Showing posts with label komen isu boikot. Show all posts

BILA FAHAM ISU,KOMEN PUN DENGAR SEDAP

Dalam menyuarakan sesuatu pendapat kita akan dapat macam - macam komen. Yang setuju.. yang bangkang.. yang komen tak kena dengan isu.. yang komen sekadar tinggalkan jejak..  yang komen takde kena mengena dengan topik pun ada macam.. hai, done! follow you.. please hit me back! gitu..

Sang Lekit jenis suka lepas je apa2 komen selagi tak melampau sampai masuk kategori maki hamun, mencarut Atau guna kata2 yang terlalu kesat yang tak sesuai jadi bacaan umum. Kalau kau berani menyuarakan pendapat kau yang pedas hot & spicy tu takkan la kau tak berani hadap bila kena kutuk & kritik balik.. ye tak?? Kata outspoken.. orang baru kutuk sikit dah tutup komen untuk Anonymous.. apatah lagi nak lepaskan komen2 yang tak memihak pada kita. Tak syok pulak kalau dok dengar feedback dari yang sokong jer.. bukan apa takut kita tak nampak salah kita kalau semua orang cakap betul je, ye tak??

Salah satu sebab sang lekit suka lepaskan komen yang berlawanan dari pendapat sang lekit adalah untuk orang lain yang membaca membuat penilaian. Kalau pendapat dia munasabah dengan fakta2 yang logik & boleh di percayai.. mungkin jadi 1 ilmu untuk kita. Kalau komen dia yang nampak sangat just nak cari silap penulis.. orang pun boleh nampak. Contoh kita cakap isu mercun dia komen pasal isu aurat.. (Contoh je.. jangan ada yang terasa lak yer). Semua tu dah macam asam garam dalam dunia blog. Ada yang faham konsep berkomen, ada yang nak orang faham dia jer.. ada yang tak faham tapi buat2 macam faham..

Tapi ada satu komen yang sang lekit terima buat sang lekit kagum dengan hamba Allah ni.. Nak kata dia sokong 100% dengan sang lekit tak jugak tapi dia faham apa sang lekit sampaikan. Sedap bunyi komennya.. juga penuh pengisian. Nampak bijak je si pengomen ni. Sang Lekit puji2 dia bukan sebab dia sokong sang lekit ke hapa tapi moral nak di sampaikan kat sini kalau kita faham isu yang di tulis, Insya Allah komen kita juga tak terkeluar landasan & kedengaran bijak & berhemah sekali. Jom kita tengok komen hamba Allah ni..

Rujuk entri ni >> BOIKOT IKUT BONTOT ORANG JE BUAT APA << untuk lebih memahami isu yang di bincangkan.

Terima kasih kepada sedara yang sudi berkomen dengan bijak di entri saya tu. Terharu saya dengan komen sedara yang bagi saya cukup bijak & berhemah tu. Sudi2 kan la mencemar duli kat blog saya lagi agar kita dapat bertukar2 pendapat walau mungkin ada pendapat kita yang berbeza. kekekekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com