BANGUNAN BERHANTU PALING MENYERAMKAN DI KOREA
BANGUNAN BERHANTU PALING MENYERAMKAN DI KOREA. Mentang mentang la Air Asia tengah offer tiket penerbangan ke korea dengan harga tak masuk akal sekarang ni tetiba je malam ni segmen seram serik lekat lekit yang dah lama tak bersiaran secara live di kaca skrin hangpa terbang pi sana memburu tempat berhantu katanya. Yelah.. time macam ni la nak pi korea sebab tiket kapal terbang tengah murah tahap tak masuk akal macam ni >> Biar Betul Tiket Flight Ke Korea semurah ni << Jadi mana2 yang berhajat nak ber kpop ke ber popcorn ke atau ber ice pop di korea elok la intai2 tiket murah yang tengah offer bagai nak rak tu.Tapi memburu hantu tak payah naik flight.. guna ilmu google je maka sampai la ke destinasi berhantu seluruh dunia. Maka destinasi berhantu malam ni adalah korea.. Jadi tak payah mukadimah panjang lebar sangat la. Orang pun sebenarnya meluat nak baca mukadimah panjang panjang. Hahahaha
Alkisah ada satu tempat ni memang terkenal dengan kisah mistik & aktiviti paranormal di korea. Ia terletak di korea selatan. Ada sebuah rumah bernama Yeongdeok yang katanya selalu berlaku perkara2 mistik yang melibatkan makhluk ghaib ni. Dah nama pun mistik.. Takkan melibatkan ahli sains pulak kan? Mesti la berkaitan makhluk ghaib sebab memang kepakaran depa la kalau nak buat benda menyeramkan ni. Keadaan rumah tu pun memang kalau tak ada hantu pun memang dah nampak macam rumah hantu. Memang usang & buruk la.. Almaklum la geng2 hantu memang suka tempat2 nampak klasik & antik ni.
Tempat tersebut pada asalnya dibina dan di jadikan sebagai restoran oleh salah satu keluarga sekitar tahun 1980an. Lepas depa jatuh bankrup silih berganti la pemilik bangunan tu. Semua yang beli tempat tu memang tak mampu nak majukan tempat tu. Semua berakhir dengan kegagalan. Padahal rumah Yeongdeok berada di lokasi strategik. Berada di atas bukit, para pengunjung boleh menikmati pemandangan pantai timur Korea Selatan yang indah. Aktiviti para nelayan di tepi pantai juga menambah keindahan pemandangan bagi para pengunjung sambil menikmati makanan. tetap tak mampu untuk menjadikan tempat tu tempat menjadi pilihan pengunjung.
Katanya yang jadi punca tempat tu orang tak suka datang sehingga menyebabkan pemilik dia mengalami kerugian ada kaitan dengan roh2 tentera pelajar tersebut. Kononnya roh depa ni tak tenang & sering muncul menampakkan diri mereka pada orang. Mengikut cerita pengalaman seorang aktivis paranormal kat sana, dia pun pernah nampak hantu berpakaian tentera masa melakukan aktiviti paranormal kat situ.
Tempat orang mati di bunuh memang la jadi pusat jin lepak2 buat komuniti katanya jadi tak mustahil tempat tu jadi berhantu. Cuma tu la kesian orang yang pernah mati kat situ.. tak pasal2 kena tuduh jadi hantu menakutkan orang seterusnya menyebabkan orang lain mengalami kerugian besar. Mesti sampai kiamat depa touching dengan fitnah tu. hehehe
Tapi kalau nak pergi tempat bebas hantu kat korea korang boleh pergi kat sini >> Busan di jamin Tak Bosan << Bukan je tak ada hantu malah tempat2 kat sana cantik & banyak makanan sedap sedap.