BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 6.. AKHIRNYA IFFAT TAHU TENTANG PERKAHWINAN AFEEF & DAMIA
BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 6.. AKHIRNYA IFFAT TAHU TENTANG PERKAHWINAN AFEEF & DAMIA. Cerita ni dah semakin panas sekarang.. Fasa fasa ketegangan sedang berlaku katanya. Bila Afeef kembali ke Malaysia bersama seorang kanak kanak. Pengakuan Afeef kepada keluarganya tentang perkahwinan dia & damia di luar negara.. Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak bernama Aqil.. Episod 5 aritu Iffat masih tidak tahu tentang tu..Untuk episod 6 ni.. Akhirnya selepas Afeef kembali ke UK, ibu bapa mertua Afeef membongkar perkara tu pada Iffat.. Kecewanya Iffat hanya Tuhan saja yang tahu. Dia bukan saja menjadi isteri yang tidak di pedulikan malah di curangi kepercayaan dia selama ni. Pun begitu keluarga mertua Iffat berharap perkara tu tak membuatkan mereka bercerai berai. Iffat terkilan sebab semua orang suruh dia bersabar seolah2 dia seorang yang tiada perasaan atas apa yang Afeef dah buat pada dia. Sapa2 pun akan rasa macam tu.. Untuk merealisasi permintaan orang lain dia terpaksa berkorban perasaan dia sendiri.
Akibat terlalu kecewa Iffat menyuarakan keinginan dia nak bercerai dengan Afeef pada mak dia.. tapi mak dia suruh dia fikir masak masak. Bagi Iffat dia dah tak mampu percayakan Afeef lagi. semua orang menasihati Iffat supaya buat keputusan yang terbaik.. Jangan terburu buru untuk bercerai tapi waktu ni Iffat nampak sangat kecewa seolah olah tak mampu nak terima apa yang Afeef dah buat pada dia...
Walau simpati dengan Aqil (anak Afeef & damia) yang mula mesra dengan dia (Iffat) tapi di sebabkan terlalu kecewa dengan Afeef dia bertekad untuk menjauhkan diri dari Aqil & cuba melupakan Afeef. Tapi di sebabkan mak mertua dia datang merayu minta Iffat jumpa dengan Aqil sebab Aqil sampai demam rindukan Iffat.. Akhirnya Iffat beralah jugak & pergi berjumpa dengan Aqil. Sesampai je kat rumah mertua dia..Aqil demam panas. So kelam kabut di bawa ke hospital. Atas rasa simpati.. Iffat terima juga Aqil. Siap panggil mama lagi tu..
Afia terima panggilan dari abang dia (Afeef) suruh minta tolong Iffat ambil dia kat airport. Namun berita kepulangan Afeef sikit pun tidak mengembirakan Iffat.. Yelah, orang dah frust kan. Dah tak ada rasa excited. Bila nampak Afeef kat airport Iffat jadi berdebar debar... Mungkin sebab perasaan sayang pada Afeef tu masih ada.. Maka bersambung petang nanti pulak..
Biar aku Jadi Penunggu Episod 6 Boleh tonton kat sini
Entri sebenarnya entri yang draft semalam.. Tapi semalam malas nak post sebab nak post entri cerita seram Hantu Melati so postpone hari ni baru post. hehehehe