Showing posts with label wanita hari ini. Show all posts

TAK PANDAI MAIN SEBAB TU TAK DAPAT ANAK

TAK PANDAI MAIN SEBAB TU TAK DAPAT ANAK. Tu dia sentap orang baca tajuk entri. Kemain kau lekatlekit.. Tak sayang jari ka menaip statement kojaq (kurang ajar) macam tu. Hang nak kena kecam secara berjemaah ka? Hang tu anak ramai sangat ka? Setakat baru sorang anak tak payah bajet hang terer sangat la buat anak..


Tu dia... marah betul hangpa na.. Tak dan kami nak explain terus kena sembur bertubi tubi. Bukan kami yang kata lagu tu tapi itulah ayat gurauan paling kojaq (kurang ajar) sesetengah dari kita bila berdepan dengan golongan yang dah berkahwin tapi belum di kurniakan anak. Bukan apa.. tadi kami tertengok rancangan wanita hari ni.. Topik hari ni pasal pasangan yang tak ada anak. Tengok pun dah dekat2 hujung topik. Sempat terdengar salah seorang panel jemputan yang sebut pasal perkara ni.

Katanya antara paling melukakan.. memalukan & mengaibkan bagi dia yang tak ada anak adalah bila di usik atau di sindir dengan ayat.. 'Tak pandai main sebab tu tak ada anak'. Nak2 benda tu di lontarkan di khalayak ramai secara umum.. Main yang dia maksudkan tu pepaham je la kan main apa. Bukan main konda kondi ok.. Benda - benda macam tu adalah perkara yang rasanya tak manis di jadikan bahan gurauan macam tu nak2 lagi kat orang yang di uji tak ada zuriat ni. Kau ingat kau terer sangat ke 'Main' anak berderet cukup 1 team bola tu?? Kau ingat sebab kau pandai main ke kau dapat anak? Hek kau!!

Mungkin sesetengah orang boleh terima gurauan macam tu tapi kena tahu bukan semua orang boleh terima nak nak lagi bagi golongan yang di uji dengan tidak di kurniakan zuriat. Golongan macam ni selalunya agak sensitif bila orang sebut berkaitan zuriat ni apatah lagi dengan memalukan mereka dengan gurauan macam tu. Boleh menyebabkan mereka stress, tertekan, malu & depression juga ok! Jangan di sebabkan kita yang bergurau tak kena tempat ada yang cuba membunuh diri pulak.

Kena ingat bukan saja tak ada anak tu ujian malah yang ada anak ujian lagi besar ok! Kau nak kena tanggung dosa pahala anak selama dia berada di bawah tanggungjawab kau. At Least orang tak ada anak ni.. kat sana dia tak ada soal jawab cara dia membesarkan anak. Kita ni nanti yang nak kena jawab kat sana.. Tu cerita bila lepas mati. Cerita masa hidup ni tak tau lagi lagu mana kejadiannya anak kita bila dah besar nanti. So jangan berlagak sangat la kita boleh beranak pinak macam kilang. Belum tentu semua production tu menjadi elok tertib lentik, ok! Mungkin dia tak ada anak tapi dia anak ni ok >> 3 Top Picks From Audi's Open Haus That Will Wow Your Family & Friends This Year << Kau hado?? So, ketahuilah rezeki setiap manusia tu berbeza.

Moral of the story.. Bergurau tak salah sebab kadang2 gurauan tu perlu untuk mengeratkan silaturrahim tapi bergurau pun kena ada batas & kena tahu juga dengan siapa & apa yang kita nak jadi bahan gurauan. Jangan fikir semua gurauan tu buat orang rasa terhibur ada yang orang rasa macam nak lebur je muka korang tu ok! So, elakkan dari bergurau dengan ayat 'tak pandai main tu' sebelum ada yang kena belasah sampai mandul. hehehee

MENGIDAM MAKAN TAHI AYAM MASA MENGANDUNG

MENGIDAM MAKAN TAHI AYAM MASA MENGANDUNG. Hari ni lewat sikit layan blog sebab anak aku ada group therapy pagi. Selalunya pukul 11 pagi.. hari ni start 8.30 pagi.. so, pukul 7 dah kena merendah onak duri dia jalan raya yang sana sinun jam.. Nasib baik sampai awal & sempat singgah breakfast. Dah habis semua rutin mingguan tu, Sambil dok rehat2 selepas selasai mop lantai & cuci/ampai baju bajan.. boleh la layan rancangan bual bicara wanita hari ni. Hari ni topik mengidam.. Agak menarik.


