Showing posts with label MRSM. Show all posts

SANTAI MACAM RUMAH SENDIRI DI HOMESTAY GERIK PURNAMA ANNUR

SANTAI MACAM RUMAH SENDIRI DI HOMESTAY GERIK PURNAMA ANNUR. Salah satu tempat yang masih boleh nampak keindahan semulajadi adalah Gerik, Perak. So kalau rasa dah bosan mengadap hutan batu.. Nak hadap pepohon hijau, keindahan flora & fauna, menikmati suasana alam semuajadi, nak mandi kolam air panas, meredah hutan & sungai, mandi air terjun atau nak hiking bagai.. Gerik,Perak adalah lokasi pilihan paling terbaik.


Bila nak buat aktiviti macam di sebut tadi kalau yang datang dari jauh mesti la ada tempat penginapan yang paling hampir dengan lokasi untuk kita beraktiviti kan? Hotel dah boring sangat.. Tapi kalau pergi ke tempat - tempat macam ni dalam kumpulan yang ramai atau berkeluarga orang kata homestay la paling berbaloi. Sebab homestay konsepnya macam rumah.. ada bilik, ada ruang tamu, ada dapur boleh memasak & siap dengan kelengkapan asas sebuah rumah kan? Jadi yang bekeluarga ni kalau hotel tu rasa macam kurang selesa nak2 lagi 1 keluarga yang besar. Jadi kalau nak menikmati percutian yang santai macam rumah sendiri elok la anda try risik2 satu homestay di Gerik, Perak ni.


So kalau anda ke Gerik nak cari homestay sangat rekemen untuk korang check in di Homestay Gerik Purnama Annur. Amboi sedap nama homestay dia kan.. Sejuk ja dengar. Homestay dia pun tak kurang cantik & cukup kelengkapan asas. Homestay dia jenis rumah teres setingkat. Atas tanah la.. Senang nak parking kalau datang dengan kenderaan sendiri melainkan anda naik jet peribadi tu mungkin susah sikit nak parking. hehehehe. Setakat kereta MPV exora tu insya Allah tak ada masalah nak parking katanya. Ada 3 bilik tidur.. salah satu bilik ada aircon & 3 bilik air. Kalau ramai tak payah berbaris panjang sangat tunggu turn nak mandi. 3 bilik air kau!







Antara kemudahan lain yang di sediakan kat Homestay ni adalah

1. Peti sejuk
2. Jug air panas elektrik
3. Rice cooker
4. Cooker Hood / exhaust hood
5. Penghawa dingin (aircon)
6. Kipas Dinding
7. Seterika Elektrik
9. televisyen
8. Astro Njoi
9. Mesin basuh & sabun pencuci
10. Tuala Mandi
11. Keperluan Asas Mandian (Sabun & syampo)
12. Pemanas air
13. Ampaian
14. Makanan Asas (Beras, gula,garam,teh)
15. First Aid

Selain tu ada extra kemudahan bagi yang ada anak kecik. Sebab ada buaian untuk bayi



Homestay ni boleh muat 7 orang dewasa dengan selesa tapi capacity dia antara 12 - 13 orang pun boleh muat lagi. Turut di sediakan tilam & bantal extra tanpa caj tambahan. Kalau kat hotel ni kalau minat extra ada la extra caj dia.. Kat homestay ni takpe owner dia baik.. Dia bagi guna je extra tilam & bantal dengan percuma. Bagus owner homestay ni moga dapat banyak pahala.. hehehehe


Lokasi dia agak strategik sebab tak jauh dari 7 eleven. Hanya 10 minit je kalau jalan kaki. Selain tu kalau guna transport awam pun senang sebab kalau nak ke hentian bas atau teksi Gerik ni cuma 5 minit je. Nak ke pekan Gerik pun hanya 5 minit je perjalanan dia kalau naik kereta. Jimat masa so banyak aktiviti lain korag boleh buat kalau menginap kat Homestay Gerik Purnama Annur ni.


Antara tempat menarik yang anda boleh lawati atau lakukan aktiviti kalau menginap kat situ adalah..

⇛Kolam Air Panas Lenggong - Hanya 1 jam perjalanan
⇒House boat , Tasik Banding - 3/4 jam
⇒Eco tourism Kelah Sanctuary - 1 jam perjalanan
⇒Royal Belum State Park - 40 minit perjalanan
⇒Galeri Arkeologi Kota Tampan - 30 minit perjalanan
⇒Kawasan Perkelahana Lata Lawin - 1/4 jam
⇒Castella Cafe (nasi buluh) kampung padang stang - 1/2 jam
⇒The Twin Peaks Of Perak Gunung Kenderong - 20 minit
⇒Hiking activity - Gunung pulut - 10 minit
⇒Bukit sejuk titiwangsa, Highest Point - 3/4 jam

Kat situ juga berdekatan dengan insititut pengajian.. So, maybe nak hantar anak atau ahli keluar masuk belajar kat situ boleh jugak jadikan homestay Gerik Purnama Annur ni sebagai tempat penginapan anda.. Antara Institut pengajian yang berhampiran dengannya adalah..

⇏MRSM Gerik - 10km
⇏Kolej Komuniti Gerik - 10 km
⇏Kolej Vokasional Gerik (Semetrik) - 10 minit
⇏Pejabat Pendidikkan Daerah - 5 minit
⇏MRSM pengkalan hulu - 3/4 jam
⇏Maahad Tahfiz & kemukjizatan Al Quran - 2 km
⇏SBAK Tan Sri Ghazali Jawi - 1km
⇏Pondok Al Latifah (pondok Pak Teh) - 47km

Kot la hangpa nak pi berubat cara rawatan alternatif ni kat situ juga ada pusat rawatan berhampiran dengan homestay ni. Pusat rawatan Alternatif kanser (Pak Ndak Perubatan Tradisional) hanya 7km dari homestay Gerik Purnama Annur ni.


Homestay hanya untuk orang Muslim sahaja. Tidak boleh merokok & bawa haiwan peliharaan. Boleh buat macam rumah sendiri tapi makesure jaga peralatan & kemudahan yang di sediakan dengan baik. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakkan akan di kenakan penalti.

Sebarang pertanyaan atau nak buat tempahan boleh hubungi

Whatsapp
Hj Safran - 017 5708591
Annur - 013 4056533

Facebook

Alamat 
No 52, Laluan Intan 2
Taman Intan, Gerik Perak

GPS Coordinate : [5.43345,101.13156]
waze : "Homestay Purnama Annur"
Google Maps (keywords) : "Homestay Gerik Purnama Annur"

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com