Showing posts with label saiful nang. Show all posts

"JADILAH SEPERTI APA YANG ALLAH MAHU KAMU JADI.." TEGURAN SAIFUL NANG PADA YUNA

"JADILAH SEPERTI APA YANG ALLAH MAHU KAMU JADI.." TEGURAN SAIFUL NANG PADA YUNA. Tu dia.. tetiba blog lekatlekit buat tajuk ala2 blog berita pulak. Sebab sedap pulak caption yang di gunakan oleh En Saiful Nang ni. So macam rugi tak highlight pada tajuk entri katanya.


Kita sedia maklum dua tiga hari ni kecoh pasal video Yuna di peluk rakan duetnya penyanyi antarabangsa Usher ke hapa namanya. Malas nak google la pulak tapi ada tengok & baca cerita pasal kontroversi tu la.Yelah.. nak komen lebih2 satgi orang kata.. hang pun tak tera mana sangat nak tegur orang. Yelah.. yelah.. aku tak sebaik mana. Biarlah orang yang baik baik tegur Yuna.

Alasan Yuna menghormati rakan duet dia sebab tu berlakunya adengan terpeluk & di peluk. Almaklum la budaya orang barat ni memang peluk meluk ni bukan perkara luar biasa & menjadi satu dosa. Ada jugak dua tiga retis yang backup Yuna & compare dengan pelakon drama melayu yang berhijab masih melakonkan aksi2 peluk & bersentuhan dengan lelaki atas alasan merealisasikan watak tu. Pada aku yang tak baik ni.. Tak guna kita nak bandingkan sebab dua2 pun salah. Perbandingan tu tak buat mana2 perbuatan tu jadi betul pun. Apa yang boleh perbetulkan je la apa yang salah.

Nak komen lebih2 tak berani jugak cuma tertarik nak kongsi komen Saiful Nang yang ada kaitan dengan isu Yuna sekarang walaupun di tulis dalam cara sangat berkias. Jadi baca & ambil la apa yang baik di sampaikan oleh beliau..




Moral of the story.. Macam saiful nang cakap, kalau nak jadi diri sendiri kita bukannya baik sangat tapi kalau nak jadi baik, jadilah seperti apa yang Allah mahu kita jadi. Aku pun belum sempurna.. Sama sama kita perbaiki.

SAIFUL NANG ANGGAP AMRAN FANS TAK ADA TELUR

SAIFUL NANG ANGGAP AMRAN FANS TAK ADA TELUR. Amboi berderet entri pasal amran Fans aku sejak isu breastfeeding ni kan? Almaklum la dok ikuti kontroversi tu.. Macam banyak pulak benda best nak up kat blog. Jadi kalau best harus share katanya. hehehe


Baca status Saiful Nang.. Mukadimah dia macam nak cari gaduh je dengan Amran Fans. Bukan main pedas kritikan dia kat Amran Fans sampai katanya Amran ni spesis takde "Egg" katanya. Mungkin kalau Amran Fans baca dia akan mulakan operasi membenteras Saiful Nang pulak. Tu pun kalau dia baca mukadimah je la..


Tapi kalau dia baca sampai habis mungkin dia tak jadi angkat geng la serang Saiful Nang sebab ada isu tetiba Saiful Nang setuju jugak dengan Amran mungkin depa masih boleh lagi duduk semeja minum teh O Ais. Kebanyakkan ramai yang bersetuju dengan teguran Amran Fans pasal geng Ibu Breastfeeding yang tetiba jadi cetek akal dok upload gambar menetek tu. Yang sebelum ni menyampah dengan Amran yang suka cari pasal tu pun dalam isu ni jadi setuju. Sebab semua orang akui perbuatan tu tak elok pada pandangan mata umum.

Kita walaupun tak minat atau tak suka dengan seseorang jadilah seorang yang berfikiran bebas. Maksudnya kalau kita tak suka dalam certain2 perkara dia buat tak semestinya apa perkara yang betul dia buat pun kita tetap tak sokong. Macam aku.. macam ni la. Kau suka ke tak suka ke aku tetap la aku. Kalau aku tak setuju aku direct je la.. Kalau aku sependapat aku aku 'thumb's up'. Takde kata kalau orang tu aku memang benci sampai bumbung rumah dia yang cantik pun aku keji tahap neraka. Insya Allah, aku sentiasa cuba didik hati aku supaya tak obses membenci atau suka pada apa atau sesiapa pun supaya aku tak jadi kaki bodek atau haters sesiapa.. Setiap hari aku cuba jadi seorang pengkritik & pengulas yang adil katanya.. hahahaha walaupun aku jugak tak sempurna untuk menjadi manusia yang adil.