Terdengar perkongsian dari penonton melalui media sosial yang katanya masa mengandung mengidam makan tahi ayam yang basah2 & berlendir. Aku sambil tulis ni rasa loya membayangkan.. Jadi aku tak sanggup nak bayangkan macam mana sipolan tu melayan mengidam dia makan tahi ayam. Kita ni bau tahi ayam pun ada yang muntah sampai cuci usus tu.. Ya Allah.. tak sanggup aku bayangkan orang mengidam makan tahi ayam. Serius.. geli geleman.. sat.. aku nak pi muntah dulu satgi sambung... hahahaha. Tapi katanya anak yang dalam kandungan yang menikmati tahi ayam bersama ibunya masa tu elok je membesar & sekarang bergelar seorang lecturer. Dia ada tanya adakah ada kaitan dengan makan tahi ayam? Kau jangan buat pasal.. kang orang percaya makan tahi ayam boleh buat anak di lahirkan tu jadi bijak pandai.. naik harga pulak tahi ayam. hehehehe

Dengar jugak panel jemputan pakar apa ntah lupa pulak aku dari Uitm, dia kata ada kajian mengaitkan mengidam benda pelik pelik ni sebab kurang nutrisi. Maknanya ibu2 mengandung yang mengidam bukan2 tu kurang nutrisi la kan.. Jadi para suami kalau bini korang mengidam pelik2.. bagi la dia makan benda2 bernutrsi sikit. Kang mengidam makan tahi ayam.. Orang yang mengandung dah habis sesi alahan.. kau pulak tetiba macam orang mengandung yang melalui trimester alahan. hehehehe

Melalui pembacaan aku hasil carian google mengidam ni memang berkaitan dengan kekurangan sesuatu mineral sebagai contoh mengidam jeruk atau snek, ia mungkin menunjukkan bahawa tubuh badannya kekurangan sodium. jika mengidam susu atau produk tenusu seperti keju itu menunjukkan kekurangan kalsium.Yang mengidam kek dan coklat atau sebarang benda manis Ia menunjukkan kekurangan keperluan kalori atau kekurangan Vitamin B.

Tetapi kalau yang mengidam benda pelik2 yang memang tak boleh di makan macam sabun,cat,minyak petrol bagai tu kena hati hati. Jangan ikut sangat perasaan & anggap masa mengandung semua benda jadi ubat kalau makan termasuk benda2 tu tadi. Sebab tadi ada pemanggil yang call berkongsi cerita dia masa mengandung suka makan sabun.. dia kata ada doktor cakap orang mengandung kalau makan benda pelik pun boleh jadi penawar. Agak pelik la pendapat macam tu. Keadaan mengidam macam tu di panggil pica. Sangat di sarankan agar berjumpa doktor jika anda mengalami mengidam pelik pelik macam tu untuk mengelakkan kemalangan jiwa berlaku pada ibu & bayi.

Apa yang kita boleh jadikan pengajaran dalam isu mengidam benda pelik2 ni.. masa merancang atau baru di sahkan mengandung tu banyak2 la berdoa supaya tidak mengidam pelik pelik yang mungkin menyusahkan orang lain. Mengidam ni sebenarnya boleh control cuma mungkin kebanyakkan ibu2 mengandung ni dah terbiasa amalan.. bila mengandung kena di layan macam permaisuri so dia takde usaha nak menyekat kemahuan dia yang pelik pelik sebab yang dia tahu sebab dia dah berkorban mengandung & akan melahirkan anak.. jadi apa salahnya suami bekorban jugak.

