Showing posts with label nasi. Show all posts

TAK KAYA TAPI MALU UNTUK MENGAKU SUSAH

TAK KAYA TAPI MALU UNTUK MENGAKU SUSAH. Melihat.. Membaca & mendengar buat aku banyak belajar dari apa yang berlaku di sekeliling. Walau masa aku banyak habis di dunia maya selepas berkahwin & bergelar ibu tapi disitu jugak banyak kisah & cerita yang sentiasa buat aku rasa.. Aku masih bertuah. Aku masih senang & aku masih bahagia...


Terbaca perkongsian kisah kat blog siakap keli yang di ambil dari group Info Ibu hamil.. kisah seorang ibu terserempak dengan seorang Ayah & anak lelaki yang berusia lingkungan 4 tahun di sebuah restoran. Keadaan anak beranak tu di gambarkan sangat susah.. dengan pakaian lusuh, diri yang tak terurus & agak comot.. Dalam keadaan lapar tapi mungkin kemampuan kewangan membataskan mereka untuk menikmati makanan sedap.. Si Ayah cuma mampu ambil sepinggan nasi berlauk kan kuah kosong. Memang tak berlauk la.. Cuma kuah untuk ada rasa pada nasi kosong. Tu pun selepas agak lama mundar mandir di tempat lauk pauk. Mungkin mencari lauk yang sesuai dengan kemampuan dia nak bayar. Macam biasa la.. Orang memang suka menonton bagai satu show kesusahan orang lain. Pandangan orang ketika tu ada yang memandang hairan, sinis, jijik.. Tapi yang nak membantu bukan semua yang nampak kesusahan yang jelas terpamir tu. Hanya menonton bagai satu hiburan & mungkin menjadi satu modal inspirasi menulis di media sosial. Tapi mujur dalam banyak mata memadang, masih ada pandangan simpati yang tergerak untuk membantu.

Biarpun si anak meminta lauk sotong tapi bila bapak dia hanya mampu beri nasi putih & kuah.. dia tetap tidak memberontak & makan. Hanya anak yang makan.. si Ayah cuma memandang.. cuma sesekali mengutip butiran nasi yang terjatuh atas meja & makan.. Ya Allah.. Bayangkan Ayahnya juga lapar tapi di dahulukan anak. Melihat fenomena macam tu didepan mata.. Seorang hamba Allah memesan sepinggan nasi dengan beberapa jenis lauk termasuk sotong & minta pelayan restoran menghantar di meja dua beranak tu. Pada permulaan si Ayah menolak dengan alasan tidak mampu bayar tapi bila di beri tahu ada orang belanja dia terima. Lebih menyentuh hati.. dari jauh dia melihat si Ayah tertunduk menangis sambil mengusap kepala si Anak.. Mungkin rasa bersalah & sedih tidak mampu menyediakan kehidupan & makanan yang baik untuk anaknya..

Sebab tu aku sangat malu pada diri sendiri, pada orang lain & pada Tuhan untuk mengaku aku orang susah walaupun aku tahu aku bukan kaya. Rumah pun sewa.. Tapi masih cukup makan pakai. Setiap bulan Allah tak pernah lupa memberi kami sekeluarga rezeki untuk memenuhi tuntutan hidup. Allah tak pernah sekali menyekat rezeki kami sehingga kami putus bekalan makanan. Tapi aku sedih bila tengok orang yang masih mampu makan sedap, makan kenyang.. merintih,merungut & menyalahkan Tuhan yang mentakdirkan kehidupan yang susah pada mereka. Apa makna susah kalau masih tidur dalam rumah, atas tilam & masih boleh makan di restoran, cafe.. Masih pakai baju yang sempurna. Masih mampu beli syampoo, sabun untuk membersihkan diri agar tak nampak comot. Masih mampu membeli kehendak.. Malu la wei!! Malu sikit bila mengaku susah sedangkan kehidupan kau tak susah tapi kau tak pernah bersyukur!!!

