Showing posts with label carut. Show all posts

RITA RUDAINI CARUT GATAL PO*N PADA PEREMPUAN SUKA LAKI ORANG

Sebenarnya aku nak tergelak baca conversation para retis wanita ni di laman sosial. Yelah.. masing2 berpengalaman laki depa kena caras dengan perempuan lain maka dendam kesumat tu masih ada, Terbaru kes rumahtangga pelakon sharifah Shahora pulak bermasalah sebab orang ketiga.


Bukan la aku nak cerita pasal rumahtangga depa cuma aku tergelak je baca conversation depa. Bila dah sakit hati ni tak kira la retis ke siapa.. dia punya ayat tu dah tak tapis. Almaklum la lumrah orang tengah marah.. macam bertih jagung laju je keluar takde break.

Bila retis bersembang.. hahahaha

Kalau retis tu elok la jaga kata kata bila berbicara di tempat umum.. nak2 lagi di laman sosial. Bukan apa retis ni cerita dia semua ada value & retis ni jadi perhatian. Bila dah tunjuk perangai macam tu satgi persepsi orang pun jadi tak berapa elok sangat la.

Bukan la aku kata aku ni baik sangat...  Tapi jangan la mencarut. Even bukan semua orang tahu po*n tu apa tapi rasanya kalau yang duduk belah2 utara ni memang sedia maklum. po*n tu kemaluan orang perempuan cuma sebutan dia manja sikit jer. hahahaha

Moral of the story... Jangan caras laki orang kalau tak nak kena maki. Kalau nak share minta izin cara berhemah. Peace!


MAKI & MENCARUT GUNA BAHASA SAINTIFIK

Nak mencarut pun guna bahasa sains katanya. Ni maybe kategori pemaki & pencarut yang educated sikit kot.. kategori orang tak educated dengan golongan educated tak sama ke? Tak sama... sapa kata sama. Yang tak berapa pandai dia mencarut direct to the point jer. Sebut sebijik perkataan carut tu. Bahasa carut dia pun mudah di fahami oleh semua orang sebab dia guna bahasa pasar jer yang orang guna seharian tapi yang educated ni lain sikit cara dia nak maki hamun dengan perkataan carut... Kalau tak belajar sains maybe tak faham apa yang di carutkan tu. Tak caya? meh sini nak tunjuk contoh

Sumber google

Pagi tadi dapat komen dari Anonymous kat satu entri ni... nak gelak pun ada even aku faham la apa yang dia tulis tu sebenarnya nak maki hamun & mencarut tapi guna istilah2 sains jadi nampak macam berilmiah la sikit carutan dia. Tak nampak macam maki hamun sangat even komen dia sebenarnya kategori maki & carut jugak. Nak tau macam mana gaya komen dia.. tengok kat bawah ni


 Even kau guna bahasa saintifik pun Anon tetap komen ko tak approve kat entri tu tapi di canang kat entri ni hahahahaha

Amboi kemain kan? mencarut pun guna bahasa saintifik gitu. Bila terlebih bijak beginilah hasilnya. Moral of the story tak kira kau guna istilah apapun untuk mencarut & memaki tetap tak elok di pratikkan.


PEREMPUAN BERTUDUNG MAKI HAMUN PUAN LOLA IBU KEPADA REMAJA OKU

Semua orang tahu kes seorang remaja OKU adik firdaus yang di temui dalam keadaan yang sangat menyedihkan.. dengan badan tinggal rangka.. najis melekat kat kepala & baju mereput kat badan. Semua orang rasa marah dengan perbuatan ibu dia yang mengabaikan anak OKU tu dengan alasan kesempitan hidup yang ramai tak boleh terima alasan tu. Aku tak nak la kupas kupis isu tu.. Setiap orang ada pendapat & pandangan tersendiri. Ada yang mampu positif pada si ibu firdaus & ramai yang tak boleh nak positif dengan tindakkan si ibu tu.

Cuma kat sini aku rasa nak tegur jugak.. Yer.. aku pun suka merespond isu2 tu dengan pandangan yang.. iskk.. geramnya aku. Kita rasa tak puas hati tu aku ada jugak la komen kat wall yg update pasal isu tu & aku pun ada up status pasal isu tu. Cuma tak perlu la sampai keluar maki hamun & carut marut bagai sampai panggil Puan Lola Ibu kepada adik firdaus tu sundal & hamburkan kata2 kesat. Kita boleh marah tentang apa kesalahan yang dia buat.. kita tak perlu menokok tambah penghinaan yang kita takde bukti yang dia buat.