Tapi kan.. kalau aku mengandung lagi nak buat2 mengidam benda ni jer >> Beberapa Perkara Yang Korang Tak Tahu Tentang The All New Proton Persona << Manatau kot2 sebab mengidam dapat sebiji kan? Sebab suami aku pernah cerita wife sepupu dia mengidam motor pink masa mengandung.. so terpaksa suami dia belikan motor pink. hehehehe

Moral of the story.. Mengidam tu satu anugerah jugak cuma kalau melampau lampau mungkin memudaratkan bukan je kesihatan malah hubungan antara suami isteri.

RUPANYA DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS SEORANG DISLEKSIA

RUPANYA DATO ALIFF SYUKRI TERLAJAK LARIS SEORANG DISLEKSIA. Sambil santai tengahari aku memang suka jugak tengok rancangan talk show macam Wanita hari ni. Sebab banyak jugak topik2 yang best di bincangkan dalam rancangan tu. Topik hari ni 'Apa Saja Demi Anak'. Best dengar Dato Terlajak Laris ni berkongsi cara & pengalaman dia membesarkan anak. Walaupun dia jutawan kosmetik tetap dia membesarkan anak secara sederhana. Dia lebih menekankan pendidikkan agama & akademi. Yang best tu katanya mainan anak anak dia pun dia beli kat kedai2 2 ringgit atau kedai2 borong biasa yang murah2 je. Paling mahal pun dia kata RM10 je mainan anak anak dia. Sangat2 low profile. yelah.. dia pun membesar sebagai orang susah kan.


Dalam celah2 perbincangan topik terkeluar pulak pengakuan Dato Aliff Syukri bahawa dia seorang disleksia. Dia yang mengaku ok bukan aku yang buka rahsia dia. Katanya ada seorang anak dia juga mewarisi genetik tu. Dia sendiri pun sebenarnya tak faham apa tu disleksia sampai dia pernah tanya doktor tu penyakit terencat akal ke hapa.. Memang slamber sungguh Dato terlajak Laris ni kan? hahahaha... Tapi dia positif terima kekurangan dia terus berusaha sampai dia di level sekarang. Yang lawak tu.. dia nak sebut disleksia pun tak reti. Bini dia yang kena tolong explain. Betul2.. ting tong Dato terlajak laris ni tau. Gelak aku tengok dia dok pot pet kat Wanita Hari ni. Selalu dok tengok dia cakap pasal produk dia jer.

Kalau dato Aliff Syukri tak cakap tak siapa tahu dia seorang pengidap Disleksia sebab seorang pengidap disleksia memang takkan nampak dengan pandangan mata kasar. Ciri2 dia bukan nampak dari fizikal pun.. Kalau yang tak tahu apa tu disleksia ni secara ringkas tentang disleksia..

Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Disleksia bagi aku bukan kecacatan cuma kekurangan kecil yang bukan penghalang pengidapnya untuk hidup normal macam orang lain. Saiful Nang juga seorang disleksia.. dia juga kategori orang yang berjaya. Jadi pada mereka yang ada anak disleksia atau pengidap disleksia tak payah rasa rendah diri sangat. Anggap je ia satu anugerah dari Allah..

Tu la kan.. Nak berjaya atau nak jadi kaya tak semestinya kena cemerlang dalam akademi jer tapi kena rajin berusaha untuk capai matlamat. Hidup tanpa matlamat memang takkan berjaya & matlamat tanpa usaha takkan kemana.

Moral of the story.. Setiap kekurang & kelebihan dalam diri seseorang tu Allah jadikan tidak ada yang sia sia. Ia sebenarnya melengkapi kehidupan kita. Manusia takkan mungkin jadi sempurna 100%. Jadi jangan rasa rendah diri dengan kekurangan yang kita ada..