Bukan berlagak kaya.. Tapi aku malu untuk mengaku susah demi nak dapat simpati & perhatian orang lain. Sebab perasaan malu tu aku rasa aku ada harga diri. Harga diri tu buat aku lebih selesa berusaha dari meminta sebab aku rasa aku masih ada kemampuan untuk bekerja. Selagi mampu.. Aku akan rasa malu untuk mengaku susah. Sekarang ni macam macam cara boleh buat untuk dapat duit.. Dari dok merintih kat facebook susah tu susah ni apakata try cari side income dengan cara ni >> 7 cara Mudah Untuk Anda Dapat Duit Di Malaysia <<

Moral of the story... Malu adalah perisai sebab bila hilang malu manusia akan hilang pertimbangan & mungkin tindakkan mereka bakal memalukan diri sendiri tanpa mereka sedar bila mereka mula hilang ke'malu'an.

RESEPI NASI AYAM PALING SENANG DALAM DUNIA

RESEPI NASI AYAM PALING SENANG DALAM DUNIA. Tajuk memang melampau tau! Paling senang dalam dunia tu. yelah.. bagi aku memang senang sangat. Rasanya sambil update status kat FB pun boleh masak.. Tapi aku jarang pulak buat perangai masak sambil dok ber FB bagai. Aku kalau masak memang fokus kat dapur enpon ke tab jauh sekali pc aku nak angkut pergi dapur even dapur aku ni sekangkang kera je dengan ruang tamu. Almaklum duduk rumah merpati ni paham2 je la. Space dia bukan macam banglo, ye dak.

Resepi ni aku terserempak kat blog mana ntah aku lupa nak bookmark. Sebab takde idea nak masak apa. Bahan2 kat rumah ni pun rasa tak meriah karipapusing sangat. Nak masak apa boleh masak je dengan bahan bahan yang ada. Kebetulan ada lebih ayam mentah yang asben beli untuk masak bak ku teh tu. Laki aku tetiba nak makan bak ku teh tapi bak ku teh halal la masak sendiri kat rumah. Bak ku teh ayam. Bak ku teh ni nama menu yang tak semestinya kena guna daging babi ok. Ramai yang salah faham. Aku tengok lebih kurang macam sup herba je. Bau herba kuat aku pulak yang rasa tak berapa selera nak makan.

Alamak.. nak cerita pasal lain tercerita pasal lain pulak. Berbalik pada cerita nasi ayam tadi. Bahan nak masak nasi ni memang ringkas & cara nak masak memang senang.

bahan bahannya adalah
Beras
Bawang putih
Halia
mentega
Daun pandan

Cara - caranya..
Bawang putih, halia ditumbuk lumat. Panaskan mentega.. masukkan halia & bawang putih tumbuk tadi bersama daun pandan. Dah naik bau.. masukkan dalam beras yang dah siap di basuh & di toskan. Kemudian tambah air & garam secukup rasa. Kemudian masak je dalam rice cooker.

Senang tak?? Lauk ayam pulak.. aku buat kari ayam. Yelah. haritu makan kat The chicken Rice Shop Nasi Ayam Hainan Chicken Curry macam best pulak. Maka aku buat la Malay curry tanpa santan untuk di makan dengan nasi ayam super duber senang nak masak ni. Kenapa tanpa santan.. Nasi tu dah bermentega bagai. Banyak pulak krimer kang jadi muak pulak. Resepi kari tanpa santan aku pun simple.

Bahan - bahan yang aku guna
Ayam
daun kari
Rempah kari (aku campur kari ikan & kari daging)
Bawang besar
bawang putih
Halia
Bunga lawang
kulit kayu manis
buah pelaga
Ubi kentang

Macam biasa. Bancuh serbuk kari dulu dengan air. Kupas ubi kentang & potong ikut suka kau la nak bentuk macam mana. Tumbuk (blend pun boleh saja aku malas nak basuh blender lepas tu sebab tu alang2 lesung batu yang dah aku guna tumbuk halia dengan bawang putih untuk nasi ayam tadi, sekali kan la) bawang besar,bawang putih,halia (kalau ada lengkuas & kunyit hidup pun boleh je masukkan tapi aku malas jadi aku skip walau bahan ada dalam peti sejuk). Dah hancur berkecai bahan tumbuk tu kena belasah.. panaskan minyak & tumis bahan tumbuk tadi bersama daun kari,bunga lawang,kulit kayu manis & buah pelaga. Tumis sampai naik bau ke langit (melampau kan?hahaha)  baru masuk rempah kari. Masak Sampai rempah tu pecah minyak baru masuk ayam & ubi kentang. Sebatikan dalam rempah tu sekejab baru tambah air kalau pekat sangat. Masukkan garam sesuka hati. Tunggu sampai masak. Siap

tapi aku buat jugak ayam goreng bermadu.. Ayam je bermadu ok bukan aku. Hahahaha... alah simple je perap ayam dengan kunyit,garam & madu sekejab kemudian goreng dalam minyak yang banyak sehingga ayam tenggelam. Settle.

