Showing posts with label kuih muih. Show all posts

RESEPI MUDAH TEPUNG PELITA GUNA SUKATAN CAWAN

RESEPI MUDAH TEPUNG PELITA GUNA SUKATAN CAWAN. lama tak berkosngsi resepi di blog lekat lekit ni kan? Bukan tak memasak apa apa cuma masa nak meng update blog selalu tak berapa nak nak. Di sebabkan blog ni pun dah macam terawang antara alam manusia & bunian. Umpama ada dalam tiada jer sekarang. Dah tak seaktif dulu maka meh la kita aktifkan balik dengan berkongsi resepi mudah yang confirm menjelang bulan puasa je ramai akan cari.

Den ni tak pandai la sangat nak buat kuih muih. Setakat kuih muih simple simple macam ni boleh la kan.. Simple pun kalau tak tau cara nak membuatnya tak jadi juga. Ah.. jom la kita ke segmen dapur sekangkang kera lekatlekit katanya.

Untuk kuih tepung pelita ni kita sedia maklum ada dua bahagia & dua warna di mana kedua dua ni ada rasa dia tersendiri. So nak buat dia kena buat satu persatu dulu. So kena mulakan dengan buat yang bahagian hijau dulu sebab bahagian hijau kena letak di bahagian bawah.. 

Sukatan bahan kuih tepung pelita ni seperti sebekas container dalam gambar yer. kalau nak buat banyak pepandai hangpa lebihkan bahan bahan tu sendiri. Sukatan juga menggunakan cawan metrik. (rujuk gambar di bawah resepi nanti)



Bahan bahan untuk bahagian hijau

❧ 1/3 cawan tepung beras (Di ayak)

❧ 1 helai daun pandai di blend bersama 1/2 cawan metrik air. Tapis & ambil airnya sahaja

❧ 1/3 cawan gula

❧ 1/2 cawan air

❧ sedikit pewarna hijau

Cara memasak

₁ Campurkan semua bahan tersebut dalam kuali & gaul sebati.

₂ Masakan di atas api perlahan sambil kacau sehingga sedikit pekat (rujuk gambar)

₃ Tutup api & tuangkan dalam bekas. Tabur sedikit gula semasa masih panas. Biarkan dulu. Sediakan pulak bahagian putih

Bahan bahan untuk bahagian putih

❧ 1/3 cawan santan pekat kara

❧ 1 1/2 sudu besar tepung beras (di ayak)

❧ Secubit garam (hujung sudu kecil)

❧ 1 cawan air

Cara memasak

₁ Campurkan semua bahan dalam kuali & gaul sehingga semua sebati.

₂ Masakan atas api perlahan sambil kacau sehingga sedikit pekat. Sampai meletus tu ok. Sama macam masak bahagian hijau.

₃ Tutup api & tuangkan di atas bahagian hijau tadi dalam bekas. Boleh sejukan dalam peti sejuk kalau suka.

tepung pelita air tangan chef jadian lekatlekit katanya

Dah siap tepung pelita homemade. tak lama pun nak buatnya tapi Insya Allah sedap. Kalau rajin nak buat bakul dia dengan saun pandan atau daun pisang macam orang jual tu pun boleh. Rasa & aroma dia lagi sedap. tapi sebab kat bandar ni daun pun kena beli tak macam kampung ada je sekitar rumah boleh ambil.. Pilihan mudah guna container macam tu je la.

Semoga perkongsian kecil ni memberi manafaat kepada pembaca & pelayar blog lekatlekit.com

RESEPI AGAR AGAR SANTAN GULA MELAKA 2 LAPISAN

RESEPI AGAR AGAR SANTAN GULA MELAKA 2 LAPISAN. Tu dia... Kalau letak tajuk tak bagi orang pening tak boleh ka? Lagu mana pulak agar agar santan gula melaka 2 lapisan ni? Lapisan ozon ke hapa? Sabar ok.. Sabar itu separuh dari iman..


Alah hangpa ni... Kalau letak tajuk resepi agar agar santan gula melaka je bersepah dah la kat google tu. Buat gimik sikit pun marah katanya. Sememangnya rupa bentuk agar agar santan ni memang nampak 2 layer (2 lapisan) kan? Tapi di sebabkan ada juga yang gagal buat agar agar santan ni jadi 2 lapisan apa salahnya I tulis tajuk macam tu. Sebab kalau salah teknik masak agar agar santan ni memang dia tak jadi 2 layer. Santan dia tak naik ke atas. Jadi takpe.. satgi cheq bagi tips macam mana nak pastikan agar agar santan hangpa jadi 2 layer seperti yang sepatutnya berlaku.

Dah bersedia semua nak masuk dapur memasing? Pastikan gas ada yer.. jabgi tak jadi pulak agar agar santan hangpa. Jom la kita ke segmen dapur sekangkang kera lekatlekit.

