DIA HANYA MAHUKAN ISTERI BUKAN ANAK
Teringat satu kisah kawan satu ofis sang lekit dulu. Cerita ni bukan cerita yang berlaku pada dia tapi berlaku kepada kakak dia sendiri. Dulu dengar kisah ni cuma rasa simpati jer tapi sekarang bila ingat balik kisah ni rasa bertuah. Nak tahu kisah apa & kenapa sang lekit rasa macam ni.. Jom kita baca kisah tersebut..Kisah ni kategori kisah rumahtangga jugak. Alkisahnya.. kakak kepada kawan 1 ofis sang lekit dulu.. Suami dia jenis tak suka budak2. Kalau budak2 pun tak suka, bayi apatah lagi, kan?? Tapi setiap pasangan yang berkahwin mesti la mengharapkan cahaya mata dari zuriat sendiri, kan?? Tapi sayangnya hanya si isteri jer nak kan anak, si suami nampaknya tak berminat untuk ada zuriat sendiri. Tak tau la apa sebab musababnya..
Kuasa Tuhan.. Akhirnya si isteri ni mengandung & lahirkan juga anak. Menurut cerita kawan sang lekit tu.. Suami dia tak pernah sentuh atau cuit2 apatah lagi nak main2 dengan anak dia tu sejak lahir.. Tapi sekarang tak tahu la macam mana. Budak tu rasanya dah besar. Kita cerita waktu cerita tu di ceritakan pada sang lekit dah la yer.. Kehadiran si kecil tu memang tak mengubah perangai si suami yang tak sukakan budak2. Sedih si isteri kenangkan nasib si anak. Si Ayah tak pernah nak pegang apatah lagi bermanja dengan si anak tu. Bila si anak datang pada Si Ayah, Si Ayah buat tak tahu jer.. Jadi Si Isteri ambil keputusan cukup la sekadar seorang anak & tak mahu tambah2 lagi.
Masa dengar cerita tu memang simpati. Bila dah ada anak sendiri ni sang lekit rasa bertuah sebab Dady amat sayangkan lala walau sebelum ada anak dady pun jenis tak suka baby, tak suka budak2. Tak di sentuhnya anak orang. Apa lagi nak cuit2 @ usik2. Alhamdulillah bila di kurniakan anak sendiri dady berubah. Dia pandai jaga baby walau dia tak pernah ada pengalaman uruskan bayi sekecil lala. Dia rasa bangga ada lala.. Beruntung kita yang memiliki suami yang menerima zuriat kita seadanya & menyanyangi sepenuh hati berbanding mereka2 yang memiliki suami yang hanya mahu ada isteri dalam hidupnya tapi bukan anak. kan?? Jadi belajarlah bersyukur.
Permata hati kami