Maka terhasilah resepi nasi ayam paling senang di cakerawala ni. Pun aku rasa dah sedap kat tekak aku. Kira ok la tu.. Kita masak untuk rasa sedap tekak sendiri kan jadi peduli hapa aku kalau orang lain kata tak sedap janji laki aku makan sehingga menjilat kuku.

Kombinasi nasi ayam & kari yang mungkin korang belum pernah cuba sebelum ni. Yelah normally nasi ayam kita makan dengan ayam perap di goreng, sup,sambal cili & kicap jer kan. Yang ni nasi ayam bersama kari. Lagipun ni je bahan yang ada maka ni je la hasilnya.

Moral of the story.. Masak ni tak semestinya kita kena ikut sebiji sebiji resepi asal. Pandai2 la kita ikut kreativiti sendiri mengikut citarasa & bahan yang ada dalam rumah. kan? Lagipun menu makanan ni kita boleh kombinasikan dengan apa je yang mungkin kita tak pernah cuba sebelum ni. Macam nasi ayam & kari ni.. Satu kombinasi yang jarang2 kita nampak. Tu salah satu contoh la.. Sebenarnya banyak makanan lain yang biasa kita makan boleh di kombinasi dengan makanan yang kita tak pernah terfikir rasanya boleh matching sebelum ni macam makanan2 ni. Tentu korang belum pernah cuba makan strawberi dengan ikan masin kan? Meh tengok macam mana orang makan strawberi dengan ikan masin kat sini >> 10 Kombinasi Makanan & minuman Yang Mungkin Anda Belum Pernah Cuba << So, boleh cuba lepas ni kan?? tak mustahil makanan biasa boleh jadi sesuatu yang luar biasa sedap bila kita bereksperimen dengan kombinasi baru.

BEGINIKAH RASA NASI AYAM HAINAN CHICKEN CURRY DI CHICKEN RICE SHOP

BEGINIKAH RASA NASI AYAM HAINAN CHICKEN CURRY DI CHICKEN RICE SHOP. Aku ni kadang2 lupa dah pernah ke tidak makan kat restaurant chicken rice shop ni... Sebab rasa macam tak pernah pulak makan kat sini. Tapi tak tau la dulu2 pernah makan tapi dah lama sangat ingatan aku dah hilang. Yang penting tahun ni.. Hari Ahad lepas kali pertama aku makan kat Chicken Rice Shop.. Kang ada pulak simpati kat aku macam kes meatball kat Ikea. hahaha.. Nak buat macam mana orang semekin.


Alkisahnya berjimbaraya kat Giant Kota Damansara.. Elok sampai memang tengah lapar tergedik gedik sangat dah. Nak survey lama2 tempat makan pun rasa perut dah tak boleh bawak berunding sangat. So, mana sempat kita terjah & bikin panas katanya. Tak tau maybe rezeki The chicken rice shop haritu.. tetiba je kami laki bini decide nak makan kat situ.

Laki aku order set nasi ayam BBQ.. aku tetiba je nampak set nasi ayam hainan chicken curry tu macam best je. Tak pernah makan nasi ayam dengan kari elok la cuba. lagipun bukan janggal sangat makan nasi ayam dengan kari kan. Almaklum la tekak melayu ni.. Dah sampai.. rupa pun nampak sedap je. Tak sempat snap pic bagai.. Memang jenis laki bini jarang nak snap pic makanan bila kat luar. Bila terbiasa so tak ingat pulak nak snap.

Ya Allah.. rasa apakah ini?? Nasi ayam di makan dengan hainan chicken curry. Rasa hujung sudu pun dah terbeliak biji mata katanya.. Amboi melampau sangat aku membayangkan rasa makanan tu. Padahal reaksi takde la sampai macam tu just aku suruh laki aku rasa dulu & dia cakap sedap je hainan chicken curry tu. Aku makan pun rasanya not bad jugak. Kira menu yang aku pilih adalah bertepatan dengan citarasa tekak aku.