YANA SAMSUDIN TAMPIL DENGAN IMEJ BERTUDUNG DI WHI

Kalau betul Alhamdulillah.. Orang berhijrah ke arah lebih baik kita patut sokong even kita sendiri pun tak sebaik mana. Tak payah la nak pertikai kenapa, mengapa dia bertudung. Sebab apa yang dia buat kearah kebaikkan, just kita bagi moral support sudah.

Sumber Google

Sebenarnya aku pun tak sure samada Yana Samsudin dah bertudung secara kekal atau tak sebab tadi tengok Wanita Hari Ini dia muncul dalam slot mempromosikan produk Sofeeya Diamond dengan Imej bertudung. Alahai si lesung pipit comel.. bertambah comel.

Kalau betul itu Imej terbaru dia... Tahniah. Moga membawa imej muslimah tu dengan sebaik mungkin lah yer.. Jangan kepala bertudung dalam drama atau filem kemain peluk pegang dengan lelaki yang tak sepatutnya. Kesian wanita2 bertudung di luar sana.. tempias buruk tu terkena jugak.

Maybe ni penampilan pertama Yana samsudin bertudung di WHI

Aku ni nak kata peminat Yana Samsudin ni tak la sangat tapi aku suka style dia yang sporting boleh layan Amran Fans. Takde nak tacing ke hapa. Bukan takat dia jer.. sekarang ni dengan laki dia sekali pun boleh dok join Amran Fans tu. Memang laki bini sporting giler.

Moral of the story.. Kalau perubahan tu kearah lebih baik tak perlu kita nak pertikai ikhlas ke tidak. Tu bukan kerja kita nak menentukan niat dia ikhlas ke tidak. Ikhlas ke tak dia punya pasal yang penting perbuatan dia tu kearah yang lebih baik.


PENTING KE TERUNA SEOARANG LELAKI PADA PEREMPUAN?

Sambil2 dok menepuk2 budak lala nak tidur. Ngantuk sebab hari ni kena bangun awal. 7.30 tadi dah bangun. Maka layan la Wanita Hari Ni dengan topik agak menarik.. Pentingkah teruna pada wanita zaman sekarang? Satu persoalan yang akan ada jawapan Ya & tidak.. tapi samada banyak Ya atau tidak kena buat survey la, kan?


Pada korang penting ke tidak teruna pada bakal suami korang? Kalau menurut Dr Fazilah Kamsah.. katanya Majoriti wanita tak kisah pasal kisam silam suami dia maybe yang dah tak teruna sebab yang suka mengungkit kisah silam lepas kawen adalah lelaki. Jarang kita dengar perempuan ungkit pasal suami dia yang dah tak teruna sebelum kawen berbanding si suami yang bila gaduh suka ungkit kisah silam isteri dia yang mungkin dah hilang dara sebelum kawen. Boleh pakai jugak la kata2 Dr Fazilah kamsah tu.

Si Hafiz Hamidun (salah seorang panel jemputan) pula kata.. Kebanyakkan lelaki bangga hilang teruna sebelum kawen.. erkk.. ye ke? Nampak hero sangat ke? Pun bukan semua tapi ada la. Ada yang malu & menyesal pada ketelanjuran mereka.

Sorang lagi artis apa ntah nama artis perempuan tu.. Rihan ke Jihan ex akademi fantasia kalau tak silap kata perempuan ni tak fikir sangat la apa yang lelaki tu pernah buat sebelum kawen.. apa yang penting katanya adalah masa depan.

Aku pulak kata... Kalau kita pentingkan teruna pun, nak mengenalpasti keterunaan seorang lelaki ni bukan senang. Belum tentu yang terang2 gatal tu dah takde teruna & belum tentu yang nampak gud gud tu confirm belum di sentuh. Bersetuju dengan pendapat semua panel jemputan WHI tadi apa yang penting ada masa depan bukan kisah silam. Bak kata Dato Dr Fazilah Kamsah orang yang baik bukan rasa diri dia baik & jarang nak bertaubat tapi Orang yang banyak dosa & bertaubat. Kesimpulannya.. orang yang masih teruna tu pun belum tentu terjamin boleh jadi suami yang baik. Jaminan bukan terletak pada teruna atau dara.. Tapi siapa kita selepas menjadi Suami atau Isteri orang. Tak semestinya orang yang punya kisah silam hitam tu perjalanan hidup dia akan sentiasa hitam.. ye dak??

