RESEPI KUIH SAGU PALING SENANG DI ATAS MUKA BUMI
Di sebabkan ada resepi baru yang tak pernah share lagi kat blog lekatlekit ni.. Wajibnya kiranya kita menconteng arang di blog ni hari ni yer.. Sedang elok sangat blog pun dah macam tak daily update macam dulu kan? Maafkan kami penunggu gua.. Terlampau banyak masalah yang datang sejak setahun ni. Insya Allah.. Doakan blog lekatlekit kembali meriah karipapusing lepas ni macam dulu yer....
Rasanya mukadimah tu pun dah cukup panjang. Dah rasa lepas nak buat 1 episod drama pendek kan. Jadi moh ler kita membawa diri belajar membuat kuih sagu yang paling senang kat muka bumi ni. Kalau kuih muih yang susah susah den pun tak reti.. Setakat kuih sagu ni boleh la..
Bahan bahan yang di gunakan
1. Of course kena ada sagu
2. Air (tak payah la air zam zam air paip pun boleh)
3. Gula
4. Kelapa parut
5. Sedikit garam
6. Pewarna merah (saya guna sirap rose je. Jangan guna water color sudah)
Cara memasak.
1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan bersama sirap rose & gula
2. Air dah mendidih masukkan sagu
3. Bila dah pekat macam gambar di bawah ni. Tutup api
3. Sediakan periuk kukus & loyang
4. Masukkan sagu yang dah di rebus sekejab dengan sirap & gula tadi
5. Kukus sehingga sagu masak (Sehingga hilang warna putih bertukar jernih macam dalam gambar di bawah)
Sebenarnya kan.. saya bukan ada periuk kukus pun. Pepandai la nak hidup. Kena kreatif. Loyang pun tak ada. Guna je apa2 bekas tahan panas. kekekeke |
6. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. Jangan masin sangat nanti kena high blood pulak
7. Kuih sagu yang dah siap kukus tadi potong la jadi kecik kecik sikit & gaul dengan kelapa parut
8. Siap la nak menjamah & melantak. Jangan memalu yer
Kuih Sagu versi lekatlekit. Comel tak? |
Selain cekodok.. Ni antara kuih muih paling senang nak buat. Bahan bahan yang di gunakan pun tak banyak & step nak memasak pun tak susah sangat. So, mana2 baru belajar buah kuih muih boleh la try kekekekeke
Semoga resepi mudah ni memberi manafaat kepada mereka yang memerlukan.
P/S : Maaf saya tak tahu sukatan yang spesifik sebab saya main agak2 je tak sukat pun hahahaha. Tapi petua dia kalau tak nak kuih sagu jadi lembek masa rebus dengan sirap & gula jangan letak air banyak. Agak2 sagu boleh sebati dengan gula & sirap. Lepas tu kukus lama sikit sampai masak. saya kukus lebih kurang 1 jam lebih. Hasilnya kuih sagu lembut & kenyal. Tak lembek
bleh try tips merebus & mengukus sagu tu.. ni pembawakan Budak ka..nak makan kuih sagu, ada org panggil bronok
ReplyDeletegeramnya tengok kuih sagu ni dah macam chewing gum je.hehe
ReplyDeleteNice recipes. Thanks for sharing.
ReplyDeleteMifegest kit buy online