Sumber Gambar : http://www.rebeccasaw.com/ayam-muhibah-the-chicken-rice-shop

Mesti sakit hati je korang baca entri aku kan?? Tajuk kemain sesuatu sangat padahal nak bagitau nasi ayam hainan chicken curry tu sedap je. Mesti la.. Tu strategi marketing katanya. Yang penting aku tak menipu. Cuma aku buat tajuk untuk tarik orang baca je. Tak salah kan??

Moral of the story.. Kalau yang belum pernah cuba makan set hainan chicken curry with rice & suop try la sekali. Maybe taste kita sama. Peace Yo!

P/S : tetiba review makanan.. kau dah kenapa?? Saja la.. mood nak mereview makanan kali ni katanya. 


MAKAN NASI SATU PERKARA YANG RUMIT BUAT ORANG YANG SIBUK

MAKAN NASI SATU PERKARA YANG RUMIT BUAT ORANG YANG SIBUK. Makan nasi ni dah jadi makanan ruji rakyat malaysia. Tak kira apa bangsa kat Malaysia memang majoriti makan nasi.. Bukan kata takde langsung orang Malaysia tak makan nasi.. tapi berapa kerat sangat kecuali budak2 tengah membesar macam anak aku memang susah nak pujuk makan nasi. Jangankan nasi.. memang susah nak makan. Takpe la apa dia makan janji dia sihat.

Gambar pinjam Google je. Tak tau sapa punya. Halalkan lah yer gambar ni

Nasi kalau time busy ni.. Memang ada orang terpaksa skip makan nasi. Yelah.. nak makan nasi at least kena duduk dengan tenang. Takde boleh makan nasi macam makan jajan. Nak suap.. nak cubit lauk.. nak gaul.. bagai.. Memang kita rasa mudah bila kita cukup masa makan tu tapi bagi orang yang hidup dia memang celik mata jangankan meroyan kat pesbuk..kalau boleh berak & kencing pun dia nak skip. Kalau boleh satu hari dia perlukan 42 jam. 24 jam memang tak cukup bagi dia. Sampai nak makan nasi pun dia rasa rumit sangat sebab perlu ambil masa yang lama.

Bagi golongan busy ni.. kalau la ada nasi yang boleh makan macam makan fastfood...  alangkah bahagia. Boleh menikmati nasi dengan masa yang singkat atau sambil buat kerja. Sekarang dah ada... Nasi pun telah di formulakan menjadi makanan fastfood katanya.. Tak payah susah nak cubit lauk.. nak gaul2.. kemudian baru suap. Semudah kau buka bungkusan.. pegang & terus gigit. Macam mana nak makan nasi macam tu... Nasi lemak pun kau tak mampu makan gigit2 macam gigit biskut. Ada.. nak tau meh la tengok kat sini >> Masak Merah Rice Wrap <<

Jadi pada golongan yang sentiasa busy dengan urusan duniawi ni.. Boleh la nikmati keenakkan nasi dengan cara paling mudah & simple. Pakia wrap je kau! lepas ni dah takde alasan kena gastrik sebab selalu lambat makan.


CARA MENGELAK DARI TERMAKAN NASI KANGKANG

Aku sampai naik risau sebab setiap hari mesti sangkut keywords cara nak buat nasi kangkang kat blog aku. Bukan la sebab aku ada bagi tutorial cara nak buat nasi kangkang tapi maybe ada entri aku sebelum ni yang cerita berkenaan sihir nasi kangkang. Dari keywords tu.. Maybe ada di antaranya menggunakan teknologi untuk cari cara membuat nasi kangkang. Tujuan Wallahualam... Maybe sekadar untuk info & tak mustahil jugak ada yang berniat nak buat pada seseorang... Na'uzubillah.. Moga2 di jauhkan kita dari terkena sihir nasi kangkang ni terutama lelaki la kan..

Dari keywords blog aku

Nasi kangkang ni selain menggunakan perantaraan Jin & syaitan tapi ramuan & cara penghasilan dia sangat sangat kotor. Bila terbayang confirm aku jadi morning sickness tetiba.. Moga kita tak jadi para wanita @ isteri yang sanggup melakukan benda syirik & khurafat tu semata mata nak ikat suami dari berubah hati pada orang lain. Ingat Mati akak acik Ooi...

Lelaki terutamanya.. Kalau korang rasa pasangan korang lain macam jer korang boleh la amalkan benda ni untuk mengelak dari terkena sihir nasi kangkang ni..

