SEKS BOLEH HILANGKAN JERAWAT
SEKS BOLEH HILANGKAN JERAWAT. Tu dia satgi ada yang lurus bendul dok pi cari cream seks pulak nak hilangkan jerawat. Manalah tau dia ingat seks sejenis cream kecantikkan ke? Ini bukan sejenis cream kecantikkan yer adik adik.. ini adalah sejenis perbuatan antara lelaki & perempuan. Tapi jangan pulak ambil kesempatan buat benda2 tak senonoh sebelum nikah dengan alasan nak merawat jerawat. Kang tetiba kena tangkap basah.. dok bagitau kat tok Iman.. dok ehem hem dengan boipren sebab masalah jerawat kronik.Ni khas untuk yang dah berkahwin je ok.. Aku terbaca info berkenaan seks untuk kecantikkan wanita. Salah satu boleh menghilangkan jerawat katanya.Ketika seks, tubuh mengeluarkan hormon yang menaikkan mood dipanggil beta-endorfin, yang mempunyai efek anti-keradangan. Paras kortisol hormon tekanan yang menggalakkan jerawat akan menurun bila kerap ‘bersama’. Lagi kerap, makin bersihlah kulit.
Selain boleh hilangkan jerawat, juga di katakan boleh hindarkan kesan penuaan. Tu dia lepas ni semua pakai suruh asben beli ubat kuat yang Zain saidin jadi duta... Katanya hari2.. malam jumaat. hahahahaha... Melampau tahap gaban dah!
Apapun setiap perkara yang Allah ciptakan tu takde satu pun yang sia sia.. Cuma bila di salah guna ia membawa kemudaratan termasuk bab hubungan intim suami isteri ni. Bila bersama suami ni kira dapat 2 in 1 la.. pahala & kelebihan pada kecantikkan.