Apapun yang dah berkahwin ni.. Seeloknya apa yang jadi sejarah tu tak perlu di ungkit. Sebab tu la den & laki den ni lepas kawen.. kami tak suka cakap pasal sejarah lebih2 lagi pasal ex bagai.. bukan soal open tak open.. sporting tak sporting.. Kadang2 dari cerita kosong boleh jadi cerita gaduh jugak. Masing2 aib masing2 simpan.. Apa yang tak elok jangan canang even pada pasangan sendiri pun apatah lagi pada orang luar. Yang lepas.. tu semua sejarah.. yang akan datang tu penting untuk kita rancang & bentuk kearah yang lebih baik.

P/S : Asyik dok pertikai dara seorang perempuan jer... Sekali sekala kena jugak cakap pasal kesucian seorang lelaki jugak kan?? Mentang2 depa takdak selaput teruna kan... hahahahahaha

MELAWAN FITRAH ATAU TERIMA DIRI SEADANYA?

Tadi sempat la tengok wanita hari ni dengan topik dilema anak lelaki lembut. Panel jemputan tak tahu lak siapa nama dia yang pasti seorang pakar (mungkin pakar kauseling), seorang ibu kepada anak lelaki yang berpewatakkan wanita (lelaki lembut) & lelaki lembut tu la.

Yang pernah mengaku dirinya Ben Nyah. Hasil carian google. Sekadar hiasan

Sang lekit tak ikuti topik dari mula cuma buka tv jer tengok topik ni dah separuh jalan dia bincangkan. Bila si lelaki lembut ni menjawab soalan dengan jawapan " Terima diri seadanya.. & menjadikan takdir sebagai alasan atas apa yang berlaku pada dirinya.." Sang Lekit tertanya tanya pula sendiri. Dengan cara mengikut perasaan & naluri itu cara menerima diri seadanya atau dia sedang melawan fitrah kejadiannya yang sebenar. Kalau menerima diri seadanya.. Diri dia yang seadanya adalah lelaki bukan perempuan, kan?? Tapi dia sendiri mengakui naluri & perasaannya lebih kepada wanita. Letakkan takdir sebagai alasan.. Apakah takdir layak di persalahkan sedangkan kita di beri akal & fikiran juga pilihan?

Bagi pendapat sang lekit, diri sendiri yang patut di salahkan.. kerana mengikut hati perasaan. Apapun sang lekit kagum dengan lelaki lembut ni yang sangat - sangat bertanggungjawab pada ibunya yang uzur. Walaupun dia ramai adik  beradik yang terdiri dari perempuan kesemuanya tapi nampaknya tanggungjawab menjaga ibu di pikul seorang diri & di akui sendiri ibu beliau. tanggungjawab dia sebagai anak lelaki (walau dalam perwatakkan wanita) di tunaikan sebaik mungkin. Itu boleh kita jadikan contoh yang baik. Tak semua yang buruk itu busuk & yang baik itu wangi, kan?? Masing - masing ada kekurangan & kelebihan sendiri.

Dan Sang lekit juga tertarik dengan kata - kata dari pakar jemputan.. Mendoakan itu lebih baik dari mencemuh pada golongan macam tu. Betul tu.. Mencemuh yang kita dapat dosa & menyakitkan hati orang lain tapi bila kita mendoakan kebaikan untuk orang lain Insyaallah ganjaran yang di terima juga baik, kan?? Sama - sama la kita doakan yang terbaik buat mereka & jadikan kisah mereka sebagai iktibar untuk memperbaiki kelemahan diri kita sendiri.

Entri ni tak berniat nak menjatuhkan mana - mana pihak atau individu sekadar memberi pandangan & pendapat peribadi jer. Kalau ada mana - mana pihak yang terasa hati terlebih dahulu sang lekit minta maaf.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com