UNFRIEND BUKAN PUTUS SILATURRAHIM
Sebelum aku membebel panjang di bulan ramadhan yang mulia ni nak jugak aku cakap awal awal bahawa apa yang bakal aku tulis bukan untuk tuju kat sapa sapa. Apa yang bakal aku tulis nanti tu terdetik & terilham dari kepala otak aku dari situasi yang berlaku tak bermakna aku nak tuju kat mana2 individu jadi kalau ada yang terasa nanti anggaplah kebetulan. Yang mana baik ambil sebagai teladan yang buruk tu jemput la tegur kat komen nanti.
Sumber carian google
Aku jenis fighthing & dalam pada masa yang sama aku bukan jenis keras kepala & hati sangat. Aku tak susah untuk minta maaf.. even aku kalau minta maaf secara private. Aku tak reti nak buat status gud gud yang berunsur Islamik yang nak buat orang pandang aku macam solehah sangat padahal dalam pada masa yang sama dok mengumpat orang jugak.. Aku tak reti nak petik nama2 orang berpengaruh untuk sokong aku & aku tak reti nak membodek jugak sebab tu aku kalau komen memang jenis terus terang. Kalau aku tak setuju tetap tak setuju even siapapun kau & apa kepentingan kau ada. Bagi aku seorang kawan tak semestinya sentiasa Yes dengan kita. Tu tak normal. Ada muslihat kalau kawan jenis tu. Apa kita kata.. apa kita buat.. semua jadi betul, ye dak?? sedangkan kita cuma manusia yang tak lepas dari kesilapan.
Kalau aku unfriend sesiapa tu ketahuilah.. Aku cuma taknak terus berperang sindir.. sebab sindir menyindir ni la punca wujudnya perasaan benci & dendam dari kita duduk setempat berdebat. Kalau duduk dalam satu tempat berdebat.. lepas habis isu tu.. dah abis la cerita tu. Kalau dok sindir.. banyak keburukkan. Sebab yang di tuju tak jelas pada siapa.. tapi yang ada buat mesti terasa. Silap haribulan yang tak di tuju tu terasa.. yang di tuju pun terasa dah jadi 2 musuh dalam satu masa even kita nak shoot untuk seorang je. Bagi aku biarlah takde apa2 perasaan antara kita dari kita saling membenci maka unfriend adalah pilihan yang terbaik.
Moral of the story.. Kita nak sarcasm boleh tapi biar kena pada caranya jangan kita nak sarcasm benda yang betul orang cakap & salah kita buat sebab tak puas hati sebab kita ada buat tu bukan perkara bagus sangat. Apapun perbezaan pendapat tu bagus cuma yang jadi tak bagus bila perbezaan jadi pergaduhan. Jadi sama2 kita control diri termasuk aku.