DIA HANYA MAHUKAN ISTERI BUKAN ANAK

12/14/2011 05:28:00 PM suria lekatlekit 27 Comments

Teringat satu kisah kawan satu ofis sang lekit dulu. Cerita ni bukan cerita yang berlaku pada dia tapi berlaku kepada kakak dia sendiri. Dulu dengar kisah ni cuma rasa simpati jer tapi sekarang bila ingat balik kisah ni rasa bertuah. Nak tahu kisah apa & kenapa sang lekit rasa macam ni.. Jom kita baca kisah tersebut..

Kisah ni kategori kisah rumahtangga jugak. Alkisahnya.. kakak kepada kawan 1 ofis sang lekit dulu.. Suami dia jenis tak suka budak2. Kalau budak2 pun tak suka, bayi apatah lagi, kan?? Tapi setiap pasangan yang berkahwin mesti la mengharapkan cahaya mata dari zuriat sendiri, kan?? Tapi sayangnya hanya si isteri jer nak kan anak, si suami nampaknya tak berminat untuk ada zuriat sendiri. Tak tau la apa sebab musababnya..

Kuasa Tuhan.. Akhirnya si isteri ni mengandung & lahirkan juga anak. Menurut cerita kawan sang lekit tu.. Suami dia tak pernah sentuh atau cuit2 apatah lagi nak main2 dengan anak dia tu sejak lahir.. Tapi sekarang tak tahu la macam mana. Budak tu rasanya dah besar. Kita cerita waktu cerita tu di ceritakan pada sang lekit dah la yer.. Kehadiran si kecil tu memang tak mengubah perangai si suami yang tak sukakan budak2. Sedih si isteri kenangkan nasib si anak. Si Ayah tak pernah nak pegang apatah lagi bermanja dengan si anak tu. Bila si anak datang pada Si Ayah, Si Ayah buat tak tahu jer.. Jadi Si Isteri ambil keputusan cukup la sekadar seorang anak & tak mahu tambah2 lagi.

Masa dengar cerita tu memang simpati. Bila dah ada anak sendiri ni sang lekit rasa bertuah sebab Dady amat sayangkan lala walau sebelum ada anak dady pun jenis tak suka baby, tak suka budak2. Tak di sentuhnya anak orang. Apa lagi nak cuit2 @ usik2. Alhamdulillah bila di kurniakan anak sendiri dady berubah. Dia pandai jaga baby walau dia tak pernah ada pengalaman uruskan bayi sekecil lala. Dia rasa bangga ada lala.. Beruntung kita yang memiliki suami yang menerima zuriat kita seadanya & menyanyangi sepenuh hati berbanding mereka2 yang memiliki suami yang hanya mahu ada isteri dalam hidupnya tapi bukan anak. kan?? Jadi belajarlah bersyukur.

Permata hati kami

27 comments:

  1. alhamdulillah
    akak pon sgt bersyukur dgn jodoh dr syurga ini...suami yg terbaek & ayah yg terhebat!

    tahniah juga buat mummy lala & lala sbb punya asben & dady yg HEBAT!!!

    ReplyDelete
  2. wooo...ada gk org cmni rpenya.hmmm..len org len ragam.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. suami dye tu belum dpt hidayah lg dan belum dye tahu yang aanak itu rezeki dr allah tuh (:

    ReplyDelete
  4. 1st time dgr kesah gini..kesian kan..tp hati manusia bleh berubah kan..tgk gelagat si baby msti ht jd lembut..terhibur je rase kan...

    ReplyDelete
  5. sy nak anak tapi tak mo isteri..
    boleh??
    hahaha

    ReplyDelete
  6. sedih plak luahan ini.. apa lah nasib si anak itu tanpa kasih sayang dan belaian seorang ayah... hmmmm

    ReplyDelete
  7. wah lelaki ini kita sekepala la...haha haaa kak lekit syabab suka sgt ngn baby nk picit2 jer... tp xmo isteri wat mase ni lah...hahaha

    ReplyDelete
  8. aku pernah kes suami cemburu dengan anak sendiri...

    kes mcm ni, dinamakan suami yg kurang kasih syg dari kecik...

    dia yg nak jadi baby.

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah, dikurniakan suami yang sangat sayang anak2!

    ReplyDelete
  10. askm, simpati jugak suami xsuka anak.

    ReplyDelete
  11. alahai comelnya baby sis ^^...lama tak sggh sini baca entri.

    suami peel macam tu mmg banyak.ingat lagi atok kite pernah cakap "dia kawin sebab nafsu je.pelik kalau kawin tak mau anak!"

    ReplyDelete
  12. lembutkan hati orang macam ni dengan surah thaha ayat 1-5

    ReplyDelete
  13. huhu..pernah jugak berdepan dgn pasangan yg mcm ni.

    apepun alhamdulillah buat kita..

    ReplyDelete
  14. Apalah nasib si anak tanpa perhatian si ayah.Harap si ayah berubah sebelum terlambat..

    ReplyDelete
  15. Kesian kat anak tu, tak dpt kasih sayang seorang ayah. Ada gak wujud manusia macam ni kan. Anak kan rezeki...hhhmmmmm...

    ReplyDelete
  16. samala macam hubby kayrul gak..anak2 nie akan mengubah perangai seorang lelaki nie

    ReplyDelete
  17. how dare he does that to his own child. this is so unbelievable..tapi kasih sayang seorang manusia berbeda2, bukan? emm :( for me, child is a very precious sustenance..makanya jagalah dan sayangilah mereka sebaik2nya! happy to see cutie lala..hehehe.

    ReplyDelete
  18. Betul tu mummy..
    Moga suami kita lebih sygkan anak dari diri mereka sendiri..
    Tiap kali tgk keakraban anak & bapak hati kecil ibu ni mudah sgt tersentuh..

    ReplyDelete
  19. alahai,takkan smpai cm tu.ada anak sendiri pon xsentuh.ich apa jenis ayah lah cm tu.

    ReplyDelete
  20. hurmmm.. ade gak jenis mcm tu eh.. selalunya pasangan yg berkahwin mesti impikan nak berkeluarga.. kalau tak nak anak mcm mana nak ada zuriat.. harta2 yg ada nak diwariskan pada siapa kalau bukan anak2.. mcm2 ragam manusia ni.. haha!

    ReplyDelete
  21. betul.. hidup ni kena bersyukur.......

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah..
    Permata hati yang comel dan
    penyejuk hati yang memahami :)

    Latest Post:
    1. Yang kau kahwin tu, kau pernah kahwin sebelum ni?
    2. Lupakan cinta lama. Kau boleh?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com