1) Tiap kali lepas solat maghrib... amalkan membaca ayat ketiga terakhir surah Al-Baqarah (maksudnya ketiga2 ayat yg terakhir Surah itu kena baca) &  Ayatul Kursyi.

2) Apabila makan, selain membaca doa makan... amalkan membaca doa berikut :-
Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiunfillardi wala fis samai wahuwassami
'ul 'alim

3) Jgn lupa solat hajat mohon kepada Allah moga sembuh dari sihir itu - sehari sekurang2nya 2 kali.

4) Rajin baca surah Al-Baqarah

 Mohonlah pertolongan dari Allah.. Semoga kita di jauhkan dari kejahatan manusia, jin & syaitan. Peringatan buat kaum wanita.. Menggunakan perantaraan jin untuk kepuasan diri percayalah benda tu akan bagi kemudaratan pada diri kita balik. Benda2 sihir semua ada korban ganti.. Dia macam pantun pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas. Takde dia bagi kat ko di halalkan dunia akhirat.. dia bagi dia nak balasan. Sampai satu ketika bila kau dah tak dapat bagi dia balasan.. benda tu akan makan diri kau balik.

Moral of the story... Dalam Al Quran dah sedia tutorial macam mana nak melembutkan hati pasangan.. Nak mengikat hati pasangan kenapa perlu guna khidmat jin & syaitan. Guna khidmat jin ni tak mudah pun.. dia demand macam macam jugak padahal guna jalan yang Allah dah bagi tu sebenarnya lebih mudah tapi kita je tak nak ikut & suka menyusahkan diri.

INILAH RUPA NASI GORENG KAMPUNG PERDANA MENTERI MALAYSIA

Orang dah ramai mula balik kampung tapi family kecik aku belum memulakan perjalanan. Maka rutin harian aku kat rumah bila takde apa nak buat scroll news feed FB la tengok update2 orang yang tak balik raya lagi & orang tengah dalam perjalanan balik kampung. tetiba ternampak post dari Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Razak.


Rupanya taste sama dengan Ahmad maselan jugak suka makan nasi goreng.. even dia membesar sebagai anak perdana menteri yang tak pernah tak cukup makan pakai joli bagai.. tapi tetap la taste dia tekak melayu jugak iatu nasi goreng kampung. Kalau dah melayu tu melayu jugak la kan...

Ni la rupa nasi goreng kampung yang PM kita makan masa sahur.. sama jer macam nasi goreng kita cuma maybe kita punya views lebih sedap kot. hahahaha

Ni la pemimpin berjiwa rakyat katanya.. selera pun selera rakyat... (Maybe statement ni bakal di limpahi cacian paling trajidis.. hikhikhik) Mesti acik rosmah gigih bangun pepagi goreng nasik kat uncle ajib kan? Tu la ciri2 isteri solehah yang patut di contohi semua isteri isteri... hikhikhikhik. Aku pun ada gak ciri2 bini camtu tau.. buktinya sampai sahur hari ke 28 ni pun tak skip lagi tau. Yelah.. takut tak sahur nanti asben gi keja kena gastrik pulak. Dia pernah sakit sebab suka skip makan.. So aku pun trauma jugak takut laki aku sakit.

Moral of the story.. Kalau PM datang beraya tempat korang jamu nasi goreng kampung pun dah cukup. Peberet beliau tu... hehehehe

MISTERI NASI TAK BASI SEPANJANG BULAN PUASA

Nasi tak basi pun jadi misteri ke? Misteri la jugak kalau sampai 2 3 hari tanpa di simpan dalam peti sejuk tapi nasi tak basi sebab sebelum ni.. kalau masak siang, siang esok mesti basi. Kadang2 pelik nasi basi tak sampai 24 jam. Masuk jer bulan puasa... Sampai 3 hari nasi tak basi. Memang agak pelik..

Sumber Google

Sebabnya.. cara masak sama. Jenama beras sama. Periuk yang sama jugak masak nasi. Tapi kenapa hari2 biasa cepat sangat basi tapi masuk jer bulan puasa nasi terus jadi lambat basi walau berhari hari. Tu yang aku pelik sekarang ni. Sebab berlaku kat aku.  Selalu kita dok baca kalau makanan cepat basi mungkin salah satu tanda rumah tu ada jin.. Gamaknya bulan puasa jin balik kampung ke hapa. Yelah.. Bulan puasa ni yang kena ikat Iblis & syaitan bukan jin.