Bahan bahan

1 Paket agar agar kering (yang macam tali panjang tu)
1 Kotak kecil santan
1 Gula melaka sebesar penumbuk
1 Biji telur Ayam
Sedikit garam
Air (lebih kurang 3 cawan)

Cara memasak

☛Masukkan air dalam periuk rebus gula melaka bersama agar agar (Kalau ada daun pandan masukkan sekali)

☛Masukkan sedikit garam

☛Sampai semua dah hancur & sebati.. Boleh nak tapis dulu takut ada benda asing dalam gula melaka tu kan.

☛Kemudian masak balik sehingga mendidih

☛Pecahkan telur & sebatikan bersama santan. Kemudian tuang dalam agar agar tengah mendidih.

☛Biar masak sekejab dalam 2 minit baru padamkan api & letak dalam lotang atau apa2 bekas.

☛Last sekali sejukkan. Kalau tak sejuk macam mana agar agar tu nak beku ye dak??

☛Dah beku tu potong & makan je la.. Tu pun kena bagitau.


Tak nak guna gula melaka pun boleh. Nak buat pandan just blend daun pandan.. tapis & ambil jus dia campur dalam agar. Gantikan dia gula biasa (gula putih) je. Yang lain lain bahan & cara masak dia sama je.

Tips untuk pastikan santan naik keatas & agar agar kita jadi 2 layer seperti yang sepatutnya adalah.. Lepas masukkan santan tu jangan tutup api terus. Biar santan tu masak sekejab lebih kurang 2 - 3 minit. Biar dia mengelegak dalam kuali cuma pantau supaya tak melimpah keluar. Insya Allah bila kita sejukkan nanti santan tu akan naik ke atas & agar agar kita jadi 2 layer cantik lentik elok je kejadiannya.

Jadi mana gegadis & jejaka idaman nak try masak sendiri agar agar santan ni.. Boleh la mencuba resepi mudah yang amat ni kat rumah memasing yer... tak di galakkan mencuba resepi ni di dapur rumah orang.. Bukan apa takut tak jadi malu pulak ye dak?? lebih2 lagi kat rumah bakal mertua. So elakkan dari anda mendapat aib.. Sila la practive kat dapur rumah sendiri dulu. hehehehehe

Sekian saja segmen dari dapur sekangkang kera lekatlekit hari ni. Semoga resepi mudah ni dapat memberi manafaat kepada mereka yang memerlukan.

RESEPI KUIH SAGU PALING SENANG DI ATAS MUKA BUMI

RESEPI KUIH SAGU PALING SENANG DI ATAS MUKA BUMI. Lama tak bersiaran entri dari dapur sekangkang kera lekatlekit kan? Dah lama dapur tak berasap ke macam mana pun tak tau la. Berasap la juga.. Cuma sekarang ni mengaku la jarang masak atas faktor tak berapa sihat nak hadap bau bauan menumis bagai. Jadi kita berehat sebentar bersama kitkat la dari memasak. Setakat memasak benda2 simple tu ada la juga. Bukan apa takut gas expired pulak kalau lambat habis. Kekekekeke


Di sebabkan ada resepi baru yang tak pernah share lagi kat blog lekatlekit ni.. Wajibnya kiranya kita menconteng arang di blog ni hari ni yer.. Sedang elok sangat blog pun dah macam tak daily update macam dulu kan? Maafkan kami penunggu gua.. Terlampau banyak masalah yang datang sejak setahun ni. Insya Allah.. Doakan blog lekatlekit kembali meriah karipapusing lepas ni macam dulu yer....

Rasanya mukadimah tu pun dah cukup panjang. Dah rasa lepas nak buat 1 episod drama pendek kan. Jadi moh ler kita membawa diri belajar membuat kuih sagu yang paling senang kat muka bumi ni. Kalau kuih muih yang susah susah den pun tak reti.. Setakat kuih sagu ni boleh la..

Bahan bahan yang di gunakan

1. Of course kena ada sagu
2. Air (tak payah la air zam zam air paip pun boleh)
3. Gula
4. Kelapa parut
5. Sedikit garam
6. Pewarna merah (saya guna sirap rose je. Jangan guna water color sudah)

Cara memasak.

1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan bersama sirap rose & gula
2. Air dah mendidih masukkan sagu
3. Bila dah pekat macam gambar di bawah ni. Tutup api


3. Sediakan periuk kukus & loyang
4. Masukkan sagu yang dah di rebus sekejab dengan sirap & gula tadi
5. Kukus sehingga sagu masak (Sehingga hilang warna putih bertukar jernih macam dalam gambar di bawah)

Sebenarnya kan.. saya bukan ada periuk kukus pun. Pepandai la nak hidup. Kena kreatif. Loyang pun tak ada. Guna je apa2 bekas tahan panas. kekekeke

6. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. Jangan masin sangat nanti kena high blood pulak
7. Kuih sagu yang dah siap kukus tadi potong la jadi kecik kecik sikit & gaul dengan kelapa parut
8. Siap la nak menjamah & melantak. Jangan memalu yer

Kuih Sagu versi lekatlekit. Comel tak?