Apapun aku kadang2 pun tak suka dengan Saiful Nang ni.. Tapi ada perkara aku masih bersetuju dengan dia. Dato Vida pun sama.. Memang banyak perkara tentang Dato Vida aku rasa sangat Annoying tapi ada perkara yang aku masih sokong apa yang dia buat. Macam buka pusat Tahfiz.. Buat banglo besar tanpa perabot untuk memudahkan aktiviti anak2 yatim & tahfiz  kat rumah dia. Sebab benda tu benda yang baik bagi manafaat.. Kenapa aku nak kritik walaupun aku menyampah giler tengok dia yang over kalau depan camera. Mengalahkan budak2 baru akil baligh dapat jadi retis dia punya gedik.

Contoh macam benda benda ni.. Memang kalau ikutkan di kategorikan benda haram kat Malaysia ni tapi sebab kos sara hidup meningkat mungkin benda haram ni jadi pilihan sesetengah orang. tapi kalau ikutkan semua senarai barang ni ada yang tak patut di kategorikan sebagai haram pun. Kerajaan je lebih2 >> AMARAN: Sesiapa pernah atau bakal beli benda-benda ni, korang wajib tahu perkara bahaya ni! << Sebab yang di gembar gemburkan buruk tu kadang2 tak buruk mana pun sebab dia saingan pada sesuatu perkara lain maka strategi memburukkan tu di kempen secara berleluasa la. Pada yang taksub mungkin akan terima apa yang datang dari kerajaan tu semua betul tapi pada yang atas pagar macam aku.. Mungkin tidak la kot. Aku terima apa yang aku rasa betul tak kira datang dari sebelah pihak manapun. Apa ingat pembangkang tu sentiasa betul sangat walaupun kerajaan sentiasa buat pilihan yang salah untuk rakyat. hehehe

Moral of the story.. Tak salah kita nak sokong atau bangkang sesiapa tapi jangan jadi buta,tuli & pekak dalam membuat penilaian. Tak semestinya orang kita sokong atau suka tu sentiasa betul.. Sebab kita semua manusia biasa mustahil mampu jadi macam malaikat yang tiada dosa. Jadi jangan merosakkan orang yang kita suka dengan sokongan membabi buta sampai apa dia buat kita angguk2 sehingga dia rasa macam dia sentiasa betul. Sesekali kita kena membetulkan jugak orang yang kita sokong. Baru namanya penyokong setia, ye dak? hehehe

AKHIRNYA SAIFUL NANG AKUI KEBENARAN KATA2 SULTAN MELAKA

Tak pepasal pulak saiful nang & sultan melaka jadi retis dalam blog melekit ni. kekekekeke... Yolah den kan peminat sultan melaka tapi akibat dari isu semalam yang den tulis dalam blog (boleh rujuk entri ni Sultan Melaka Vs Saiful Nang ) maka den try intai2 saiful nang ni even nama dah biasa dengar cuma orang nya je tak berapa kenal. Sebab semalam pasal isu salah faham depa dua ni, rasa tak adil pulak kalau tak buat entri jawapan balas saiful Nang ni, kan? Nampak berat sebelah pulak nanti.




Hari ni intai lagi page saiful nang terjumpa dengan status ni. Dari apa yang den baca status saiful nang ni bukanlah berbentuk permohonan maaf pada sultan melaka tapi lebih kepada mengakui kata- kata & teguran dari Sultan Melaka ni ada benarnya. At Least dia tak tolak kebenaran even dia punya follower lagi gempak berbanding sultan melaka, kan?? Yelah.. orang yang hebat bukan sentiasa rasa diri hebat tapi sentiasa lihat kesilapan diri. Tak kira la berapa besar pengaruh yang mereka ada. Jadi salute jugak dengan Saiful Nang sebab tak guna pengaruh dia untuk terus membetulkan diri even dia tak kata dia silap at least dia tak kata jugak Sultan Melaka tu salah, ye dak?? erkk.. Sebenarnya, pening jugak nak faham depa ni sebab masing2 jenis sarcasm tapi aku terima dari sudut positif je la. Kalau maksud dia tu sebenarnya berlawanan apa yang aku faham.. Tak kisah la janji aku ambil yang positif, kan??