Bagus la sempena bulan puasa ni jin2 yang pernah dok membasikan nasi aku dah dapat hidayah terus berubah jadi jin yang baik. Moga jin2 tersebut Istiqomah la melakukan kebaikkan. Gangguan bunyi2 pun dah takde sepanjang 5 hari berpuasa ni. Takde pulak dia sibuk mengemas bagai bulan puasa ni kan. Maybe letih puasa kot. Kalau tak kejab bunyi seret perabut,kerusi, bunyi guli.. 

Apapun itulah keistimewaan bulan Ramadhan yang mulia.. Terhindar dari bisikan syaiton yang ada cuma bisikan "yusof Taiyob" jer...  kalau ada jugak dok jadi jahat bermakna memang bukan pasal syaiton la dia jahat tapi dia memang jahat.

Moral of the story... Bila Iblis &syaitan dah kena ikat korang jangan take over tugasan depa pulak. Dah takde alasan nak salahkan iblis & syaitan.


RAHSIA NASI GORENG SARDIN TAK MELEKAT LEKIT

Nasi goreng sardin tak berapa popular lagi. Ada yang tak pernah cuba pun. Aku pun baru je cuba2 buat lepas tengok ntah mana blogger upload gambar nasi goreng sardin tak lama dulu. Takde la sampai google resepi nak masak nasi goreng sardin. Nama pun nasi goreng konsep dia sama jer macam nasi goreng lain cuma tambah sardin je.

Tapi cara aku, nasi goreng mesti tak berminyak sangat & nasi tak melekat lekit & berketul2. Jadi cara aku buat nasi goreng sardin ni memula macam biasa panaskan minyak tumiskan bawang, kalau ada daging/ayam & sayur yang nak ambil masa untuk masak aku akan masukkan sayur tu dulu, macam semalam aku guna 2 jenis sayur. Kubis & sawi. Jadi aku masakkan dulu kubis & batang sawi.. daun sawi aku hold sekejab. Sekejab jer baru aku masukkan sardin. Tapi mesti hancurkan dulu sardin. Sardin pun tak banyak sebab aku tak suka kalau terlebih sardin nanti dia bergumpal dengan nasi bukan je rasa sardin tu terlebih malah rasa tak sedap kalau terlalu tebal rasa ikan sardin & menenggelamkan rasa bahan2 lain. Jadi aku guna dalam 2 ketul sardin size besar tu. Erkk.. tak sampai 2 ketul seketul lebih sikit jer. Nak makan pun 2 orang jer.  Semua rasa mesti seimbang baru sedap. Bukan je sedap view pun cantik. Kita pun kalau tengok nasi goreng basah berketul2, berminyak takde selera jugak kan. hanya ikan sardin aku tak guna sos sardin yer. Nanti nasi goreng jadi basah, memang bukan taste aku.

Lepas dah goreng sekejab sardin tu baru aku masuk telur hancurkan tapi jangan sampai masak telur tu kemudian masukkan nasi. Gaulkan sehingga semua bahan jadi sebati masukkan daun sawi & garam secukup rasa. Goreng sekejab sampai rasa puas hati lepas tu boleh la hidangkan sesuka hati. Nak pedas korang pepandai la tambah cili ke hapa yang patut. Asben aku pantang makan pedas so nasi goreng sardin aku memang bebas sebarang cili 100%.

Jemput tengok

Lepas dah hidang dengan sesuka hati takkan tengok je makan la sekenyang hati. Ops.. kita di ajar berhenti sebelum kenyang & makan sebelum lapar. So jangan ikut nafsu syaiton sangat yer. hehehehehe

Jadi inilah cara lekat lekit masak nasi goreng sardin yang tak melekat lekit. Sebab ada yang tanya resepi jadi aku bagi resepi berkonsepkan sembang2 bawah pokok jer. Tak formal sangat macam cik mat gebu tulis resepi katanya. Selamat mencuba semua. hahahaha

Moral of the story.. rahsia nasik goreng sardin tak melekat lekit & berketul2.. nasi kena sejuk, jangan terlebih ikan sardin & kalau boleh jangan guna sos sardin. Kalau nak guna letak sikit jer. hehehehe



AKIBAT MAKAN NASI DICAMPUR NAJIS & DARAH HAID

Ni resepi baru ke hapa? Nasi campur taik @ Najis & darah haid? Bukan resepi baru dik Ooi.. ni resepi dari zaman tok nenek kita lagi tapi bukan semua orang amalkan resepi ni. Orang2 tertentu dengan tujuan tertentu je buat. Tapi amaran keras korang jangan pulak nak try resepi ni kat rumah yer... Na'uzubillah...

