PELAKON BERTUDUNG DAH TAK KISAH DI PEGANG & DI PELUK LELAKI
Bukan la nak bergosip pasal retis memalam senin ni kan.. Tapi bila dah nampak depan mata sebagai manusia ni terbercakap la jugak sepatah dua kata. Bukan la kata retis jer yang buat, malah kat luar sana pun sama jugak bagi golongan bukan retis. Tapi apa yang lebih tak berapa sedap nak tengok bila pelakon2 bertudung sekarang keterbukaan mereka sama jer macam artis artis seksi yang dok ada.Bila tertengok drama episod yang tengah di tayangkan sekarang ni.. Tak payah tengok full episod tengok iklan pun boleh nampak babak2 pegang peluk pelakon wanita bertudung ni.Dulu aku ingat dia just pegang watak perempuan bertudung rupanya dia memang bertudung pun. So, aku jadi sedikit pelik dengan aksi2 dia dalam drama tu.
Sumber google
Sayangnya tudung hanya fesyen kepala jer bila tetap melakukan aksi bersentuhan, berpegangan & berpelukkan dengan lelaki secara terbuka macam tu. Mesti ada nak backing.. abis dah watak laki bini mesti la kena sentuh2 pegang2 jugak kalau tak, tak nampak real la. Kalau nak real sangat awat tak tunjuk babak beromen. Lagi real nampak macam laki bini. Sebab dia membawa imej bertudung tu orang pertikai. Imej bertudung ni mengambarkan imej perempuan gud gud katanya. Bukan aku kata yang tak bertudung ni jahat & boleh buat apa jer babak.. Tapi bila dah kau sarung tudung tu kau membawa imej muslimah tapi bila kau berlakon macam tu rasa tak tau pulak nak cakap kau bawak imej apa. hahahahaha. Kang aku kata dia bawak pengaruh tak elok ada pulak yang mai hentam sebelum dia berlakon pun memang dah berlaku benda macam tu kat luar sana. ye betul! Tapi sebagai public figure tak boleh ke tunjuk tudung tu bukan sekadar fesyen jer. Tetiba rasa respect pulak kat Izzue Islam yang boleh meletakkan syarat tidak mahu melakonkan babak intim, romantik yang perlu bersetuhan secara berlebihan. Yelah... kang ada kata Izzue Islam dah ada nama, sipolan tu baru satu drama nak Up, maka tak boleh banyak songeh. Yelah.. yelah.. tunggu popular dulu katanya baru boleh cerewet.
Bukan la aku ni sebaik baik manusia di muka bumi ni tapi kasihani la mereka yang berhijab. Benda2 macam ni buat orang pandang bertudung pun tak bermakna tak boleh sentuh. Macam berlakon, touch & go. Dah cemuih, tinggal je. Orang akan hilang rasa respect pada golongan bertudung sebab tudung ke tak tudung ke asal kau bayar aku buat jer apapun. Takde beza pun.
Moral of the story... Nak buat apapun memang hak memasing jadi bila orang nak kutuk atau kritik pun jangan lupa hak orang jugak. Jangan bila kena jentik, c u in court sudah padahal dia bagi topik untuk orang bercakap takde lak dia fikir kan? kekekekekeke
P/S : jangan tetiba bagi alasan.. tak sengaja sudah! hahahaha