Sumber FB Saiful Nang

Sejak aku follow Sultan Melaka.. memang aku boleh nampak kelebihan sultan melaka selain dia mampu hiburkan ramai orang dengan status2 kelakar tapi bukan sekadar lawak bodoh yang takde isi even dia tak habis mengaku kacak. kekekekeke.. Aku nak huraikan secara terperinci pun aku tak berapa reti nak tulis apa kata korang follow je la sultan melaka & korang maybe akan jumpa apa yang aku cuba sampaikan.

Nak tegur orang berpengaruh ni siapalah kita kan. kita pun manusia yang sentiasa buat silap lagi. Apapun sama sama kita jadikan pengajaran. Yang penting Aku masih lagi peminat sultan melaka. Peace tongku!

P/S : bahaya status petik2 nama orang ni even tak jugak selamat kalau buat status secara rambang. Apapun bergantung pada keadaan.. kadang2 yang baik boleh jadi memudaratkan kalau salah cara & perbuatan so pandai2 la kita timbang tapis sebelum melakukan sesuatu. Peace!


DENGAN SULTAN MELAKA PUN SAIFUL NANG NAK CARI PASAL KE?

Aku sebenarnya nak gelak je baca status sultan melaka yang membalas balik status dari Saiful Nang yang tetiba petik nama dia. Yelah.. tak pepasal kan petik nama orang untuk menyindir. Lagipun Sultan Melaka (Parody Account FB) tu bukan la publick figure ke sapa.. dia just di kenali dengan status2 lucu dia jer. Aku pun enjoy baca status2 dia.

Dalam hidup ni takkan setiap masa kita nak serius keras kejung macam tiang letrik yang tak goyang langsung. Ada ketika kita kena bagi sedikit ruang untuk diri kita senyum, gelak & gembira. Tak tau la apa motif Saiful Nang nak petik nama Sultan Melaka semata2 nak menyampaikan sindiran tu pada dua ahli politik yang maybe bagi dia macam orang bodoh even dia gunakan kiasan LUCU tapi kita faham la kan.. kalau kita anggap seseorang tu lucu kita akan rasa terhibur & kita tak rasa benda tu macam annoying sangat melainkan kita guna bahasa sindiran. Cakap jer lucu padahal dia nak gambarkan orang tu seseorang yang bodoh.

 Sumber dari FB Sultan Melaka

Aku sebenarnya tak berapa kenal siapa saiful nang ni yang aku tahu memang dia di kenali & nama dia menjadi sebutan cuma aku tak berapa sure apa kehebatan dia tapi yang pasti aku tau apa kelebihan sultan melaka yang hanya dengan status2 dia boleh buat aku tergelak & hilang stress. Ingat yer adik2, abang2,kakak2,makcik,pakcik sekalian.. dalam hidup ni sebagai manusia yang normal kita kena ada semua rasa ni.. saya suka, rasa sedih, nangis & ketawa. kalau takde salah satu tu berlaku dalam hidup kita agak tak normal la diri kita berbanding orang lain.


Rupanya bukan sekali Saiful Nang dok petik nama Sultan Melaka.. Patut la sultan melaka bersuara. Status ni panjang selebihnya korang baca kat sini >> SULTAN MELAKA <<

Kesimpulannya status Saiful Nang ni macam sengaja cipta permusuhan dengan orang yang tak pernah cuit dia pun. Motif kan?? maybe dia rasa annoying kot dengan lawak2 Sultan Melaka.. well kalau rasa terganggu jangan baca sebab ada orang rasa terhibur. hahahahaha

P/S : Buat status secara general la senang. Sapa makan cili dia terasa pedas. Kan??
P/S : setinggi mana pun kita belajar tapi kita kurang ilmu 'adab' tetap orang panggil kita kurang ajar jadi sia2 la segala mak nenek sijil ijazah degree PHD master bagai yang kita ada kalau kita takde adab. Peace
 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com