Sumber google sekadar hiasan

Mesti pengomen tajuk entri pening nak komen kan? Tak sabaq ni nak buat spekulasi... baca tajuk terus buat kesimpulan. Cuba amalkan siasat dulu sebelum berhujah. Baca dulu sebelum mempersoalkan biar nampak bijak sikit yer reader2 sekalian.

Semalam.. sempat tengok DVD filem Nasi Tangas @ Nasi Kangkang yang aku beli hari raya haritu. Baru berkesempatan nak tengok sebab sebelum ni dok layan drama kat TV. Almaklum raya drama2 best jugak kat tv. So, baru semalam sempat mentelaah Nasi Kangkang tu.


Filem ni.. Bagi aku Takde la bosan sangat cuma pemilihan pelakon utama tu yang tak sesuai. Maybe sebab pelakon baru.. lakonan tu sekadar boleh berdialog je la. Kurang power buat watak yang depa mainkan tu jadi kurang berkesan even jalan cerita bagi aku agak best. Cuma cerita ni simple sangat la... Dari start sampai ending. Takde suspend sangat. Mendatar jer jalan cerita dia. Tapi bagi yang tak tahan loya tu.. Aku tak tau la boleh tengok ke tak. Sebab dalam filem tunjuk agak real cara2 nak buat nasi tangas @ nasi kangkang dengan benda2 kotor macam darah haid & najis yang di campur dalam nasi kemudian di bacakan jampi serapah. Lepas di makan oleh orang yang di seru untuk di tundukkan, terus jadi bodoh orang tu tak reti membantah dah. Aku terus terang tang babak darah haid & taik tu memang surrender la even aku boleh tengok rupa hantu paling seram sekalipun.

Kisahnya.. Si Mak bagi si ayah makan nasi kangkang sebab si ayah ni jenis baran & jahat. Suka pukul si mak.. Yang si anak mak dia ajar bagi laki dia makan nasi kangkang sebab si anak ni cemburu buta. Jeles dengan kawan baik merangkap bisnes partner laki dia sebab depa agak rapat. Ending dia akhirnya si ayah tahu dia di sihirkan.pergi berubat kemudian jadi normal macam biasa. Lepas si ayah tahu,Mengamuk la kat si mak. Masa tengah bergaduh datang saka si mak ni bunuh si ayah. Yang si anak ni, akhirnya laki dia pun tahu jugak sebab di bantu kawan yang tahu apa berlaku, pergi berubat tapi sebab sayangkan bini dia anggap apa yang berlaku salah dia sebab mengabaikan perasaan bini dia sehingga menyebabkan si bini ni melakukan benda2 khurafat macam tu. Ending dia si bini jadi gila. Dua pengajaran dalam cerita ni kepada lelaki.. Satu jangan menganiaya kaum wanita.. silap haribulan kena nasi kangkang tak guna sesen. Pengajaran kedua.. bila dah kahwin tu pergaulan dengan kawan perempuan tu even baik macam mana pun tak boleh la rapat sangat bila dah ada bini. Cemburu seorang perempuan ni kadang2 tak dapat nak ramal walau kau takde apa2 perasaan kat kawan kau pun tapi bagi pihak bini tu dia tengok lain perasaannya kalau rapat sangat.

Cerita ni kalau korang tahan dengan benda2 geli geleman tu boleh la layan.. Nak kata seram tak seram mana. Nak kata banyak suspend pun tak berapa suspen. Cuma yelah.. kita boleh tengok & tahu macam mana nasi kangkang @ nasi tangas tu di buat. Betapa kotornya ramuan yang di gunakan. Jadi peringatan pada kita.. kalau mencurigakan sila amalkan ayat2 pendinding yang ada dalam Al Quran Insya Allah kita di lindungi dari orang yang berniat tak baik.

P/S : Jangan ada yang tiru pulak resepi buat nasi kangkang dari filem ni. Apapun MiG untuk filem ni aku tak kritik sangat cuma tu la kalau nak buat filem bagi la yang talented sikit. jangan asal boleh jual muka jer..

