik mat gebu dapur tanpa sempadan tu.. Resepi2 yang den share normally resepi simple2.. sesuai untuk golongan baru nak belajar kenal apa itu senduk, sudip, periuk & belanga katanya.. Satgi dok bagi resepi susah sangat ada yang hentak kepala kat tong gas pulak..

Yang termasak nasi beriani ni bukan apa.. bahan2 nak masa kat rumah den time tu dah tak ada apa sangat. Ada ayam.. Rempah beriani.. sedikit lebih serbuk santan. Sos tomato pun guna yang sos lebih makan kfc dalam paket kecik2 tu je. Bayangkan la betapa banyaknya bahan nak masak yang tak ada kat rumah ni.Di tambah pulak kemalasan nak buat banyak kerja. Otak tengah serabut fikir kes saman menyaman katanya.. Kadang2 mood memang ke gaung sikit la. Nak2 time emosi tengah tak berapa nak stabil.. Jadi time darurat masak je la apa ada. Jadi la nasi beriani darurat yang tak sempurna bahan bahannya.. hahahaha

Dah cukup... meh la kita tengok apa bahan di perlukan untuk masa nasi beriani darurat ni.. Memang tak bayak bahan bahan di gunakan.

1. Beras Basmati (Tapi den guna satu pot je sebab dah habis. Selebihnya campur beras biasa)
2. Serbuk santan (Sepatutnya susu cair tapi tak ada)
3. Serbuk rempah beriani
4. Bawang besar
5. Bawang putih
6. Halia
7. Minyak masak
8. Sos tomato
9. Air
10. Garam
11. Kunyit

 Cara memasak 
Langkah pertama

1. Cuci beras & tos kan. Biar dulu kat tepi
2. Gaul ayam dengan garam kunyit & goreng separuh masak
3. Kisar bawang besar, bawang putih & halia
4. Bahan kisar tadi campurkan dengan serbuk rempah beriani & kacau hingga sebati.
5. Potong bawang besar
6. Panaskan minyak & tumis bawang sampai naik bau
7. Masukkan serbuk rempah yang di bancuh dengan bahan kisar tadi masak sekejab lebih kurang 10 minit
8. Masukkan air & sos tomato & masak sekejab
9. Masukkan ayam & masak sehingga kuah pekat
10. Masukkan garam secukup rasa

Langkah kedua

1. Masukkan beras dalam rice cooker
2. Masukkan ayam yang dah di masak tadi
3. Masukkan santan serbuk yang dah di bancuh dengan air atau susu cair kalau ikut resepi asal
4. Tambah air secukupnya
5. Tambah garam kalau kurang masin
6. Tekan la suis rice cooker tu.. kang tak masak pulak nasi
7. Tunggu je sampai kering & buka & kacau la sikit bagi sekata
8. Tunggu je masak & hidangkan

Dah siap.. Bukan susah bebeno pun sebenarnya

Yang acar tu den tak buat yer... Kebetulan laki den balik beli nasi kukus.. Ada la acar timun tu. Alih2 nasi kukus tu di biar sepi tanpa belaian jer.. Kesian kan?

Apamacam senang tak? Nampak macam banyak step tapi sebenarnya simple jer.. Cuma dia ada 2 langkah nak masak. Mula2 kena masak ayam dulu.. lepas tu masak nasi.

Yang mana rajin layan KRT tu.. belajar la memasak yer. Kang lepas kawen penuh masalah hangpa dok share kat KRT.. puncanya tak reti masak je hahahaa

RESEPI MASAK LEMAK CILI API TELUR AYAM MELEKAT LEKIT

RESEPI MASAK LEMAK CILI API TELUR AYAM MELEKAT LEKIT. Lama pulak tak buat segmen Dapur sekangkang kera lekatlekit ni kan.. Mesti ada yang tuduh dah lama tak memasak tu. Memang la kadang2 tak masak juga sebab dah di tapau sang suami. Kadang2 tengahari ambil budak lala dari sekolah nak hantar balik tu dia tapau siap2 nasi bungkus.. Jadi hari tu tak masak la hahaha. Tapi bukan hari hari pun. Seminggu sekali dua jer.. Dapur sekangkang kera lekatlekit memang la tak berasap sebab guna dapur gas tapi masih berapi. Buktinya baru 2 hari lepas tukar tong gas baru ok.

Bila dah berapi tu ada la menunya.. Normally selalu masak menu malas pergi kedai je siang siang hari ni. Antara menu malas pergi kedai den.. Masak lemak cili api telur ayam. Ni kes ada lebihan santan la... Guna santan kotak tu tahan lama sikit. Tapi tak boleh lama2 sangat simpan nanti dia rosak jugak. Tak pepasal kerana santan sekotak rosak masak lemak sebelanga. Maka meh kita melemakkan badan dengan masak lemak..

Tak payah tarik nafas dalam dalam sangat la kan.. Nak follow resepi lekatlekit ni. Semestinya sambil joget lambak pun boleh masak ok. Sesangat la senang sampai menangis mertua hangpa kalau tengok resepi lekatlekit ni.. sebab terlampau senang dia tak boleh buli menantu dia lagi hahahaha

Sebelum mukadimah dia jadi novel moh ler kita ke dapur yer tengok apa bahan yang lekatlekit guna nak masak.. Yang penting kau jangan kangkang kangkang atas bahan bahan masakan tu ok! Tak elok tau.. syirik,khurafat & mati masuk neraka nanti.

 Bahan bahannya 

1. telur ayam (ikut suka berapa biji kau nak masak. Den guna 3 biji jer)
2. Santan (Of course wajib kalau tidak tak namanya masak lemak)
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. Halia
6. Lengkuas
7. Cili padi
8. Serai
9. Kunyit (tak kisah la kunyit hidup ke kunyit serbuk. asal kuning je tapi jangan guna water color pulak)
10. Garam sebagai serbuk perasa
11. Daun limau purut (Tak wajib tapi kalau ada lagi sedap & harum)
12. Minyak masak

  Cara memasak 

1. Blend Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili padi & kalau guna kunyit hidup masukkan sekali kalau guna kunyit serbuk tak perlu.

* Kalau rasa tak nak blend serai boleh ketuk je & masukkan dalam masakan nanti. Tapi saya suka blend semua untuk menghasilkan kuah yang pekat.

2. Panaskan minyak.. Of course dalam kuali bukan dalam pinggan yer. Lepas tu tuang jer bahan blend tadi dalam minyak panas tu biar dia kesakitan dalam tu. hehehehehe..nak memasak kena kejam.

3. Bila bahan blend tadi dah mendidih.. masukkan santan, daun limau purut, garam secukup rasa tapi jangan sampai kena darah tinggi.

4. Pecahkan telur sebiji demi sebijik & biar masak. Lepas tu tutup api.

* Kalau ada daun kunyit pun boleh masukkan.

Kalau ikut orang nogori dia memang tak guna bawang jauh sekali lengkuas & halia dalam masak lomak depa. Ni lekatlekit punya style. From utara with love katanya. hahaha..


Untuk tekak sendiri memang lulus dengan cemerlang la rasanya. Kalau hangpa nak tau kat tekak hangpa lulus ke tidak kena la cuba. hehehehe

Moral of the story.. Sedap di mulut jangan seksa di perut. Makan pedas berpada pada jangan cirit di kemudian hari. hehehee

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com