Sumber carian google

Tadi kat wall Papa Hero ada up status berkenaan isu tu.. aku pun join berkomen & sambil membaca komen2 dari orang lain terjumpa la satu komen dari minah sengal mungkin tengah segugut nak period ke hapa tak tau.. maki hamun si lola ni dengan perkataan sundal bagai. Aku check tengok profile dia.. elok je bertudung litup bagai tapi apsal la perangai tak macam imej dia yang suci murni tu. Yelah.. imej tak melambangkan perangai orang kan.

Komen2 ni aku selected yang penting je. kalau nak attach semua panjang sangat

Jadi aku tegur la.. Kalau marah pun tak perlu la nak maki sipolan tu. Kita boleh lagi luahan perasaan marah tu dengan cara yang berhemah. Tetiba dia kata aku pulak backup sipolan yang di maki. erkk... nampaknya dia tak baca komen aku sebelum datangnya komen maki hamun dia kot. Ramai kot komen dengan perasaan tak puas hati kat si Lola tu tapi ramai yang komen cara beradap takde la pulak maki hamun tak tentu pasal macam minah ni.

biarpun aku tak boleh nak positif dengan tindakkan ibu kepada adik firdaus sebelum ni tapi aku setuju jugak dengan komen adat syahadat. Buat aku boleh ada point untuk fikir secara positif dengan isu puan lola ni. Mungkin dia alami tekanan perasaan sehingga menganggu mental dia sampai tak mampu menjaga kebajikan anak oku walau dia masih mampu pergi kerja & jaga diri dia, tak tau la kan? Kadang2 ada orang sakit mental ni depan orang nampak normal tapi di sebalik apa yang kita tak nampak sebenarnya dia tak normal. Tapi jika tindakkan dia di lakukan dalam keadaan mental yang baik.. itu memang masalah hati dia yang kita boleh anggap agak kejam. Tapi tak tahu la dia hadapi masalah yang mana satu, kan??

Jadi moral of the story.. Aku pun tak baik, tapi Insya Allah setiap kali aku cuba menyuarakan pendapat atau join berkomen pada apa2 isu aku tak sampai tahap nak maki hamun orang even ayat aku kadang2 garang macam singa lapar, lazer macam mami jarum. Outspoken tak bermakna biadap. Peace!

P/S : Bila emosi menguasi diri.. Kita akan berubah jadi bukan manusia lagi. So, kawal lah emosi agar kita sentiasa masih nampak macam manusia bukan S*T*N.


MENJELMA SEBAGAI ANJING BILA SUKA MAKI, CARUT & CAKAP KEJI

Sekarang kita tahu macam jadi satu bahasa rasmi di Malaysia tak kira la sesetengah ahli politik, Orang tua, orang muda, kanak - kanak sekalipun suka sangat menuturkan kata - kata kesat yang berunsurkan caci maki, mencarut & kejian. Nak - nak lagi kalau dekat - dekat pilihanraya semasa ceramah kempen di jalankan. Rasa macam dialog biasa maki hamun tu dalam sesetengah ceramah kempen pilihanraya. Sehingga mereka terlupa seorang pemimpin itu menjadi contoh pada anak buahnya, kan??

Petang - petang hari macam terjumpa pula satu artikel yang berkenaan perkara tersebut rasa ada manafaatnya di kongsikan disini walau pada mula rasa cuak takut hati2 tisu yang terasa Sang Lekit sedang mengumpat perangai dorang tapi bila fikir balik apa nak di takutkan kalau kita menyebarkan sesuatu yang baik & tidak mengaibkan sesiapa, kan??

 Hasil carian google. Sekadar hiasan

Antara dosa lidah ialah,Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan). Perkara-perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela. Beberapa Hadis yang melarang umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan yang keji itu. Antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud: "Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian" (al-Hakim dan Ibnu Hibban); "Bukanlah mukmin (yang baik) itu: Pencela, pelaknat, penutur kata-kata yang keji dan orang yang lucah percakapannya" (al-Hakim dan al-Darqutni); "Syurga adalah haram dimasuki oleh orang yang keji percakapannya" (Ibnu Abi al-Dunya dan Abu Naim); "Wahai Aisyah! Kalaulah kata-kata yang keji itu seorang lelaki, maka ia adalah lelaki yang jahat" (Ibnu Abi al-Dunya); "Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munaflk" (al-Tirmizi).Memetik kata-kata Ibrahim Bin Maisarah: "Diriwayatkan bahawa orang yang keji percakapannya dan suka menyebarkan kekejian akan didatangkan pada hari kiamat dalam bentuk anjing atau dalam usus anjing"
Adapun takrif dan hakikatnya ialah: mengungkapkan perkara yang kotor dengan ungkapan yang terang. Kebanyakkannya berlaku pada perkataan yang menyatakan hubungan kelamin dan perkara yang berkaitan dengannya (seperti alat-alat kelamin). Kerana menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang rosak akhlaknya menggunakan ungkapan yang nyata dan keji pada perkara-perkara tersebut. Tetapi orang-orang yang soleh mengelak daripada menyebut perkara-perkara tersebut secara terang, sebaliknya mereka menyatakannya dalam bentuk kiasan dengan menyebut perkataan yang hampir dan berkaitan dengannya. Terdapat perkataan lucah yang dianggap keji menyebutnya, yang mana kebanyakkannya digunakan untuk memaki dan menghina. Perkataan tersebut berbeza-beza daripada segi kejiny. (Rujukan : CARUT, MAKI DAN KATA-KATA KEJI)