TERGAMAK BAGI MAKCIK TUA TU MAKAN SISA NASI ORANG

2014 dah kita kan? Maaf la aku takde rasa nak celebrate new year kat FB mahupun mana2 laman sosial ni. Setiap hari adalah hari baru jadi setiap hari ada azam yang kadang azam yang sama atau berubah mengikut situasi, keadaan, mood & keinginan. Jadi.. takde la nak list azam bagai setiap hujung tahun. Setiap hari pun aku harap hidup aku lebih baik dari semalam & hari2 yang seterusnya.

Berbalik pada cerita berdasarkan tajuk entri ini bukan kisah copy paste dari mana2 akhbar atau cerita yang si share dari orang2 yang aku tak kenal. Kisah ni kawan aku sendiri yang share kat FB. Bukan kisah yang di ceritakan dari mulut ke mulut tapi kisah ni berlaku depan mata dia & kisah ini adalah kisah yang berlaku dalam hidup dia tak lama dulu. Sentap hati seorang manusia bila daku baca sambil bayangkan keadaan masa tu.

Sumber Google

Kisah ni menurut kawan den berlaku pada tahun 2010.. waktu dia & family dia pergi bercuti kat terengganu & singgah makan kat satu kedai. Masa tengah makan tu dia perasaan anak perempuan dia umur 6 tahun tak jamah pun nasi kat pinggan tapi asyik perhati seorang makcik tua duduk tersadai tepi dinding di hujung kedai tu. Tiba2 datang tokei kedai tu campak bungkusan plastik berisi sisa makanan orang kat makcik tu. Dengan rasa penuh syukur makcik tu menadah tangan berdoa. Hampir2 makcik tu makan sisa nasi tu tapi sempat lagi kawan den ni tepis tangan makcik tu, halang dari makcik tu makan sisa nasi orang. Dia bawa makcik tu untuk ambil makanan baru dari kedai tu tapi masa kawan den sampai ke kaunter nak bayar makanan makcik tu tokei kedai tu marah pulak katanya makcik ni hari2 datang minta makanan kat kedai dia. Dia tak suka. Kawan aku tu tegur la sikap takde perikemanusiaan tokei kedai tu .. sebab kebiadapan pekedai tu menghina seorang makcik tua yang kelaparan tu.. anak kawan den ni pun tawarkan nasi di pinggan yang tak di sentuhnya sejak tadi pada makcik ni.


Itu kisah realiti yang berlaku. Kisah manusia yang bersifat kesyaitan dan kisah budak kecil 6 tahun yang lebih ada rasa perikemanusiaan, simpati & kasih sayang walau dengan orang yang tak pernah di kenali. Bagi den sepinggan sehari dia sedekah nasi & lauk pada makcik tu.. takkan bankrup kedai makan dia tu. Dia sombong sebab Allah tak tarik lagi kenikmatan... sekali Allah tarik & humban dia dalam situasi makcik tu baru dia rasa apa rasanya di beri makan sisa. Makcik tu seorang manusia bukan haiwan malah haiwan pun ada manusia tak tergamak bagi sisa makanan.. Orang macam tu dengan manusia pun dia layan macam tu, gamaknya dengan haiwan sebutir nasi pun dia berkira.

Orang2 sekeliling pun mainkan peranan jugak jangan hanya tengok & tak buat apa2. Bayangkan kawan den yang dari kedah sana.. datang terengganu & tengok situasi macam tu dia saja yang datang hulurkan sedekah.. yang setiap hari makan kat situ takde sorang pun yang pandang dengan penuh simpati?? takde ke?? kalau ada maybe tak sempat kawan den tu nak tolong makcik tu maybe orang lain terdahulu hulurkan bantuan.

Ingat dalam rezeki kita sehari hari.. ada rezeki orang lain atau makhluk lain. Mungkin kalau peminta sedekah yang minta duit tu kita meragui.. tapi bagi den kalau yang meminta makan untuk sekali makan tu kalau kita mampu bagi la dia makan. Tak payah berkira sangat. Sedekah tak pernah buat sesapa pun jadi miskin malah Insya Allah.. Allah akan membalas dengan rezeki yang berganda supaya kita boleh berkongsi dengan orang lain yang memerlukan. Hope kisah ni jadi peringatan & pengajaran terutama pengusaha restoran/kedai makan.


** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com