Selain cekodok.. Ni antara kuih muih paling senang nak buat. Bahan bahan yang di gunakan pun tak banyak & step nak memasak pun tak susah sangat. So, mana2 baru belajar buah kuih muih boleh la try kekekekeke

Semoga resepi mudah ni memberi manafaat kepada mereka yang memerlukan.

P/S : Maaf saya tak tahu sukatan yang spesifik sebab saya main agak2 je tak sukat pun hahahaha. Tapi petua dia kalau tak nak kuih sagu jadi lembek masa rebus dengan sirap & gula jangan letak air banyak. Agak2 sagu boleh sebati dengan gula & sirap. Lepas tu kukus lama sikit sampai masak. saya kukus lebih kurang 1 jam lebih. Hasilnya kuih sagu lembut & kenyal. Tak lembek

DISEBALIK KUIH CAKOI YANG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU

DISEBALIK KUIH CAKOI YANG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU. Aku nak kata penggemar cakoi ni tak jugak. Rasanya dah lama tak makan. Tapi pernah la makan.. Bersama kuah dia yang rasa manis manis tu. Enjoy jugak la cuma nak kata favorite tu tidak la. Tapi setakat nak mengalas perut dari kelaparan layan jugak la kuih cakoi ni.


Kalau yang tak tahu cakoi ni satu jenis makanan orang cina di Indo - China. Cara masak dia adalah menggoreng menggunakan minyak yang banyak maka kolestrol pun tinggi la yer.. erkk.. Mengikut cerita orang orang di China, cakoi mengambarkan dua bentuk manusia di goreng kemudian ia bercantum ketika di masak. Erkk... kenapa di kaitkan dengan orang pulak kan.

Cakoi biasanya menjadi hidangan waktu sarapan tapi ada jugak menjadikan ia sebagai minum petang. Tapi yang selalu jadikan menu minum petang ni orang melayu je kalau cina tetap la cakoi kebiasaan di makan waktu pagi.

Kita biasa makan cakoi dengan kuah dia yang manis manis tu kan.. Tapi ramai yang tak tahu cakoi selain di makan bersama bubur, ia juga boleh di makan dengan kaya, sambal belacan, cheese sauce,durian,peanut sauce & macam - macam lagi. Cicah sambal tumis ikan bilis pun sedap jugak ni. Jenis kuih berasaskan tepung macam cakoi ni memang boleh di pelbagai cara makan dia. Nak makan dengan kuah kari pun sedap jugak. Ikut selera masing masing la kan...

Tu serba serbuk cerita pasal cakoi.. sebenarnya banyak lagi cerita di sebalik cakoi ni. Kalau nak sumbat dalam satu entri ni mau 2 hari 1 malam hangpa kena melukut kat blog lekatlekit.com ni. Jadi di pendekkan kisah cakoi ni korang baca sendiri la kat sini >> Nak Tahu Serba Sedikit Kisah Tentang Cakoi? Ohhh.. Baru Tahu Weyh! << So, lepas ni takde la korang susah hati nak makan cakoi lagi kan? 

Moral of the story.. Tu bestnya hidup di bumi Malaysia ni. Kepelbagaian makanan yang boleh di nikmati oleh semua kaum.

CARA NAK BUAT KUIH KERIA PALING MUDAH

CARA NAK BUAT KUIH KERIA PALING MUDAH. Bau bau ramadan tak jauh sangat. Time ni mungkin ada yang dah salin macam2 resepi nak masak untuk juadah bersahur & berbuka. Aku pun bulan puasa kebanyakkan masak sendiri je sebelum ni. Masak macam biasa je sebab bagi aku ramadan bukan bulan makan makan selama 30 hari. Makan macam biasa sudah la. Nak membazir sangat tu dah kenapa, ye dak?


Aku antara manusia yang tak pandai sangat masak kuih muih selain cekodok. Entah la.. nak kata tak reti pun tak tau la sebab aku tak pernah cuba nak membuatnya. Aku suka masak masakan berat2 macam lauk pauk. Tapi bulan puasa ni rasanya aku na start mengasah bakat masak kuih muih pulak la. Jadi aku rasa nak masak kuih paling senang ni dulu.

Aku pernah makan kuih keria yang lembut sangat. Tapi lupa pulak beli kat mana. Sejak tu rasa macam jatuh cinta pulak dengan kuih keria. Alah.. kuih keria pun tak tau ke? Macam donut tapi dia guna keledek. Jadi ada rasa ubi. Kalau donut rasa tepung je.

Bila tengok rupanya nak buat kuih keria ni senang je. semakin berkobar ni semangat nak buat kuih muih. Kalau korang yang spesis macam aku yang memang tak pernah cuba buat apa2 kuih sebelum ni elok la korang tengok resepi & cara nak buat kuih keria paling senang kat sini >> Kuih Keria Walau Nampak Macam Rumit Tapi Sebenarnya Sangat Mudah Nak buat. Tak Caya Tengok Kat Sini <<

Apapun jadi mudah kalau ada kemahuan tapi kalau asyik dok bagi alasan masak air pun jadi benda yang susah nak buat, ye dak

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com