Moga perkongsian dari hasil pembacaan sang lekit ini boleh kita sama - sama jadikan panduan & peringatan untuk melangkah kearah kebaikan. Walaupun sang lekit tahu pasti ada Mak enon & Pak Meon (Anonymous) yang akan datang kemudia komen dengan pertikaian sang lekit yang konon macam baik sangat berkongsi artikel yang berunsurkan keagamaan sedangkan diri sendiri pun tak cukup sempurna tapi sang lekit tak kisah. Yang penting dengan membaca, melihat & mendengar sesuatu yang baik sikit demi sedikit memberi keinsafan & kesedaran selain menambah ilmu untuk berubah kearah kebaikan, Insyaallah.

MENEGUR ORANG KURANG AJAR DENGAN BAHASA CARUT?? DUA2 PUN SAMA TAKDE ADAB

Kisah hasil dari Blogwalking lagi Sang Lekit nak kopek tentang penggunaan bahasa oleh sesetengah blogger ni. Bukan semua yer tapi segelintir. Isu yang Sang Lekit nak kopek, kupas & kupis dengan rakus ni mungkin ada pihak yang terasa hati tapi terima la hakikat pandangan & cara kita tak sama.. So, perbezaan ni mungkin buat kita sama - sama belajar & memperbaiki diri.

Alkisahnya terbaca la satu isu berkaitan satu artikel yang sang blogger ni copy paste dari salah seorang penulis yang menyenaraikan ciri - ciri perempuan murahan kat FB. Tak nafikan bahasa & ayat di gunakan sang penulis ni memang agak kasar, pedas & sinis tapi apa yang sang lekit baca ada betul juga. Salah cuma dari segi penyampaianya jer. Ok la kalau sang blogger yang sorang ni nak tegur & tak setuju dengan pendapat & cara si penulis tu menyenaraikan ciri2 perempuan murahan tu tapi...

Aduhai bahasa cik adik ni pun rasanya sama level jer dengan penulis tu. Sikit lagi jer dia nak jadi juara mengatasi kekasaran bahasa yang di gunakan untuk komen si penulis tu. Sampai maki hamun, mencarut & tulis perkataan2 lucah seperti pu**.. So apa beza dia & penulis tu?? Meh kita renungkan bersama.

Dia nak menegur & tidak bersetuju dengan pendapat penulis tu tapi dalam pada yang sama dia menampilkan ciri2 murahan dalam bahasanya. Nak - nak lagi dia seorang gadis. Harus ke menulis dalam blog macam tu?? Aduhai.. kalau pun marah, kalau pun tak sependapat, kalaupun tak bersetuju.. Jangan memperbodohkan diri dengan memperlihatkan kejahilan sendiri. Bagi Lekit gadis tu mahupun penulis tu... dua2 pun sama. Dua - dua pun jenis tak beradap & murahan dari segi berbahasa. So,macam mengata dulang paku tersepih jadinya.

Tak kisah la kita nak kritik artikel orang, penulisan orang atau pendapat orang lain tapi guna la cara yang beradap sikit. Maki hamun, mencarut bagai ni tak mencerminkan korang bijak pun. Kau mencarut dalam blog.. tempias keji tu kena balik batang hidung kau dik Ooi! Orang pandang kau macam jenis tak beradap atau lebih senang cakap kurang ajar. Macam kutu jalanan jer bahasanya.

Sang Lekit pun bukannya baik.. Tapi alhamdulillah la sejak kecik lagi sang lekit tak biasa dengan perkataan mencarut ni even dalam bergurau sekalipun. Bila dah tak biasa jadi malu pula nak sebut benda2 macam tu apatah lagi nak tulis dalam blog. Moralnya benda ni adalah kebiasaan seseorang.. kalau kita membiasakan diri dengan menyebut benda2 lucah, carut & maki ni memang kita akan rasa biasa menutur atau menulisnya secara umum. Dari situ orang boleh menilai keperibadian kita... Alih2 mak bapak juga dapat nama buruk. S0, sendiri mau ingat la yer..


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com